Monday, November 29, 2010

Souls Of Black

Sebuah lagi album dari tahun 1990...ada beberapa tajuk lagi yang ntah larat ker tak larat aku nak buat sebelum berakhirnya tahun 2010...lain2 yang aku dah buat boleh cekidot kat >SINI<



Kali ni pasal album no 4 dari sebuah band thrash yang tak kurang glamernya pada zaman tersebut iaitu Testament bertajuk Souls Of Black...memori aku pasal album ni yang paling jelas sekali adalah berkaitan dengan tour "Clash Of The Titans"...kerana apa yang aku ingat masa tu...semua megazine metal terutamanya macam Metal Hammer, Metal Force sibuk promosi pasal tour ni...so ada satu page iklan khas pasal album2 band yang terlibat termasuk la album ni...sempat la aku photostate tampal kat file gi kelas...riak thrash sungguh la kononnya masa tu...hahaha..


Kebetulan pulak semua band yang terlibat dalam tours ni ada album baru...Megadeth,Slayer,Suicidal Tendencies....dan termasuk lah Testament sendiri..aku jugak ada terbaca yang Souls Of Black ni di riliskan semata2 pasal siri tour tersebut...so ianya dibuat secara tergesa2...maka hasilnya terutama dari segi produksinya memang sedikit mengecewakan...ada bahagian yang bunyi drum dan bassnya agak tenggelam...




Tapi secara keseluruhannya album ni bukanlah la mengecewakan pun...kalau korang minat Testament album Practise What You Preach...album ni konpem korang boleh masuk...formulanya hampir sama...thrash komersil...cuma lagu2nya sedikit heavy tapi masih catchy...tapi yang kurangnya kebanyakan lagu2nya riffnya seakan2 sama...kurangnya moment2 yang memorable...kekadang agak membosankan la...

Apa2 pun highlight utama album ni dah tentu2 la pasal solo2 gitar Alex Skolnick...macam aku cakap dulu...aku suka Testament pasal Alex...sekali lagi dia tak menghampakan aku...kerja gitar dan solo2 beliau rasanya adalah yang terbaik berbanding album2 yang sebelumnya...tak caya try layan lagu "Face in the Sky" ataupun "The Legacy"...memang membunuh arr solo dia...

Selain Alex...satu lagi highlight album ni adalah lagu ballad "The Legacy"...memang feel arr lagu ni...vocal Chuck Billy kena betul ngan lagu ni...macam aku pernah cakap dulu la...band2 thrash ni bila sesekali buat lagu ballad...memang syahdu...lagu2 lain yang aku rasa best adalah "Souls of Black", "Falling Fast", "Seven Days of May" dan "Face In The Sky"...



Kalau nak kata ini adalah salah satu album thrash terbaik...tak jugak la...tapi ini adalah last album Testament yang best pada aku...yang aku betul2 aku follow...tambah pulak beberapa tahun lepas tu Alex blah dari Testament...so memang aku dah tak follow la...termasuk album reunion dorang...

Apa2 pun kalau nak lengkapkan koleksi album2 thrash...Souls Of Black masih patut masuk list...

Friday, November 26, 2010

Scar Tissue


Hmmm...macamana ek aku nak mula...err..gini la..1st aku terjumpa pasal buku ni bila aku google pasal buku2 autobiography terutamanya buku pasal mat rock/metal...balik2 aku terjumpa pasal review2 yang cakap Scar Tissue dari Anthony Kiedis ni antara yang terbaik...masuk dalam list best seller lak tu...bila aku check ebay...terjumpa pulak harga yang murah...maklum la buku ni dah lama...terbitan 2004...kena 2nd hand pulak tu...cuma RM20++ jer aku beli...berbaloi2 arr..

Setelah abis baca...memang aku setuju la dengan review2 tu...memang buku ni sangat menarik...ini memang cerita pasal rockstar...betul2 pasal SEX, DRUGS & ROCK N ROLL!!!!...kenapa aku cakap camgitu?...



SEX...memang Anthony citer sorang2 pasal bekas girlfriend dia...jiwang jugak mamat ni rupanya...antara awek2 dia yang terkenal ialah actress Ione Skye, penyanyi Sinéad O'Connor dan director Sofia Coppola...banyak jugak lirik2 dia tulis tu dapat ilham dari kisah2 cintan dia...contohnya I Could Have Lied tu kisah dia frust ngan Sinéad O'Connor...



