Sunday, February 15, 2015

Armed & Dangerous

Yang menyambut ulang tahun ke 30 bulan ini...lagenda thrash...


Anthrax - Armed & Dangerous (1985)

EP pengenalan untuk Joey Belladonna dan Frank Bello. Klasik line-up yang paling digemari. Seperti Fistful of Metal, ianya masih dipengaruhi oleh NWOBHM dan Judas Priest. Maklumlah lagu-lagunya adalah dari zaman Neil Turbin dan Danny Lilker. Belum jelas sound "thrash" mereka.

2 lagu dari Fistful of Metal ("Metal Thrashing Mad" dan "Panic") yang dirakamkan semula secara live (dalam studio..bukannya konsert) membuktikan keupayaan vokal Joey Belladonna memang jauh lebih baik dari vokal asal Neil Turbin. Line-up ini menjadikan Anthrax cukup hebat untuk 3, 4 album mereka yang mendatang.


Cumanya saya agak kurang berkenan bila mereka merakamkan "God Save the Queen", cover dari Sex Pistols. Pada saya suara Joey Belladonna agak kurang sesuai dengan Punk. Mereka sepatutnya membiarkan Scott Ian yang menyanyi. Attack of the Killer B's membuktikan Joey lebih berkesan dengan cover lagu rock "Parasite - Kiss" dan Scott dengan cover lagu punk "Protest and Survive - Discharge". Tetapi walaupun begitu ianya jauh lebih baik dari vokal Dave Mustaine dengan Anarchy In The U.K. (huhuhu...)

Untuk cd terbitan tahun 1992, ada 2 lagu bonus iaitu "Soldiers of Metal" dan "Howling Furies" yang diambil dari singles "Soldiers of Metal" terbitan tahun 1983. Kedua-dua adalah dari nyanyian asal Neil Turbin.

EP ini hanya untuk peminat Anthrax mencukupkan koleksi. Tak perlu ada jika anda hanyalah sekadar pendengar "casual".




4 comments:

  1. Joey Belladonna nye Anthrax audition dia nyanyi lagu Journey kot? Haha.
    Apa pun dia patut jangan masuk Anthrax balik, dia sepatutnya audition ganti tempat Steve Perry.. mesti gaji besar ah si Scott Ian ni bayar Joey nyanyi untuk Anthrax ni kali.

    ReplyDelete
  2. Anthrax ni album2 tahun 80an bole la masuk..start album tahun 90an ke atas aku tak boleh nak masuk dah..tapi kolabrasi dengan public enemy ok la best jugak

    ReplyDelete
  3. anthrax... tak follow, tak juga masuk tahap casual, tapi mungkin akan cari album kompilasi

    ReplyDelete