Friday, November 19, 2010

Blood Sugar Sex Magik

Tak banyak band2 yang bukan heavy metal yang aku suka...tapi Red Hot Chili Peppers dengan album "Blood Sugar Sex Magik" adalah salah satu darinya...sambil2 membaca buku Scar Tissue...buku autobiography vocalistnya Anthony Kiedis...sempat jugak aku layan cd ni...



Album rilisan tahun 1991 ni diterbitkan oleh Rick Rubin...salah satu sebab kenapa aku tergerak hati nak beli kaset ni dulunya padahal aku tak pernah dengar pun rilisan2 awal dorang...Di tengah zaman2 aku giler dengan lagu2 metal extreme...selalu pulak aku terbaca kat Kerrang pasal RHCP ni..review dorang untuk Mother's Milk (album sebelum ni) agak tinggi jugak ratingnya...tambah pulak Sacred Reich dalam lagu 39 Flavors pun ada sebut pasal RHCP kan...tu yang satu hari tu..ternampak kaset ni kat kedai...tak banyak soal..terus aku sambo...

Aku tak pasti apa itu FUNK....tapi aku rasa RHCP memang layak digelar sebagai sebuah Funk Rock band...memang funky lagu2 dorang ni...ada sikit2 campuran punk dan psychedelic rock...memang rasa nak bergoyang badan dengar lagu2 dorang ni...paling best dengar bunyi bass Flea yang meletup letup tu....pergh!!!



Tak sangka pulak beberapa bulan lepas beli kaset ni...tetiba lagu2 dorang macam "Give It Away","Breaking The Girl" "Suck My Kiss" dan "Under The Bridge" meletup kat US...selalu beno keluar kat MTV (tu jam tengok MTV kat tv Spore Ch 5)...sayangnya lagu favourite aku "I Could Have Lied" tak pulak diriliskan sebagai single...dan ramai yang tak perasan dan tak tau pasal lagu ni...maklum la bayangan lagu2 funky dalam album ni cukup kuat...lagu ballad camgini tak berapa nak di highlightkan...sayangnya bagi aku lagu ni lebih best dari lagu ballad "Under The Bridge" tu...dengar lagu "I Could Have Lied" rasa macam terawang2 dengar melodinya...dan solo gitar John Frusciante dalam lagu ni memang masterpiece la...antara solo gitar penuh emosi dan berjiwa yang jadi favourite aku...bestest la...baca buku Scar Tissue baru aku tau rupanya lagu ni Anhony tujukan kepada Sinead O'connor...frust kena tinggal dengan minah ni rupanya dia....

Bagi ramai orang...mungkin bass Flea adalah tulang belakang sound RHCP...tapi bagi aku permainan gitar John Frusciante juga sama pentingnya...dia lah antara gitaris yang bukan shredder yang aku suka...dengarkan la petikan gitar dia dalam album ni dan Mother's Milk...walaupun seperti yang Anhony tulis dalam bukunya...sound gitar berat John yang bunyinya ala2 metal tu sebenonya bukanlah kehendak dia...tapi atas desakan penerbit album Mother's Milk Michael Beinhorn...tapi pada aku sound tu lah yang jadikan RHCP unik...funk band dengan sedikit sound metal...best..



Boleh kata aku suka semua lagu dalam Blood Sugar Sex Magik ni...terutamanya kalau zaman2 kaset dulu side A nya...tapi masuk side B...terutamanya lagu2 selepas Under The Bridge...aku rasa kureng sikit la...selain "I Could Have Lied" dan lagu2 popular dorang yang aku dah sebut tadi...lagu2 seperti "The Power of Equality","If You Have to Ask","Mellowship Slinky in B Major","The Righteous & the Wicked","Blood Sugar Sex Magik" dan "Naked in the Rain" memang aku suka la...kekadang bila dah penat dengar lagu2 bingit...layan2 lagu funky camgini memang gerek arr...

Maaf la pada peminat grunge...tapi pada aku lagu2 camgini jauh lebih best dari grunge...at least kat telinga aku la...dan jangan tak tau...seperti yang tertulis kat Scar Tissue...Eddie Vedder tu dulu asalnya penyanyi untuk sebuah kumpulan cover/tribute band untuk RHCP...

Nanti la...aku curi2 masa opis (hihi..) buat review untuk Scar Tissue..apa2 hal pun...ni album memang recommended!!!

11 comments:

  1. aku totally agree dengan review ni,

    aku ada stadium arcadium, californication dan by the way...

    album One hot minute aku dah kena rampas dengan ckigu displin...

    nanti aku review 2 cd RHCP yang less funk tapi very impressive kualiti dia, mmbuktikan mereka semua ni adalah pemuzik dan composer rock yang baik sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. juga tak sempat nak minat walaupun aku mengakui ketereran mereka dengan instrumen mereka.

    ReplyDelete
  3. sayang dia punya gitaris dah chow..apa agaknya hala tuju muzik mereka selepas ini..

    ReplyDelete
  4. Give it away X2 now. Aku langsung takde album RHCP. Ada single californication aje. Tapi ada lagu I could have lied yang live punya dalamnya. Portdy sedang dalam misi nak curi cd itu dari aku. huahuahua

    ReplyDelete
  5. John Frusciante mmg sorang gitaris yang bagus..cuma dia teggelam pasal tak main shred.. dia lebih tumpukan pada komposisi, arrangement gitar/melodi. album selepas BSSM ni walaupon dah slow skit (mcm portdy ckp) tp dari segi guitar work dia memang best. try dgr album yg portdy ckp tu.

    album ni memang meletup..aku suka..tp aku lagi suka album one hot minute & californication he5

    ReplyDelete
  6. album2 selepas BSSM sememangnya lebih kearah pop...

    Dave Navarro mengubah sound RHCP dlm One Hot Minute...walaupun album OHM ni boleh tahan jugak...tapi dah hilang dah funk RHCP...best album tp x macam RHCP yg dulu...

    album2 selepas OHM...aku ada MP3 jek...lepas John keluar lagi sekali ni..tak tau la mcmana agaknya sound RHCP sekarang..

    ReplyDelete
  7. aku suka under the bridge, ngan lagu2 yang main kat radio/tv yang lain. californiacation pun

    ReplyDelete
  8. Aku x tau langsung pasal RHCP ni. Tapi lagu californication tu selalu dengar dalam redio mcm best jugak..

    ReplyDelete
  9. memang album ni best! salah satu album favourite wa.
    lagi satu album top favorite wa, Jeff Buckley-Grace

    ReplyDelete
  10. bg aku la, yg ni mmg best. Paling aku suka lagu Give It Away.

    ReplyDelete