DRUGS...ni isu yang paling banyak dia cerita la..mula exposed ngan dadah masa umur 13 tahun..dah bapak dia pun drugs dealer...mana tak dia pun hancus...sepanjang buku ni ni memang penuh dengan cerita macam mana dia nak cuba pulih dari ketagihan...keluar masuk pusat pemulihan...memang aku rasa 60 hingga 70 peratus buku ni berkisar pasal ni...



ROCK N ROLL...ni dah tentu2 pasal RHCP...macam mana dia jumpa Flea...penubuhan RHCP...pasal Hillel Slovak (gitarist asal yang mati overdsosed)...John Frusciante (gitaris yang paling ngam ngan dia bab2 cipta lagu)... Dave Navarro...dll...tapi penceritaanya dia lebih detail masa permulaan RHCP...sebab tu kalau korang adalah peminat tegar Red Hot Chili Peppers...mesti korang agak rasa sedikit kecewa..pasal buku ni bukanlah berkisar pasal RHCP...tapi ianya lebih kepada tertumpu kehidupan peribadi turun naik Anthony Kiedis...iyer la kan...ni buku pasal dia...dah tentu2 la dia cerita peribadi dia...

Kalau nak dibandingkan dengan buku2 autobiography yang sama genre dengannya...contoh I Am Ozzy (Mustaine tengah baca...tak leh banding lagi..)..aku rasa gaya penceritaan Scar Tissue (ditulis bersama oleh Larry Sloman) ni lebih menarik...tambah pulak dia banyak cerita macamana asalnya sesebuah lirik lagu2 RHCP tu dilhamkan...sebagai peminat RHCP...cerita2 macamgini memang sesuatu yang peminat nak tau...kira satu plus point la untuk buku ni banding ngan buku Ozzy...

Tapi kekadang aku terpikir...dalam kepala dia yang high sepanjang masa tu...macamana la dia boleh ingat secara detail perkara2 yang berlaku dalam hidup dia terutama masa kecik...terer jugak memori dia ni...

Apa2 pun aku rekomen la buku ni...satu bahan bacaan yang menarik...tambah2 pulak kalau korang peminat Red Hot Chili Peppers...

sorry aku tak berapa pandai nak review buku..tapi....NEXT....MUSTAINE!!!...yeay..\m/

Wednesday, November 24, 2010

Persistence of Time

Sambung lagi cerita pasal album2 terbitan 1990...sempena 20 tahun dah usia album2 tersebut...cekidout album2 lain yang aku dah buat kat >SINI<



Kali ni pasal album ke 5 Anthrax...Persistence of Time...album no 4 dan terakhir Joey Belladona bersama Anthrax (kalau tak campur Attack of the Killer B's la)...dia adalah vocalist Anthrax dan thrash yang paling aku suka...kalau dibandingkan dengan vocalist lain dari The Big Four..Hetfield,Mustaine dan Araya...memang tak leh celen la vocal Belladona ni...mungkin kelebihan dia pasal tak main apa2 alat muzik selain hanya menyanyi berbanding dengan yang lain...benda ni jugak jadi advantage untuk persembahan live dorang...kalau Metallica,Megadeth dan Slayer cuma terpacak jer menyanyi yang kekadang buat aku rasa bosan dan tertido nak ngabiskan tengok dvd live mereka...tapi bila tengok Anthrax live...memang best!

Kelebihan ni jugak sering digunakan Anthrax dalam lagu2 mereka...kalau The Big Four yang lainnya lebih menonjolkan muzik yang lebih teknikal...tapi Anthrax lebih menumpukan kepada kekuatan vocal Belladona...ini jugak yang dapat kita dengar dalam Persistence Of Time (PIT)..tapi aku rasa album ni tak secatchy album2 sebelumnya...kena dengar banyak kali...album ni jenis grower...maklumlah PIT ni ada unsur2 progresif...bila progresif...lagu jadi panjang2...ada beberapa lagu yang panjangnya lebih 7 minit...kalau tak betul2 dengar memang cepat boring...berbanding lagu2 pendek kan lebih senang hadam...



Aku akui masa PIT ni keluar tahun 90 tu...ianya antara kaset yang paling kurang melekat kat walkman aku...maklum la...keluar saing2 ngan the mighty Rust In Peace dan Seasons In The Abyss kan...dah tentu2 aku utamakan 2 kaset tu dulu...tambah pulak lagu2nya agak kurang memorable...satu2nya lagu yang sekali dengar dah dapat tangkap adalah lagu cover Joe Jackson bertajuk "Got the Time"...kalau State Of Euphoria ada "Antisocial"...PIT ada "Got The Time"...aneh...tapi Anthrax memang best bila bawak lagu2 cover...tak caya layan Attack Of The Killer B's...suka betul aku dengar bass Frank Bello dalam lagu ni...underated sungguh dia ni...tapi bagi aku dia adalah salah seorang the bestest bass player untuk thrash...kekadang rasa lagi best dari Jr (Megadeth)...err cerita lain..James LoMenzo > Jr ....huhuhu...

