Saturday, March 13, 2010

The Years Of Decay

Dah berapa minggu layan rock 70’s jer…kini back to the future…tak future jugak la…balik ke tahun 1989 ajer…Overkill - The Years Of Decay.



Kalau citer bab thrash metal…mesti the big 4 je dapat nama…atau paling sipi2 pun Testament atau Exodus…jarang orang sebut pasal Overkill..tapi bagi aku dorang adalah antara band thrash yang bagus…sepatutnya layak mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi.

Sama seperti Anthrax, mereka adalah pengerak thrash metal bagi kawasan pantai timur US…Album The Years Of Decay ni merupakan album pertama Overkill yang aku ada…sebelum tu selalu nampak logo Overkill – Under The Influence kat kartun2 lukisan Cik Li dalam Gila Gila…tapi tak berpeluang nak dengar sehingga la kaset The Years Of Decay ni ada di jual kat kampung aku…




1st time dengar je aku dah melekat…antara album2 thrash yang aku rekomended…walaupun album pilihan aku dari dorang adalah Horrorscope…tapi The Years of Decay jugak ada banyak lagu2 best…antara yang menjadi thrash anthem aku adalah Elimination…lagu yang memperkenalkan Overkill ke media mainstream…lain2 yang boleh buat hayun kepala adalah Time To Kill, Nothing To Die For dan lagu penutup yang terbaik E.vil N.ever D.ies…ini baru thrash metal beb…

Selain 4 lagu yang full speed assault tu…ada jugak sebuah lagu yang hampir2 ballad atau memang ballad kot…lagu yang jadi tajuk album ni iaitu The Year Of Decay…memang feel lagu ni…dulu ada sorang kawan aku tanya…naper band2 thrash ni tak nak buat banyak2 lagu ballad camgini…kan ke sedap…tapi memang betul per…lagu2 ballad Overkill dan Testament memang best per…Cuma dulu2 malu nak ngaku…tak ganas la kan…tapi yang sebenarnya dalam hati ada taman…hehehe…




Ada jugak sebuah lagu…yang aku tak berapa minat…pasal slow sangat…tapi kepada kawan aku yang kaki Black Sabbath memang suka…Playing With Spiders/Skullkrusher..bagi aku kalau lagu ni laju sikit mesti best...

Suara vocalistnya Bobby Ellsworth nak kata best ker tak tu kena ikut telinga memasing la..ada yang nyampah…macam suara Dave Mustaine jugak la...tapi bagi aku ok jek…lain dari yang lain per…walaupun bukanlah sehebat suara Joey Belladona (Anthrax)..tapi gitarist dia Bobby Gustafson tu memang dasat…memang shredder…laju…tapi bab2 melodi dia pun dasat…sayangnya inilah album terakhir dia bersama Overkill…perbalahan arah tuju muzik Overkill menyebabkan dia dipecat….


gambar stail camgini sebelum Metallica buat..Overkill dan Search dan buat dah... :p

apa2 pun album ni memang banyak nostalgia maza zaman2 ITM aku...antara album2 heavy tahun 1989 yang selalu berputar kat walkman aku selain Beneath The Remains,Extreme Aggression,Agent Orange,Practice What You Preach,Alice In Hell,Altars Of Madness,Handle With Care,Fabulous Disaster,Blessing In Disguise,Thrash Zone,Nothingface,Symphonies Of Sickness,Slowly We Rot,Control By Hattred/Feel Like Shit...Deja Vu dan apa lagi ek..dah tak leh nak recall dah...apa2 pun 1989 memang banyak album thrash yang best..tu belum masuk yang heavy/hard rock lagi...macam Gutter Ballet,Skid Row,The Real Thing,Big Game,Dr Feelgood,Slip Of The Tongue,Trash,Pump,Extreme,..Twice Shy,The Great Radio Controversy,Headless Children...and the list goes on and on...

kesimpulannya...kalau nak dengar album thrash 80's...The Years Of Decay sememangnya antara yang patut jadi pilihan.




11 comments:

  1. Haha! Akhirnya, penantian untuk bagi good rating on Overkill berbaloi!

    Memang underrated ini band sebab kurang Treshh, gitu. :)

    ReplyDelete
  2. YEARS bro...

    Aku tak berapa berkenan suara picit bontot vokalisnya.

    ReplyDelete
  3. RST...sama la mcm Nuclear Assault..

    MM...noted..Tq

    ReplyDelete
  4. Aku ada horrorscope je.. dan..yes..Horrorscope mmg best.. err.. dalam hati ada taman eh..

    ReplyDelete
  5. aku suka dorang nye cover tyrant

    ReplyDelete
  6. Ini antara album yg pernah aku layan..walaupun aku tak berapa thrash! Lagi satu..Handle with care...Nuclear Assault!!

    ReplyDelete
  7. Album thrash best cuma vokal lawak sikit. Elimination ngan I hate you memang kena dengan suara dia...my faveret overkill album.

    ReplyDelete
  8. album ni ribut seh... wajib kaset dia terselit kat walkman 'aiwa' gua dulu.

    ReplyDelete
  9. wa tak pernah dengar....hahah
    best ke

    ReplyDelete
  10. years of decay.. arrgg aku ada kaset ni... kazen aku kasi (dia beli kat japan)....
    horrorscope pinjam dan dubbing dari en. takilala hehehehehe

    errr... latest album drg apa cerita yer???

    ReplyDelete
  11. "Playing With Spiders/Skullkrusher" adalah doom metal dari overkill. dulu gua ada buat satu cerita yang bertajuk "lumba haram" kat gelihati. tahun 88,89... dua geng motor berentap. satu nama savage rider dan satu lagi OVERKILL! gua cilok dari band overkill. harharhar!

    kali petama gua terdengar lagu overkill pada tahun 1986, kat satu kedai underground kat kuala pilah ( kedai tu tempat dubing lagu2 metal ), sorang mamat tu baru beli kat petama complex dan pasang kat kedai tu. ouch! feel the fire membuat hidung gua bedarah! cover yang hebat!

    gua masih layan the years of decay hingga ke hari ini kerana ia adalah thrash metal sejati!

    ReplyDelete