Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada bulan Ogos yang lalu...
Ritchie Blackmore's Rainbow (1975)
Dah pernah buat cerita pasal album ni dahulu. >SINI<
Secara ringkasnya, ini adalah album yang mengenalkan saya kepada Rainbow atau untuk lebih tepat lagu dari album ini (Temple of the King) lah yang mengenalkan saya pada Rainbow. Zaman budak-budak sekolah rendah dulu agak kabur dan konpius dengan status Ritchie Blackmore. Dia ni Rainbow atau Deep Purple. Zaman tiada internet dan tinggal di ceruk kampung. Berita artis barat ni biasanya hanya dapat dari mulut ke mulut. Itu yang kadang-kadang itu ceritanya agak mengarut. Dah lah kita budak-budak, orang tipu pun kita percaya.
Malah pada ketika itu saya tidak tahu pun yang menyanyi adalah Ronnie James Dio. Lama selepas itu baru tahu. Temple of the King adalah salah satu lagu wajib bagi budak-budak zaman itu ketika hendak belajar bermain gitar. Saya pernah pandai memainkannya. Tetapi sekarang rasanya memang dah lupa dah...
Banyak lagu best...banyak lagu kenangan ketika zaman kanak-kanak ribena...jika anda sukakan hard rock 70an...atau sukakan petikan gitar Ritchie Blackmore...atau sukakan suara Ronnie James Dio...ni memang patut ada dalam koleksi anda.
Best!
dulu pun ingat Deep Purple main lagu ni
ReplyDeleteTakde words boleh describe... Aku tak boleh imejin cammana zaman dulu Ritchie Blackmore masa kat Deep Purple dia dah plan apa dia nak buat seterusnye..
ReplyDeleteRainbow ni dia dah plan baik punye... what a brilliant man Ritchie Blackmore is.
sedap lagu tu, aku hanya dgr dari ftg saja.
ReplyDeleteYg ni aku ada lp versi reissue..heheh.dulu aku ingat dia sebut 'fox' tu f word.rupanya mmg lidah omputih sekali denga mmg bunyik nya gitu..heheh
ReplyDelete