Friday, May 25, 2012

Restless And Wild

Lagi mengamit memori 30 tahun



Accept - Restless And Wild (1982)

Tak ingat bila aku start dengo Accept ni...tapi yang pastinya zaman2 kaset apache...Balls to the Wall adalah album penuh dorang yang pertama bagi aku...sejak tu memang aku cuba mencari album2 dorang yang lainnya...terutamanya selepas mendengar lagu "Fast As A Shark"...tu jam aku tak tau lagu ni dari album yang mana...

Laju giler lagu ni kan...terutamanya jika 1st time mendengarnya ketika awal 80an dulu...zaman2 lum ujud lagi istilah speed metal...jarang jumpa lagu jenis double paddle drum berdentum laju...ada orang cakap kemungkinan ini lah lagu speed metal yang pertama....mungkin jugak kot...rasanya harmoni solo kat lagu ni memang banyak mempengaruhi Helloween atau mana2 band speed metal awal...

1st time dengar keseluruhan album ni adalah di penghujung 80an...ketika itu mereka dah pun meriliskan Eat The Heat...iaitu album ke 4 selepas Restless And Wild...biasa la zaman tu...bukannya ada internet umtuk disedut....benchmarknya dah tentu2 la album Balls To The Wall dan dan Metal Heart...pasal aku dengar 2 album ni dulu...

aku lebih suka cover original yang Jerman version punya yang gambo 2 gitar cabang2 tu...tapi versi tu susah nak dapat dan mahal....


Probem bagi mana2 album jika lagu pertamanya bagus adalah untuk mengekalkan momentum sehingga lagu yang terakhir...dan aku rasa album ni gagal nak mengekalkan momentum tersebut...selepas "Fast As A Shark"...lagu track ke2 yang jugak jadi title track "Restless And Wild" pun bagus dan sedap...walaupun sedikit perlahan...tapi lagu2 selepas tu agak kurang bagi aku....mungkin pengaruh ACDC masih ada...walaupun bermula dari album ni dorang cuba lari dari imej klon ACDC...

Penyelamat album ni bagi aku adalah lagu track ke 5 "Neon Nights" dan track yang terakhir "Princess of the Dawn"...walaupun dua2 lagu ni bukanlah jenis lagu2 yang laju....tapi melodinya memang sedap untuk di dengar...

Kesimpulannya aku lebih suka Balls To The Wall dan Metal Heart...mungkin pasal ni 2 album aku dengar dulu....Restless And Wild ni jadi luarbiasa hanya kerana "Fast As A Shark"...atau mungkin jugak "Princess Of The Dawn"...kalau tak pasal lagu2 ni...kira ianya dalam kategori biasa2 ajer...

****lagu "Flash Rockin' Man" tu ada cakap2 yang kata Maiden cilok riffs lagu ni untuk "2 Minutes To Midnight"...memang bunyinya seakan2...tapi tak tau la...suratan atau kebetulan...heheh...



3 comments:

  1. Stalingrad bagus tak? ko ada dengar kat mana2?

    ReplyDelete
  2. "ace of spade dan overkill" dari motorhead adalah speed metal paling awal dan "fast as a shark" temasuk yang terawal.

    stalingrad? gua blum dengar apa2 lagi.

    ReplyDelete
  3. deaf...Stalingrad takat dengo kat youtube...

    gayour..."ace of spade" dan "overkill" mungkin laju...tapi "fast as shark" lebih memberi pengaruh kepada muzik speed metal...dengarkan melodinya tu...

    ReplyDelete