Satu yang aku perasan...untuk PIT...Anthrax dah start buat lirik2 yang serius...takder dah lirik2 humor...tak tau kenapa ntah dorang berubah...mungkin untuk mengikut peredaran masa kot...dari segi produksinya...aku rasanya ianya antara yang terbaik dari Anthrax...lebih baik dari State Of Euphoria dll...

Lagu pembukaan "Time"...walaupun tak sebest lagu pembukaan State Of Euphoria "Be All, End All"...tapi bunyi tik tok tik tok jam tu memang buat teruja la...antara lagu yang jadi fav aku dari PIT selain "Got The Time" adalah "Keep It In The Family","Belly Of The Beast" dan lagu instrumental "Intro To Realty"..



Ini adalah album last yang menampilkan klasik line-up...(Belladonna, Spitz, Bello, Ian dan Benante)...sudah semestinya bagi peminat lama Anthrax ini adalah last album dari mereka yang best...dan sudah semestinya ianya jugak adalah antara last great thrash classics album...tahun 1990 adalah tahun2 terakhir era thrash...masuk 1991...grunge mula melanda muzik mainstream...manakala death metal mengambil alih tahta extreme metal...Anthrax selepas era Belladona cuba menjadi up to date...bukannya tak best...cuma ianya dah tak sama...

Monday, November 22, 2010

Riak Maidenwi



aku tengok ramai dah tampal kat facebook/blog gambo tiket ni...aku pun nak tumpang sekaki la...riak tiket maidenwi...heheheh...

tak kisah la kalau aku punya bukan Pen A... ala leceh la nak berdiri sampai 3 jam...lenguh kaki...q nak bayar shopping kat Tesco lagikan dah lenguh kan...inikan pulak berdiri berhimpit2...panas!!!...nasib tak baik terlindung orang depan yang besar2 dan tinggi2...tersentuh yang bukan muhrim (hihi..)..bau badan..bau rokok...isskhhh...tak selesa la....

Duduk2...rilek2..santai2 lagi best.....kan????













(err...alasan...sebab sebenonya....errr...duit tak cukup...hahahahahaha...)

Friday, November 19, 2010

Blood Sugar Sex Magik

Tak banyak band2 yang bukan heavy metal yang aku suka...tapi Red Hot Chili Peppers dengan album "Blood Sugar Sex Magik" adalah salah satu darinya...sambil2 membaca buku Scar Tissue...buku autobiography vocalistnya Anthony Kiedis...sempat jugak aku layan cd ni...



Album rilisan tahun 1991 ni diterbitkan oleh Rick Rubin...salah satu sebab kenapa aku tergerak hati nak beli kaset ni dulunya padahal aku tak pernah dengar pun rilisan2 awal dorang...Di tengah zaman2 aku giler dengan lagu2 metal extreme...selalu pulak aku terbaca kat Kerrang pasal RHCP ni..review dorang untuk Mother's Milk (album sebelum ni) agak tinggi jugak ratingnya...tambah pulak Sacred Reich dalam lagu 39 Flavors pun ada sebut pasal RHCP kan...tu yang satu hari tu..ternampak kaset ni kat kedai...tak banyak soal..terus aku sambo...

Aku tak pasti apa itu FUNK....tapi aku rasa RHCP memang layak digelar sebagai sebuah Funk Rock band...memang funky lagu2 dorang ni...ada sikit2 campuran punk dan psychedelic rock...memang rasa nak bergoyang badan dengar lagu2 dorang ni...paling best dengar bunyi bass Flea yang meletup letup tu....pergh!!!



Tak sangka pulak beberapa bulan lepas beli kaset ni...tetiba lagu2 dorang macam "Give It Away","Breaking The Girl" "Suck My Kiss" dan "Under The Bridge" meletup kat US...selalu beno keluar kat MTV (tu jam tengok MTV kat tv Spore Ch 5)...sayangnya lagu favourite aku "I Could Have Lied" tak pulak diriliskan sebagai single...dan ramai yang tak perasan dan tak tau pasal lagu ni...maklum la bayangan lagu2 funky dalam album ni cukup kuat...lagu ballad camgini tak berapa nak di highlightkan...sayangnya bagi aku lagu ni lebih best dari lagu ballad "Under The Bridge" tu...dengar lagu "I Could Have Lied" rasa macam terawang2 dengar melodinya...dan solo gitar John Frusciante dalam lagu ni memang masterpiece la...antara solo gitar penuh emosi dan berjiwa yang jadi favourite aku...bestest la...baca buku Scar Tissue baru aku tau rupanya lagu ni Anhony tujukan kepada Sinead O'connor...frust kena tinggal dengan minah ni rupanya dia....

