Tuesday, February 4, 2014

Objection Overruled

Lagi dari draft yang terperuk dari tahun lepas...

Album heavy metal yang meyambut ulang tahun ke 20 21


Accept - Objection Overruled (1993)

Accept adalah band heavy metal yang sangat underated. Kalau sebut band-band heavy metal asal dari Jerman, selalu yang diingati hanyalah Scorpions dan Helloween. Padahal mereka adalah antara pencetus awal untuk genre speed/power metal.

Objection Overruled bolehlah dikatakan sebagai album re-union Udo Dirkschneider bersama Accept. Selepas kali terakhir bersama mereka ketika album Russian Roulette (1986). Oleh kerana itu juga mereka back to basic. Tak kisah lah awal 90an tu dunia mainstream kemaruk dengan grunge atau groove metal. Accept kembali ke zaman awal 80an.

Banyak juga rif-rif yang seakan-akan dari zaman Ball to the Walls ataupun Metal Heart. Itulah adalah zaman kemuncak mereka. Mereka cuba untuk kembali ke zaman itu. Sayangnya tiada mesin masa yang boleh mengulang zaman lalu. Mungkin di gemari oleh peminat tegar dan mereka yang tersangkut di era 80an tetapi bukannya untuk zaman semasa. Sebab itu lah banyak band yang berevolusi supaya dapat kekal relevan.


Pada saya banyak lagu dan rif-rif yang sedap. Sayangnya mungkin ianya dah terlampau biasa. Ianya jenis bila dengar....sedap!...tetapi bila habis tiada satu pun yang melekat di kepala. Jangan salah sangka. Ini album heavy metal yang sangat bagus sebenarnya. Mungkin lebih bagus dari album awal mereka Restless and Wild contohnya. Tetapi sayangnya diriliskan pada masa yang salah.

Kalaulah ianya diriliskan pada awal 80an. Saya yakin album ni pasti akan menjadi antara yang disebut dalam sejarah heavy metal...

Sesuai hanya untuk mereka yang gemarkan muzik heavy metal 80an.




3 comments:

  1. Album Accept paling susah nak jumpa kat amcorp..mcm best je album ni,nanti aku try carik la..

    ReplyDelete
  2. Salah zaman tapi still considered a good metal album.

    ReplyDelete
  3. cammana dorang namakan band ni dulu eh? Accept, kot bahasa jerman ada makna lain kot. Hobit eh nama haha

    ReplyDelete