Monday, December 21, 2015

A Night at the Opera

Lagi yang menyambut ulangtahun ke 40...


Queen - A Night at the Opera (1975)

Dulunya mencari album ini kerana lagu "Bohemian Rhapsody". Tetapi sebenarnya ia bukanlah sekadar itu. Banyak lagi lagu-lagu yang bagus di dalamnya. Queen di tahun 70an memang tidak mengecewakan. Memang terbaik.

Dengan angka terkini sebanyak 12 juta unit terjual diseluruh dunia, maka sudah semestinya ini bukannya calang-calang album. Ramai yang mengangap ini album terbaik mereka. Saya tidak menyangkal walaupun album sebelum ini, Sheer Heart Attack (1974) pun sedap juga.



Muzik mereka agak complicated sebenarnya. Tetapi yang jadi mudah hadam adalah kerana melodinya yang sangat sangat catchy. Mungkin kalau nak cerita bagaimana bentuk muziknya, pada saya A Night at the Opera adalah "multi-layered overdubbed" heavy metal guitar works yang diadun dengan "complex vocal parts" dan dimainkan secara opera dengan pengaruh progressif rock n roll 70an. Amacam...boleh faham tak?..hahaha...

Tetapi yang pentingnya, ia bukanlah sekadar album yang mengandungi lagu epik "Bohemian Rhapsody". Tetapi lagu-lagu lain sama bagus. Dari yang bersound metal macam "Death on Two Legs" ke pop macam "You're My Best Friend", yang syahdu macam "Love of My Life". Semua pun best. "Lazing on a Sunday Afternoon"..." I'm in Love with my Car"...ahh semua best la...





8 comments:

  1. Pelan2 aku dengar queen 70s makin aku suka pasal aku start dengar dorang is like 80s and early 90s hahaha. Pop.

    ReplyDelete
  2. baca tajuk skali imbas, ingatkan album blind guardian dgn tajuk yg sama

    ReplyDelete
  3. Queen ni mmg best...walapon stail rock dia len...tp leh masuk telinga aku..

    ReplyDelete
  4. dlm lagu bohemian rhapsody ade nyebot BISMILAH part chorus tu...x silap aku ada stesen radio dah cut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap versi yang main kat semua radio Malaysia memang dah kena cut...dulu kat MTV Asia pun bila dorang main dia punya video clip dorang cut part tu walaupun aku tengok tu kat tv singapore...

      Delete
  5. Lp queen pun semua ada reissue eh.suma album dia.aku cari lp sheer heart attack tu tak dpt2 lagi

    ReplyDelete