Bagi ramai orang...mungkin bass Flea adalah tulang belakang sound RHCP...tapi bagi aku permainan gitar John Frusciante juga sama pentingnya...dia lah antara gitaris yang bukan shredder yang aku suka...dengarkan la petikan gitar dia dalam album ni dan Mother's Milk...walaupun seperti yang Anhony tulis dalam bukunya...sound gitar berat John yang bunyinya ala2 metal tu sebenonya bukanlah kehendak dia...tapi atas desakan penerbit album Mother's Milk Michael Beinhorn...tapi pada aku sound tu lah yang jadikan RHCP unik...funk band dengan sedikit sound metal...best..



Boleh kata aku suka semua lagu dalam Blood Sugar Sex Magik ni...terutamanya kalau zaman2 kaset dulu side A nya...tapi masuk side B...terutamanya lagu2 selepas Under The Bridge...aku rasa kureng sikit la...selain "I Could Have Lied" dan lagu2 popular dorang yang aku dah sebut tadi...lagu2 seperti "The Power of Equality","If You Have to Ask","Mellowship Slinky in B Major","The Righteous & the Wicked","Blood Sugar Sex Magik" dan "Naked in the Rain" memang aku suka la...kekadang bila dah penat dengar lagu2 bingit...layan2 lagu funky camgini memang gerek arr...

Maaf la pada peminat grunge...tapi pada aku lagu2 camgini jauh lebih best dari grunge...at least kat telinga aku la...dan jangan tak tau...seperti yang tertulis kat Scar Tissue...Eddie Vedder tu dulu asalnya penyanyi untuk sebuah kumpulan cover/tribute band untuk RHCP...

Nanti la...aku curi2 masa opis (hihi..) buat review untuk Scar Tissue..apa2 hal pun...ni album memang recommended!!!

Thursday, November 18, 2010

Masuk Hospital

Dari isnin lepas baru hari ni merasa online...dah lama jugak aku tak merasa hidup tanpa internet...ada beberapa perkara berlaku

- Abah aku masuk hospital...kena la berumahtangga di hospital...malam raya pun aku tido hospital...tahun ni memang sambut raya haji ala kadar jer la...semayang raya pun aku kantoi...dah malamnya berjaga sampai ke subuh...pagi raya aku zzzzzzzzzz...

- Isnin petang tu rumah aku kena sambar petir...abis jahanam notebook, modem dan talipon...modem baru beli lak tu...baru 2 bulan tukar....notebook pun abis kong...motherboard hancus kot...adoiii...kena hantar hospital jugak la...ntah berapa lama la aku tak leh online dari rumah agaknya...(nasib boleh ngulor dari opis...heheh)...pengajarannya...cabut wayar kat modem tu...tak pun guna wireless...at least kalau kena petir modem je kong...pc selamat...

- dah 2 kali gi ejen sistic kat JB...kononnya nak riak tiket Iron Maiden kat sini...rupanya gagal...masih alasan yang sama...kertas tiket abis..lum dapat stok dari sistic...kabarnya sabtu ni baru ada....iskhhh...ni kertas tiket abis pasal penangan Iron Maiden ker atau memang kebetulan stok kertas abis ni...ntah la..

- Duk menjaga abah aku kat hospital...berjaya jugak aku menghabiskan buku autobiography Anthony Kiedis - Scar Tissue....(nanti ada masa aku review)...dan dengan sedikit riak (heheh)...aku tengah baca buku ni...

Friday, November 12, 2010

Up From the Ashes

Satu lagi harta karun yang dah umur 20 tahun...Up From The Ashes dari Don Dokken...
cekidot album2 lain dari tahun 1990 kat SINI.



Terus terang aku ni memang peminat Dokken...terutamanya pasal guitar work George Lynch...idola aku zaman2 sekolah dulu...3 album mereka di pertengahan 80an Tooth and Nail, Under Lock and Key dan Back for the Attack memang jadi soundtrack zaman sekolah aku...

