Monday, April 13, 2015

Balada Seorang Biduan

Yang dah 40 tahun...


Broery Bersama 4 Nada - Balada Seorang Biduan (1975)

Pernah kata dulu...bila dah terjebak main piring hitam ni pastinya tak kiralah jika anda metal hantu sekalipun akan tetap terjebak juga dengan lagu-lagu pop 60an atau 70an.

Nak buat macamana dah piring hitam ni memang ujudnya pada zaman tersebut. Walaupun pada saya rock/metal dulu baru piring hitam...tapi adakalanya layan juga dengar lagu-lagu yang macam ni.



Nampaknya memang trend agaknya zaman 70an penyanyi solo mempunyai band. Baru ni tahu Broery Marantika pun dulunya ada band. Dan paling utamanya baru tahu lagu Kisah Seorang Biduan nyanyian Dahlan Zainuddin tu rupanya bukan lagu asal. Ingatkan yang ini lagu asal. Rupa-rupanya yang ini pun bukan. Lagu asal adalah juga lagu Indonesia ciptaan Sam Bimbo. Boleh cari kat youtube.

Sejujurnya kalau bukan kerana piring hitam, memang payahlah untuk saya mendengar lagu-lagu sebegini. Sekali sekala ok lah. Saya bukannya pengumpul piring hitam. Saya tetap berpegang rock/metal dahulu...barulah piring hitam...




7 comments:

  1. hahahaha...aku dah terbiasa dgn muzik mcm gni sbb bapa aku selalu kumpul kaset cetakan semula versi thn 90'an-2000(sbb thn 70'an-80'an hidup daif sgt so xbole collect muzik,...)...dia balik kerja or cuti mmg dia pasang la kaset2 fav dia....aku pun ingat lagu kisah seorng biduan tu lagu ciptaan ahmad nawab n lagu dahlan..rupa2nya lagu broery...sama la dulu confused sbb dulu igt broery pesulima tu orng lain, rupa2nya broery marantika...hahahaha

    ReplyDelete
  2. https://www.youtube.com/watch?v=M44d166xBQ8

    ReplyDelete
  3. Tengok kat cover skali pandang mcm DJ Dave je.heheh..
    Yg tak bestnya bila vinyl melayu banyak yg pirate.lepas tu jual harga melampau2

    ReplyDelete
  4. ada masanya memang masuk lagu2 macam ni, kalau sudah total terusan dgr rock kadang2 halwa telinga ni nak kan yang klasik juga. tak tahu lah org lain. aku ada masanya jalan jauh. aku akan cari canel lagu2 era p ramle. memang mengacam juga boleh senyum2 sendiri aku dibuatnya

    ReplyDelete
  5. aku kalau dah tepu dengan rock/metal biasanya layan lagu2 new wave 80an...Duran Duran, A-ha dll...syiok oo..

    ReplyDelete
  6. Masa aku budak2 dulu, aku tak tahu filem dekni, lagu dekni tapi aku tahu dia pasal semua kecoh kes dia ngan anita sarawak...
    Broery Abdullah... another lessonin life
    Ok... pasal lodging tu, nanti senang ko try tengok2 airbnb. Memang macam2 pattern pilihan untuk semua orang sistem airbnb ni.. tak kira dimana dan untuk seorang atau satu rombongan...

    ReplyDelete