Monday, September 26, 2011

@ Bukit Kepong

Kebelakangan ni heboh isu pasal Bukit Kepong kan...so kebetulan cuti hari Malaysia lepas aku gi kenduri kawin kat kawasan berdekatan...aku tak lepas peluang untuk singgah kat tempat kejadian..



Buat sesapa yang tak tau...Bukit Kepong ni kat kawasan Pagoh...kawasan Muhyiddin Yassin ni...Pagoh tu ada la nampak sikit kemajuan...tapi pekan Bukit Kepong tetap macam dulu...pekan koboi...kena tunggu Muhyiddin jadi PM kot...baru ada pembangunan...mau kalah Pekan kat Pahang tu...heheh...

Aku agak lama dah tak menjejakkan kaki kat kawasan ni...last aku pergi berbelas tahun yang lalu takder apa2 tanda peringatan pun pasal tragedi Bukit Kepong ni...dulu terkial2 nak cari kat mana la lokasi balai polis tu...tapi sekarang dah ada...tambah2 pulak bila isu ni jadi hangat...



Masa aku cakap nak singgah...wife aku tanya ada ker orang gi tempat cenggini...ternyata memang ada...ramai pulak tu...tak sangka betul aku...last year kawan opis aku pergi...dia cakap takder orang pun...bak kata seorang brader yang aku jumpa kat sana...tak kisah la kalau korang setuju ker tak apa yang Mat Sabu cakap...sekurang2nya kerana dia Balai Polis Bukit Kepong ni kembali meriah di ziarahi orang ramai...sebelum ni tak ramai pun yang ingat tempat ni...maklum la kawasan solok jin bertendang..."ni jasa Mat Sabu...kerana dia korang nak belajo pasal sejarah dan nak singgah tempat ni"...kata brader tu kat anak2nya...terasa jugak aku sambil sayup2 menjerit Takbir!!!...kat dalam hati...heheh...



Sebenonya balai polis asal dah takder dah...kan dah hangus kena bakar...yang ada ni balai polis baru tapi dah tak guna sebagai balai polis dah...memang di buat untuk tempat melawat...kira macam muzium la...



ni la rupa balai polis asal...ni bukan replika...tapi gambo 3D beso...ni kalau bergambo dekat2 nampak macam real la jugak...







keadaan kat depan balai polis...ada 2 bijik kereta perisai dan sebuah bot...balai polis ni dibuat macam tugu...tembok tinggi..siap ada lubang2 tempat menembak dan tempat meninjau...mungkin pasal yang dulunya buat pakai kayu senang nak kena bako...tu yang baru ni buat pakai batu...aku tak sure pulak yang batu ni tahun bila ianya di bina...





keadaan belah dalam balai polis...luas...tapi lapang jer...mungkin kat dalam ni dulu ada rumah kuarters kot...tapi cantik pulak rumput dalam ni...dalam bangunan pintu belah kiri tu la bilik pameran muziumnya...



aku dapat tau sebelum isu Mat Sabu...muzium ni macam dah terbiar dah...buruk dan tak terjaga...maklum la pernah kena banjir teruk..baru2 ni je dorang start pulihara semula....gambo balai polis 3D yang kat luar tu pun sebelum ni takder...memang betul brader tu cakap...ni semua jasa Mat Sabu...kalau dia tak buat kontroversi...takder sapa nak ambik tau tempat ni...semoga pihak berkenaan sentiasa peka menjaga tapak2 bersejarah kat Malaysia ni...tak yah tunggu kontroversi...banyak tempat2 cenggini aku tengok tak terjaga dan terbiar...

Ni pun aku tengok banyak yang tak terjaga lagi...cuma bilik pameran jer ok...bilik2 sebelah dan tingkat atas dia tu macam dah nak roboh jer aku tengok...mungkin lepas ni dorang akan buat balik kot...aku pun ada terbaca banyak orang komplen pasal ni...dan ada dengar ura2 dorang akan buat balik replika balai polis tu..









ada banyak lagi artikel2 bergambo...tak larat aku nak ambik gambo dan letak semua kat sini...



belakang balai polis ni sungai...yang tinggal jetinya...tak nampak dah ada sampan kat sini...tapi ikut kata orang2 dulu ni la depannya...balai polis yang terbako tu pintu depannya menghala sungai...biasalah...tahun 1950...pengangkutan sungai masih penting kat kawasan hutan cenggini...sekarang dah jadi lokasi orang memancing la pulak..kebetulan masa aku sampai ada satu famili tengah berpiknik kat sungai ni sambil memancing...macam best pulak aku tengok..

so kalau korang kebetulan lalu kat sini...boleh la try singgah...tak sure pulak aku berapa km Bukit Kepong ni kalau dari tol Pagoh...tapi tak susah nak cari...belok kanan...terus jer...nanti jumpa la...balai polis ni tepi jalan jer...

8 comments:

  1. gambo rumah pasung (balai polis) tu sebijik sama mcm dlm filem kan?

    maknanya yg dlm filem tu diorang betul2 buat replika sama mcm yg asal, lepas tu kita bakor!

    dan apa2 tmpt bersejarah di m'sia pasti akan ada plak marmar warna terakota tu kan? mcm serobong kilang rumbia di mukah dan tugu starcevich di beaufort

    ReplyDelete
  2. aku rasa kat Malaysia ni dorang standardize kan kot semua tmpt sejarah mesti guna plak marmar tu..

    ReplyDelete
  3. best!

    Orang semua dok belek buku sejarah balik sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. sedih dan sebak lak tengok posting ko ni. Semoga mereka semua yang meninggal termasuk ahli keluarga tu dapat balasan yang terbaik dan dilindungi Allah di sana.

    Dulu kecik2, bukit kepong ni hanyalah filem kat tv, bila dah umur gini, baru aku realise betapa orang2 dulu berkorban kena tembak kena bakar untuk kita dapat apa ada skarang.

    anyway, aiseyman, kamera stylo mylo siak.

    ReplyDelete
  5. Gambo tu kena betulkan compo dia sikit!! Lebihkan style 50an tuuu...baru nampak macam buku sejarah!! hahahahaha!! Sejak ada kamera baru ni...amboiiiii

    ReplyDelete
  6. seram jugak klu zoom gambo polis yg kena bakar tuh..

    ReplyDelete
  7. dulu gua ingat bukit kepong ni kat kepong. leceh tul! dah jadi tempat orang sengeh2 amik gambo tempat ni.

    ReplyDelete