Bila mereka berpecah pada tahun 1988...aku seperti majoriti peminat Dokken yang lainnya...lebih berpihak kepada George Lynch...pada aku George Lynch la Dokken...so masa time album ni dikeluarkan memang aku tak ambik tau pun...tambah2 tu jam aku dah mula dengar metal yang lebih extreme...aku lebih berminat nak dengar album solo George Lynch dengan band barunya Lynch Mob bertajuk Wicked Sensation (juga dirilis pada tahun 1990)...tapi sayangnya album tu berapa melekat untuk aku...ada 2,3 jer lagu2 heavy...lain2 banyak slow bluesy hard rock...langsung tak bunyi Dokken...nasib aku tak beli...kalau tak sure nyesal...



Up From The Ashes ni...abang aku ada beli kasetnya dulu...tapi memang aku kurang berminat nak dengar...sehinggalah beberapa tahun selepas tu tergerak hati nak dengar...time tu baru aku perasan...dasat2 rupanya yang main untuk Don dalam album ni...kira superband ni...John Norum (Europe - gitar), Peter Baltes (Accept - bass) dan yang paling tak sangka...Mikkey Dee (King Diamond) yang main drum...dasat tu...cuma yang tak berapa dikenali hanyalah Billy White (Watchtower - gitar)..

Bila dengar album ni..aku dapat rasa inilah Dokken...tak bunyi macam album solo Don yang selalu aku pikirkan...aku bayangkan album solo dia sure bunyi lain...maklum la..aku masih anggap yang George Lynch tu lah Dokken...dia takder Dokken pun takder...nampaknya aku salah...memang ini bunyi Dokken yang aku kenal...mungkin lagu2 dalam album ni memang Don buat untuk album Dokken...kalau ada sambungan selepas Back For Attack sebelum era Dysfunctional...mungkin ini lah bunyi album Dokken...

Ada beberapa lagu yang feelnya macam Dokken lama contohnya..."Give It Up"...macam "Will The Sun Rise"..."When Love Finds A Fool"' ada bunyi "Alone Again"....sebenarnya kalau tak diberitau sapa yang main gitar untuk album ni...mungkin aku ingat George Lynch yang main...memang John Norum dan Billy White punya riff dan shredding solo bunyi hampir macam George Lynch...cuma ada sikit perbezaan stail la...tambah yang bezanya album ni guna double lead solo...so bunyinya lebih penuh dibandingkan dengan sound Dokken...tapi apa2 pun lagu yang jadi track pembukaan "Crash N Burn" memang aku suka la...solo sedap..."Mirror Mirror"...satu2nya lagu yang jadi single untuk album ni pun boleh tahan...chorus catchy abis...


suka aku tengok gambo ni siap ada bendera2 asal negeri dorang...ni baru world...tapi ada sapa tau tu kat Billy White tu bendera negara mana eh?

So...kalau nak dengar bunyi Dokken lama...patut dengar album ni...album lain Dokken di tahun 90an dah tak bunyi Dokken yang lama pun..tak kisah la zaman reunion ngan George Lynch maupun zaman John Norum...kureng la..kecuali album dorang yang latest...Lightning Strikes Again...gitaris Jon Levin...boleh tahan la...

Tapi kalau nak dengar bunyi macam King Diamond...pasal Mikkey Dee main...korang salah tempat la...heheh..walaupun ada beberapa lagu memang Mikkey tunjuk skill...tapi kalau nak dengar album yang bunyi Dokken...80's glam metal dan shredding gitar solo...inilah albumnya...sayangnya album ni diriliskan semasa zaman pasaran muzik menuju ke grunge...

Wednesday, November 10, 2010

Thank you 2O LEGEND



Kalau korang fan United...sure ingat tarikh 26hb May 1999 kan...gol minit ke 93 kat Nou Camp tu memang tak leh lupa ahh...the bestest!!!

Kini selepas 14 tahun (sebaya pulak ngan anniversary aku)..11 tahun sebagai player (366 appearances - 126 gol)...dan 3 tahun sebagai jurulatih...dan kejayaan2 yang Steven Gerrard pun kempunan (hihi)...iaitu...

Sebagai pemain -
Premier League (6): 1996–97, 1998–99, 1999–2000, 2000–01, 2002–03, 2006–07
FA Cup (2): 1998–99, 2003–04
FA Community Shield (3): 1996, 1997, 2003
UEFA Champions League (1): 1998–99
Intercontinental Cup (1): 1999


Sebagai jurulatih -
Premier Reserve League (1): 2009-10
Premier Reserve League North (1): 2009-10
Lancashire Senior Cup (1): 2008-09
Manchester Senior Cup (1): 2009


akhirnya “Baby-faced Assassin” meninggalkan jua Manchester United...untuk kembali ke Norway...balik kampung menjadi jurulatih kelab asal beliau Molde...semoga satu hari nanti beliau akan kembali ke United...pengganti SAF?...sapa tau kan...

