Friday, September 30, 2011

Ten

Lagi ke tahun 1991...Nirvana dah...Soundgarden dah...lagi pasal album yang dikatakan puncanya kejatuhan era Hair Metal...



Pearl Jam - Ten

Seperti Nirvana dan Soundgarden....aku memang agak ketinggalan pasal band2 grunge termasuk lah Pearl Jam ni...bila satu dunia dah heboh pasal Pearl Jam...time tu aku baru rasa terhegeh2 nak dengo dorang ni...tapi sebelum tu aku dah pernah tengok video clip "Jeremy" dan "Even Flow" dorang kat MTV...tapi takder la rasa nak beli kasetnya...tambah2 pulak bila baca komen2 beberapa band metal kat Metal Hammer yang cakap album ni bosan...(aku dah lupa band mana yang komen...)

Tapi bila dah bukak majalah balik2 nampak muka Eddie Vedder jer...terasa jugak untuk menjadi trendy...kononnya nak nampak kool...last2 dalam tahun 1993...jalan2 kat Bukit Bintang Plaza lepas gi interview kerja...terbeli la jugak kaset ni..

Selepas sekali round pasang...ternyata aku bukan dilahirkan untuk meminati muzik2 begini...mintak maaf la kepada budak2 90an yang giler kat Pearl Jam...aku dah cuba...tetapi memang jiwa dan halwa telinga aku memang tak masuk kat lagu2 depressed begini...mungkin ianya bukan zaman aku...tapi berkemungkinan jugaklah kalau lah aku dilahirkan di tahun 81 bukannya 71...tetap jugak aku tak boleh masuk muzik sebegini...rasanya bukan pasal zaman dan usia...tetakala dah tua slow down macam sekarang ni pun aku tetap tak boleh terima muzik jenis lembab dan depressd cenggini...layan Roxette jauh lebih fun dari layan Pearl Jam...heheh...

Aku rasa cuma ada 2,3 lagu jer yang aku boleh masuk...lain2nya membosankan...

Kalau cerita pasal grunge...aku letak Nirvana (melodi lagu2 dorang sedap) dan Soundgarden (sound dorang metal)lebih tinggi dari Pearl Jam...dan aku rasa "Would?" dari Alice In Chains jauh lebih best dari mana2 lagu Pearl Jam...period!

11 comments:

  1. Sudah cuba mendengarnya beberapa kali masih tidak dapat memahaminya (kenapa album ini hebat).

    ReplyDelete
  2. aku cuba meminati band ni...tapi masih gagal utk berbuat demikian

    ReplyDelete
  3. bestttt wooooo!!!!!

    first off, originality.

    second, skill (ada pendapat yang mengatakan Gossard dan McCready is among the world best guitar player). not cheesy Nirvana-ish riffs we are talking here.

    TEN is mellower than VS, review la Versus pulak bang!!

    ReplyDelete
  4. I still remember the first issue of Metal Hammer that i ever read..Jan 93 if i'm not mistaken...
    they listed the top album of 92...
    if my memory serves me correct
    the top 3 was
    1.Pearl Jam- Ten
    2.Pantera -Vulgar DOP
    3.Megadeth-Countdown...
    and among the top 1was Kreator,Monster Magnet,Faith No more,Rollins band...
    Such was the impact of this album...it confused even the metal people

    ReplyDelete
  5. DOS...
    aku lebih suka Nirvana pasal lagu dorang cathchy dan tak meleweh sangat...tapi bab guitar Cobain memang hampeh!!

    nanti aku try Vs...


    Anba...
    confused me also...that's why i bought this cassette...heheh..

    ReplyDelete
  6. lagu "Would" tu James Hetfield ada jadi guest vocalist klu tak silap Rock Am Ring 2006 kot tapi suara dia agak kureng.. ;)

    ReplyDelete
  7. Koboi...James Hetfield aku tak tau...tapi Phil Anselmo memang ada..

    ReplyDelete
  8. wow! Album best ni! Bagi aku yg teenager lahir tahun 81 band ni memang masuk dlm kepala aku haha...mgkn dah terbiasa dgn aura depresi dari Nirvana, cuma muzik diorang ni terlalu Neil Young sangat sbb tu byk org x dpt terima kot.

    ReplyDelete
  9. Adi...hahaha...bukan zaman aku..atau memang aku kurang masuk lagu2 jenis lembap ni

    ReplyDelete