Friday, November 12, 2010

Up From the Ashes

Satu lagi harta karun yang dah umur 20 tahun...Up From The Ashes dari Don Dokken...
cekidot album2 lain dari tahun 1990 kat SINI.



Terus terang aku ni memang peminat Dokken...terutamanya pasal guitar work George Lynch...idola aku zaman2 sekolah dulu...3 album mereka di pertengahan 80an Tooth and Nail, Under Lock and Key dan Back for the Attack memang jadi soundtrack zaman sekolah aku...

Bila mereka berpecah pada tahun 1988...aku seperti majoriti peminat Dokken yang lainnya...lebih berpihak kepada George Lynch...pada aku George Lynch la Dokken...so masa time album ni dikeluarkan memang aku tak ambik tau pun...tambah2 tu jam aku dah mula dengar metal yang lebih extreme...aku lebih berminat nak dengar album solo George Lynch dengan band barunya Lynch Mob bertajuk Wicked Sensation (juga dirilis pada tahun 1990)...tapi sayangnya album tu berapa melekat untuk aku...ada 2,3 jer lagu2 heavy...lain2 banyak slow bluesy hard rock...langsung tak bunyi Dokken...nasib aku tak beli...kalau tak sure nyesal...



Up From The Ashes ni...abang aku ada beli kasetnya dulu...tapi memang aku kurang berminat nak dengar...sehinggalah beberapa tahun selepas tu tergerak hati nak dengar...time tu baru aku perasan...dasat2 rupanya yang main untuk Don dalam album ni...kira superband ni...John Norum (Europe - gitar), Peter Baltes (Accept - bass) dan yang paling tak sangka...Mikkey Dee (King Diamond) yang main drum...dasat tu...cuma yang tak berapa dikenali hanyalah Billy White (Watchtower - gitar)..

Bila dengar album ni..aku dapat rasa inilah Dokken...tak bunyi macam album solo Don yang selalu aku pikirkan...aku bayangkan album solo dia sure bunyi lain...maklum la..aku masih anggap yang George Lynch tu lah Dokken...dia takder Dokken pun takder...nampaknya aku salah...memang ini bunyi Dokken yang aku kenal...mungkin lagu2 dalam album ni memang Don buat untuk album Dokken...kalau ada sambungan selepas Back For Attack sebelum era Dysfunctional...mungkin ini lah bunyi album Dokken...

Ada beberapa lagu yang feelnya macam Dokken lama contohnya..."Give It Up"...macam "Will The Sun Rise"..."When Love Finds A Fool"' ada bunyi "Alone Again"....sebenarnya kalau tak diberitau sapa yang main gitar untuk album ni...mungkin aku ingat George Lynch yang main...memang John Norum dan Billy White punya riff dan shredding solo bunyi hampir macam George Lynch...cuma ada sikit perbezaan stail la...tambah yang bezanya album ni guna double lead solo...so bunyinya lebih penuh dibandingkan dengan sound Dokken...tapi apa2 pun lagu yang jadi track pembukaan "Crash N Burn" memang aku suka la...solo sedap..."Mirror Mirror"...satu2nya lagu yang jadi single untuk album ni pun boleh tahan...chorus catchy abis...


suka aku tengok gambo ni siap ada bendera2 asal negeri dorang...ni baru world...tapi ada sapa tau tu kat Billy White tu bendera negara mana eh?

So...kalau nak dengar bunyi Dokken lama...patut dengar album ni...album lain Dokken di tahun 90an dah tak bunyi Dokken yang lama pun..tak kisah la zaman reunion ngan George Lynch maupun zaman John Norum...kureng la..kecuali album dorang yang latest...Lightning Strikes Again...gitaris Jon Levin...boleh tahan la...

Tapi kalau nak dengar bunyi macam King Diamond...pasal Mikkey Dee main...korang salah tempat la...heheh..walaupun ada beberapa lagu memang Mikkey tunjuk skill...tapi kalau nak dengar album yang bunyi Dokken...80's glam metal dan shredding gitar solo...inilah albumnya...sayangnya album ni diriliskan semasa zaman pasaran muzik menuju ke grunge...

6 comments:

  1. wah... Mikkey Dee... kena try test dengar ni!

    ReplyDelete
  2. aku pun suka si mamat dokken ni, tapi ni album tak pernah dengar.. but aku pernah baca review, ni album ko review ni is one of the best rock albums ever.

    ReplyDelete
  3. Bendera Chile kalu x silap...satu kapal dgn tom araya kot...

    ReplyDelete
  4. DOKKEN - antara logo band paling cantik penah gua tengok.

    yeah! gua penah layan album ni taun 1990 dulu. hanya tinggal don dokken sorang ahli asal. tengok line up baru, WHOA! ada john norum, mikey dee dan peter baltes, memang line up power! ni baru united state of heavy metal!

    ReplyDelete
  5. mhagnoth...iyer la..aku rasa pun chile

    ReplyDelete
  6. mmg gua tak pernah dgr album ni.

    ReplyDelete