Good Luck and thank you, Ole Gunnar Solskjær!

2O LEGEND!







errr...kalau diberi peluang untuk interview dia...satu soklan jer aku nak tanya..."Do you like Black Metal?"...Norway la kan...heheheh..

Tuesday, November 9, 2010

November Rain yang ke 14.. ke 2..dan yang pertama

Dah masuk novembar dah...hari ni pepagi dah kena november rain...biasa la hujung tahun..musim hujan...nasib lum banjir...tapi bukan nak cerita pasal november rain pun...tapi bulan november ada beberapa tarikh penting untuk aku...

Semalam 8hb...tarikh nikah aku...bukan pernah celebrate pun...tu pasal selalu lupa...si dia pun tak pernah ingat...lagi pulak aku...heheh...buat entry ni baru teringat...tahun ni dah masuk kali ke 14 dah...pergh!!!...bukan tua...cuma kawin muda (kaver line...hihi)

Dan november jugak bermakna dah 2 tahun aku "berteromber"...malas2 pun dah 2 tahun menulis blog duniawi ni...bak kata Bentara...tak kisah la kalau balik2 orang tu jer yang baca dan komen...ni bukan blog memasak atau bela kucing kan...apa ada hal...yang penting dapat kenal ngan kawan2 yang sekepala...walaupun tak ramai...tapi kita kuat...korang tau sapa korang...terimakasih beb!

Dan buat pertama kalinya...aku tergerak hati nak turun konsert omputeh...mungin pasal Iron Maiden ni aura livenya lain...tiket dah beli...yang paling cikai jer pun...duit tak berapa nak cukup...ntah apa nasib baik dapat berjiran lak ngan Ijau...(kalau ko turun JB dulu...kita gi saing arr..) sekarang cuma problem macamana nak pegi...nasib Singapore tu dekat...takper la ada 3 bulan masa untuk planning macamana nak pegi..worst comes to worst...aku frame jer tiket tu....atau pun jual markup 200%...hahaha..

Last...khas untuk si dia...tak kan nak tuju lagu Iron Maiden pulak kot...mungkin lagu ni...

14 years dari Guns N Roses?...



tapi lirik lari tajuk arr..tak kena...

tak pun lagu ni...



ada cerita pasal lagu ni...dulu masa aku kat ITM...dalam satu dorm tu majoriti semua mat rock (tolak mat2 nerd kaki study tu ler)...tapi ada sorang budak ni minat giler lagu2 cengini...radio kaset kat dorm tu memang kita orang conquer 24 jam...tapi ada masa2 time kita orang lepa...mamat tu akan bukak lagu2 jiwang Tommy Page ni...pasal dah selalu "ter"dengar...ngam cukup hujung semester...satu dorm yang thrash antu pun naik terhafal lagu ni...hahahaha...

aku tau si dia tu suka lagu ni...selalu nyanyi sesama dalam kereta...layan ooo dengar time sejuk2 musim hujan ni...heheh..

Friday, November 5, 2010

I am Ozzy



Selain dari buku Mustaine A Heavy Metal Memoir...buku ni memang lama dah aku teringin nak baca...maklum la Ozzy ni banyak kisah2 kontroversi dia kan...nak jugak dengar dari mulut dia sendiri...bila terjumpa kat ebay rega pun murah...terus ajer la aku menekan tetikus..

Secara jujurnya...aku bukanlah peminat tegar Ozzy...aku tak berapa minat suara dia...minat aku pada Ozzy pun hanyalah semata2 kerana Randy Rhoads....Black Sabbath pun aku lebih suka zaman Dio...tambah isu2 berkaitan wife dia tu kan...kekadang buat rasa nyampah kat dia...dan aku rasa buku ini lah peluang Ozzy untuk menukar perspektif aku selama ni tehadapnya...



