Tuesday, July 13, 2021

Toys in the Attic

 Pendengaran WFH...

Aerosmith - Toys in the Attic (1975)

Kurang tahu dan tak mengikuti sangat tentang Aerosmith di tahun 70an. Lebih biasa dengan zaman MTV mereka (Permanent Vacation - Pump - Get a Grip). Kalau pun pernah dengar, itu pun juga adalah melalui MTV. "Sweet Emotion" dan "Dream On" adalah antara yang selalu dimainkan. Zaman awal 90an, MTV adalah milik mereka.

Lama dah beli cd ini. Tetapi hanya terperap didalam rak. Di beli kerana adanya lagu "Sweet Emotion". Salah satu lagu kegemaran peribadi. Perbincangan tentang mereka di dalam group whatsapp rakan-rakan blogger menyebabkan rasa terpanggil unuk mendengarnya secara lebih serious. Ternyata ianya sebuah album yang bagus. "Walk This Way" versi asal juga terdapat di dalam album ini.

Ianya agak berbeza dengan Aerosmith di zaman MTV. Bunyi rock 70annya memang pekat. Vokal Steven Tyler juga agak berbeza. Selain "Sweet Emotion" dan "Walk This Way" yang sememangnya popular, Lagu-lagu seperti "Toys in the Attic", "Uncle Salty" dan balada "You See Me Crying" pun sedap. Iramanya melekat dan bermain-main di dalam kepala.

Saya bukanlah pengemar tegar muzik rock 70an. Tetapi ada beberapa diantaranya yang saya suka. Dan Toys in the Attic telah pun menjadi salah satu darinya. Misi seterusnya adalah mencari album pertama pertama (1973) mereka pula. Sudah semestinya kerana adanya lagu "Dream On".



1 comment:

  1. Not sure aku ada ni ke tak. tapi rasa ada ..sebab ni antara yg wajib ada untuk era 70an

    ReplyDelete