Wednesday, April 20, 2016

Stomp 442

Lagi dari tahun lepas...yang dah pun 21 tahun...


Anthrax - Stomp 442 (1995)

Seperti yang saya katakan dalam beberapa entri yang lepas, pertengahan 90an adalah tahun-tahun yang agak mengecewakan untuk peminat heavy metal dan thrash seperti saya. Semua berubah. The Big Four pun terpalit sama.

Paling mengecewakan pada saya adalah Anthrax. Mereka adalah antara yang lantang menyalahkan grunge apabila muzik thrash tidak lagi mejadi popular. Tetapi di dalam masa yang mereka juga terikut-ikut untuk menjadi "sell out". Pada saya mereka memang berhak untuk ditengelamkan oleh band seperti Nirvana dan Alice In Chains.

Walaupun agak berlainan. tetapi album sebelumnya "Sound of White Noise" masih boleh menark hati saya. Tetapi Stomp 442 memang benar-benar mengecewakan. Langsung tak boleh nak masuk walaupun mendengarnya berulang-ulang kali 21 tahun yang lalu mahupun sekarang.


Tambah kurang menarik Dan Spitz juga tidak lagi bersama-sama. Beliau adalah idola gitaris thrash zaman remaja saya. Muka handsome dan ada gaya. Hahaha...T shirt 3 quarter American Football beliau menjadi beliau menjadi ikutan saya.

Walapun mereka menjemput Dimebag Darrell untuk menyolo dalam lagu  "King Size"  dan "Riding Shotgun"  tetapi solo-solo beliau bukanlah solo catchy seperti Dan Spitz yang sudah sebati dalam jiwa. Saya meninggalkan Antrax selepas dari album ini.






11 comments:

  1. memang betul.. gua pun setuju bro.. album ni tak boleh hadam..

    ReplyDelete
  2. metallica load aku masih boleh hadam...

    ReplyDelete
  3. Masa ni yg bole layan megadeth youthanasia je.lain2 band metal masa tu mcm dah tak wujud

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...nasib juga hujung 90an tu muncul macam2 band power metal yang best2..

      Delete
  4. gila juga impak nirvana dulu ya...

    ReplyDelete
  5. Aku suka tengok zaman John Bush live, lagu anti social sesuai dengan aggressiveness john bush

    ReplyDelete
  6. dalam taun 1995 aku mmg dh terpengaruh dgn muzik grunge dari nirvana.. masa tu aku darjah 3.. pengaruh dari abg sepupu aku yg mase tu form 1.. mase tu bdk skolah menengah mmg layan habis muzik grunge ni.. ape pun muzik hard rock heavy metal thrash sume mmg bosan lah dlm pertengahan 90'an

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. versi tutup botol yang ni rare...harga sama macam robot transformer...hahaha...

      Delete
  8. Cover album lawa, macam Storm Thorgerson punya style..

    Tadi check kat wiki memang sungguh dia yang design..

    ReplyDelete
  9. kadang production ataupun mmutu recording yg dah condong setting ke arah grunge.. menyebabkan semua rakaman dah berbunyi grunge.. cth EXTREME- Waiting for the Punhcline tue membahan grunge sebagai Hip Today- hip waktu tue jer.. tapi produksi tu berbunyi raw dan "grungy" sbb produk dan sistem bunyi zaman tue.. 90s...macam zaman sekrg Colbie Cailat awek pop tu sesetengah lagu dia kenapa berbunyi macam Justin Bieber?? mcm tue laa.. teori aku bwahahaha..

    2. grunge dan 1996 adalah zaman ditties atau lagu2 ringkas.. metal pulak mesti 3 min lebih.. tapi sebenarnya grunge ada jugak yg tak ringkas sound dia- perhatikan lagu Season Chris Cornell- lagu tu menunjukkan kesunguuhan permainan guitar.. (lagu MAN OF STEEL guna)

    ReplyDelete