Dengan masa lapang aku yang agak terhad...dekat sebulan jugak la aku amik masa nak abis...padahal buku ni sebenarnya buat aku rasa nak abiskan time tu jugak...memang menarik gaya penceritaannya...terutamanya pada bab2 awal kisah penubuhan Black Sabbath dan karier solonya bersama Randy Rhoads...sayangnya diseparuh terakhir ianya lebih banyak mengisahkan masalah keluarga dan ketagihan arak dan dadah beliau...jangan salah anggap...aku tau ini autobiography beliau...dah tentu2 lah dia akan bercerita hal2 begini...tapi sebagai peminat muzik rock macam aku...tentulah aku mengharapkan dia akan bercerita lebih detail perihal muzik beliau...lagu2...band..gitaris2...seperti mana detailnya dia cerita pasal penubuhan Black Sabbath....sayangnya tak der...adalah sepatah 2 ayat dia sebut pasal Zakk Wylde (gitaris yang paling lama ngan beliau)...dan aku tak ingat langsung dia ada sebut pasal Jake E Lee...ntah ada ker...sayang kan...kalau ada cerita2 pasal ni semua tentu lebih menarik....atau mungkin akan ada buku no 2???...



walaubagaimanapun...memang aku rekomen la buku ni...Ozzy ni memang lawak orangnya...banyak kali jugak aku tersengih2 sesorang ketika membaca...memang tak boring la...tapi yang pastinya aku dapat rasa betapa sukanya beliau kepada Randy Rhoads...segala yang baik2 jer dia cerita pasal Randy...

So kalau korang nak tau cerita disebalik isu black magik/setan ngan Black Sabbath...lagu2 yang double meaning bila rekod dimainkan secara terbalik...gigit kepala kelawar...kes bunuh diri peminat pasal lagu Suicide solution...siapa Sharon Osbourne...siri tv The Osbourne...dll mitos pasal Ozzy...dalam buku ni memang ada jawapannya...dan yang bestnya banyak isu2 ni di cerita secara lawaknya oleh Ozzy...kalau ikut apa yang Ozzy sendiri cakap...dia ni 24 jam kepala high memanjang...terer jugak dia dapat ingat ek cerita2 lama dia ni...


pertemuan yang mencetuskan black sabbath


kesimpulannya...memang perspektif aku sikit berubah...terutamanya pasal bini dia tu...So kalau terjumpa buku ni kat mana2...pinjam...beli...dan baca...tak kisahla la korang bukan peminat Ozzy atau rock pun...RECOMMENDED!


***aku cuba curi2 masa...membaca sebuah buku dalam sesuatu masa...terutama buku2 autobiography...kat dalam simpanan sekarang ada 3...Scar Tissue oleh Anthony Kiedis , Wild Boy: My Life in Duran Duran oleh Andy Taylor dan Open oleh Andre Agassi...mana ek nak baca dulu?

tapi yang paling tak sabo...aku tengah menanti abang posmen antar buku Abang Mus...heheh..







Wednesday, November 3, 2010

Dalam Dilema



Bila terbaca pasal ni pagi tadi buat aku rasa tak sedap hati...kalau boleh biar la berita ni tipu...palsu belaka...hehe...

Bukan apa...kalau berita ni tipu tak ler rasa frust sangat...Indon tu jauh...tak terkilan tak pergi...tapi ni Spore beb...sebelah tambak ajer...adoiii...

Mungkin bukan rezeki aku kot...collegue aku dijangka akan due bersalin pada 5hb Februari...Maiden pulak turun Spore 15hb...hari selasa...hari kerja...aku pulak tak leh cuti selama 2 bulan...maklum la branch kecik macam co. aku ni tak ramai staff...semua pun multi tasking...sorang cuti bersalin yang lain kena ganti...pastu jenis kerja pulak yang tak leh tangguh2..kalau hari ni...mesti nak hari ni jugak nak kena submit....arghhhhh....

tapi walaucamanapun...kepala otak tengah pikir2 ni camner cara nak pergi...tengok la kalau ada rezeki...ni macam dah gatal jer nak suh deaf booking tiket...yang murah duduk sudut mana pun tak kisah...sekali seumur hidup...yang penting ada kat situ pun dah cukup....heheh...



sorang budak opis aku yg tak rock ni siap racun..."pegi ajer...balik kerja pun sempat...kallang tu bukan jauh sangat...ko tak reti...aku boleh tolong drive kan..."...hahahah...siak jer...

