Sunday, January 15, 2023

Nena

Yang genap 40 tahun semalam (14hb Januari)...

Nena - Nena (1983)

Macam tak sangka dah 40 tahun berlalu. Nena dengan lagu hitnya "99 Luftballons" membawa saya kembali ke usia awal remaja. Ianya mengimbau kenangan zaman merakamkan lagu di radio menggunakan kaset kosong. 

Agak susah untuk mendapatkan yang sempurna. Kalau tak di awal lagu, mesti ketika penutup akan ada sahaja suara DJ sibuk menyampuk. Biasanya kalau nak dapat yang lengkap terpaksalah membeli kaset lagu-lagu campur Top Hits cetak rompak yang melambak di kedai kaset/pasar malam dengan harga RM3 pada ketika itu.

"99 Luftballons" adalah salah satu lagu kegemaran dari zaman tersebut. Walaupun tak paham sepatah haram cakap Jerman tetapi melodinya sedap. Sebenarnya lagu tersebut ada juga dirakamkan dalam bahasa inggeris dengan tajuk "99 Red Ballons". Tetapi feel mendengar patah perkataan Jerman yang Nena sebut tu dah tak ada. Terasa hambar dan hilang keaslianya.

Pembelian lp ini adalah semata-mata kerana nostalgia yang ada pada “99 Luftballons”. Tak pernah dengar pun lagu yang lainnya. Mereka bolehlah dikategorikan sebagai “one hits wonder”. Tetapi selepas mendengar keseluruhannya, ada juga lagu-lagu lain yang menarik. "Ich bleib' im Bett" (I Stay in Bed) contohnya,

Untuk makluman, Nena adalah sebuah band asal Jerman yang memainkan muzik new wave atau synthpop yang sememangnya sedang popular pada ketika itu. Mendengar muzik begini sememangnya terasa seperti kembali ke tahun 80an.


4 comments:

  1. Thanx buat cerita ni. Dari budak2 dengar lagu ni tapi, haram tak kenal dan tak tahu tajuk lagu dgn penyanyi nya sekali. Version Germany ni first time dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ianya kenangan la bagi sesiapa yang membesar zaman tu.

      Delete