Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 22hb Mac...
Anthrax - Among The Living (1987)
Kalau bercerita perihal Anthrax, ada 2 album yang sangat terkesan di jiwa. Dari segi nostalgianya mungkin State Of Euphoria. Kerana ianya album (kaset) Anthrax saya yang pertama. Tetapi kalau yang paling diminati sudah tentu-tentunya Among The Living yang menjadi pilihan hati.
Memori pertama tentangnya adalah menonton tape video vhs Oidivnikufesin N.F.V. kepunyaan kawan sekolah. Ketika itu tak pernah dengar pun Among The Living. Malah ianya adalah pengenalan pertama saya kepada Anthrax.
Ada beberapa lagu yang memikat hati ketika menonton video tersebut. Aksi Joey yang memakai headdress ala Red Indian ketika lagu Indians adalah momen yang saya tak boleh lupa bila bercerita pasal Anthrax selain seluar pendek paras lutut mereka dan topi depannya di lipat ke atas yang menjadi ikutan saya.
Tak pernah ada kasetnya. Tak pernah jumpa dan tak pastinya sama ada ianya ada di jual di kedai kaset pada ketika itu. Tak ingat dah dari mana dan siapa punya kaset yang dipinjam. Tetapi yang pentingnya terus jatuh hati bila kali pertama mendengarnya.
Kesemua lagunya sangat catchy. Riffs gitar thrash yang sangat kental. Memang semua lagu boleh hangguk kepala. Mungkin ini adalah salah satu contoh album thrash yang sebenar benarnya.
Lagu lagu seperti "Among the Living", "Caught in a Mosh", "I Am the Law", "Indians" dan lain-lain sehingga kini masih menjadi antara thrash anthem untuk saya.
Rekomended!
aku rasa nanti keluar live album dan dvd kot semua lagu dalam satu album dimainkan. Lepas ni tunggu state of euphoria pulak kot main semua satu album
ReplyDeleteDiorang masa buat collaboration dgn public enemy teruk jugak kena kecam ngan komuniti metal dulu..heheh
ReplyDeletenak dgr jap lagi kat youtube 3 lagu di mention tu
ReplyDelete