***aku takder international pasport oii...lama giler tak turun Spore sejak pasport terhad kena mansuh...Eddie jom konvoi?....tu pun kalau aku dapat pegi la...arghhhhhh

Tuesday, November 2, 2010

Cowboys From Hell

Dah Nov dah...aku ada 2 bulan jer lagi nak siapkan tribute album2 tahun 1990 sempena 20 tahun usia album2 tersebut...cekidot post aku yang lepas2 kat SINI...(untuk makluman...ini hanyalah untuk album2 yang aku ada cd atau kasetnya dan yang aku rajin nak buat sahaja... :P)



Kali ni cerita pasal album ke 5 Pantera...Cowboys From Hell...album yang menjadi breakthrough mereka...mungkin bagus jugak kot 4 album awal mereka gagal mendapat sambutan...kalau berjaya...dah tentu2nya mereka tak akan keluarkan album thrash yang sebegini...dah tentu2 mereka akan kekal berimejkan seperti Poison dan Motley Crue...imej glam metal...imej yang sekarang ni kalau boleh dorang nak padam terus dari sejarah Pantera...pernah terbaca kalau ada fan bawak cd2 zaman glam tu untuk dorang sign...dorang memang tak nak...tak mengaku itu dorang...lawak seh kalau tengok Phil Anselmo zaman tu...ala2 Bret Michaels gitu...auuu...

Di era tahun2 90an...ketika dunia dilanda deman grunge...Pantera lah yang terus mengibarkan bendera heavy metal di dunia mainstream (di US khasnya)...ketika era anti gitar hero melanda..Dimebag Darrell lah muncul sebagai penyelamat...aku banyak terbaca artikel yang mengatakan Cowboys From Hell adalah salah satu album terpenting dalam sejarah metal...di sini bermulanya apa yang di panggil groove metal..ntah la..aku tak pandai dalam mengkategorikan muzik ni...apa yang pasti bagi aku...album ni masih kuat bunyi thrashnya...manakala album2 selepasnya...walaupun dorang semakin heavy...Dimebag dah start main downtuned...mungkin dia kot yang created Nu-Metal dengan stail downtuned ni...Vocal Phil Anselmo pun sama...kalau korang perasan...CFH lah satu2nya album yang dia nyanyi high-pitched vocals ala2 Rob halford...manakala album2 selepas tu dah mendatar dan guna vocal growl...

Apa2 pun aku memang suka sound gitar dan rif2 Dimebag ni...unik...bak kata kawan aku dulu jenis rif tersekat2...“chugga chugga” tu kan...sayangnya dia mengikut jejak langkah salah seorang idolanya Randy Rhoads mati muda...

Secara jujurnya...masa tahun 1990 tu...aku cuma dapat membaca review2 dan artikel pasal CFH ni dari majalah2 ajer...kasetnya memang tak jumpa ada jual pun...dari artikel2 yang puji melambung tu la aku kenal Pantera...sebagai true poser (heheh)...aku siap tampal logo Pantera kat kulit calculator aku time gi kuliah...padahal tak pernah dengo pun macamana bunyinya Pantera ni...

Setahun selepas tu...terjumpa tape video VHS Pantera live ada jual kat Kat Holiday Plaza, JB...tu jam la baru dapat dengar dan tengok...ooo gini rupanya...start dari tu la aku mula follow dorang...sebenonya 3 album jer..CFH, Vulgar Display of Power dan Far Beyond Driven...album lepas tu dorang dah mula mengarut...bosan..


Zaman ni Dimebag masih guna nama glam Diamond...auuuu



Walaupun CFH ni tak la seheavy VDOP...Pantera ni jenis yang makin heavy setiap album...(lagi satu Skid Row)...CFH adalah album perubahan dorang dari glam ker extreme metal...lagu2 yang sedikit mellow dan ada touching thrash macam Cemetery Gates, The Sleep atau Medicine Man memang dah tak jumpa la kat album selepas ni...satu perubahan yang aku tak berapa setuju la kalau korang tanya pendapat aku...album2 post FBD memang hampeh...sayang dorang dah tak main thrash macam gini lagi...

So apa yang best pasal CFH ni...pada aku ada 2 lagu yang betul2 worth it untuk dicekidot...Yang pertama lagu yang jadi tajuk album Cowboys From Hell...aku suka rif lagu ni..time kalau driving long distance...memang segar bijik mata...yang ke duanya lagu ala2 Fade to Black/Sanitarium....Cemetary Gates...mula2 slow mendayu...pastu masuk part hanguk kepala...memang best.

Lain2 tu kira boleh la...pasal aku mendengar album ni betul2nya selepas album Vulgar Display Of Power...maka sememangnya aku lebih familiar dengan lagu2 dari Vulgar berbanding Cowboys ni...selain 2 lagu aku sebut tadi...aku layan gak la dengar Primal Concrete Sledge dan Psycho Holiday...

Bukan yang terbestest...tapi ok la..