Ok...yang ni khas untuk En Hafiz.
Aku takder la nak kerek cakap aku tak tengok cerita melayu...tapi kalau cerita lawak bodoh yang jenis terlompat2 ketuk kepala macam Senario atau Prof Iron Maiden punya cerita tu memang tak bernafsu aku nak nengok...banyak kali jugak paksa diri nengok...tapi masuk 10-15 minit pertama jer aku dah rasa meluat dah...memang tak masuk kat kepala otak aku...tapi nak buat camner kan...tambah2 raya tahun ni...bukak tv balik2 cerita Senario jer yang keluar...adoiii...
Kalau cerita pasal filem melayu...ada jugak la yang aku tengok kat panggung...tapi banyak zaman masa budak sekolah...biasanya time raya...tu jer masa yang ada duit terlebih...dapat collection duit raya kan...ramai2 ngan member turun JB tengok...time lain la taker can la..mana nak dapat duit...nak mintak ngan makbapak...nak mampus kena pelangkung...heheh...zaman tu ada RM10 pun dah cukup dah...lepas duit tambang bas ngan makan tengahari...ala zaman 80an tiket wayang tak mahal mana pun...tapi tu pun tak mampu...
tapi yang aku ingat sesangat...ada 3 filem melayu...1st zaman aku kat sekolah rendah...tahun 1981...cerita Bukit Kepong...cerita ni tu jam kalau tak box office aku pun tak tau la...tapi mungkin dulu tiket murah..tak silap kelas 3 (ni yang duduk area paling depan kena mendongak...sakit kepala ooo...tu belum cerita betapa siksa time nak baca subtitle...)...80 sen ker singgit lebih...lupa dah...camner nak dapat kutipan juta2 ye tak...(sekarang tak jumpa dah panggung ada kelas2 ni kan...) tapi memang makcik2 pakcik2 satu felda tempat aku turun gi tengok...maklum la orang johor..ni filem kisah pasal johor...mana tak penuh sesak panggung wayang kat pekan Ulu Tiram tu..mak bapak aku jer yang tak tengok...aku lupa aku gi ngan sapa...(panggung wayang tu sekarang dah tutup dah...dah jadi kedai jual baju jual handphone...)
Keduanya tahun 1990..filem Fenomena...ni aku dah abis sekolah menengah...semata2 Search punya pasal...penuh sesak panggung Nira kat Komtar,Jb tu...beratur nak beli tiket punya la panjang giler...seingat aku filem ni tayang time raya...lepas tengok wayang lepak B Sound Studio jamming...kenangan terindah tu...sekarang Komtar ni pun dah takder...dah kena roboh dah nak buat bangunan baru...
Ketiganya tahun 1995...filem Bisikan Cinta...pernah dengar pasal filem ni????...jangan tanya camner aku terjebak nengok filem jiwang ni...hahaha...ni semua adik ipar aku punya pasal...dia peminat azhar sulaiman...tu jam zaman aku tengah bertunang...konon2nya nak tunjuk aku ni bakal abang ipar mithali...bila dia ajak wife aku (ketika tu tunang) gi tengok cerita ni...aku volunteer nak hantar dan temankan pergi...bila tengok dalam hati menyumpah...tapi kena la kaver line....nasib heroin dia maria farida...boleh la layan...hahaha...
tu dulu...sekarang memang bertahun dah aku tak masuk panggung...walaupun cineplex ngan opis aku sebelah menyebelah ajer...tu yang aku cukup update apa filem2 baru yang nak tayang...hari2 nak gi surau memang kena lalu kat deretan poster2 wayang baru...
Ok melalut panjang dah ni...sebenarnya entri nak cerita pasal filem fav. En Hafiz..Hantu Bonceng...tapi dah intronya aku melalut panjang...aku edit la tajuknya tu...
Sejak raya tu hari anak2 sibuk suh cari cerita Hantu Bonceng ni...kawan dorang cakap citer ni best...aku baca suratkabo pun cakap box office sampai 8 juta...bagus jugak la Astro buat chanel Astro First tu...setiap filem yang dah masuk astro first konpem ada jer orang yang akan upload kat laman2 blog ataupun kat youtube...gambo pun cantik...mintak maaf la kat producer2 filem melayu semua...kalau ada beribu orang yang macam aku ni...tak berkembang la industri filem melayu ni kan...
ok ni komen aku...not bad la untuk komedi ringan cenggini...takder la sangat adegan melampau lawak bodoh...watak sidekick dia pun takder la bodoh sangat...aku heran la...kenapa cerita melayu mesti nak ada watak sidekick yang konon2 lawak...tapi selalunya lawak bodoh walaupun kononnya cerita tu cerita serius (contoh watak Zizan dalam KL Gangster)...aku rasa ni semua pengaruh filem hindustan...tak boleh ker tukar watak sidekick tu orang yang cerdik sikit...komedi tak semestinya bodoh beb!
Satu yang buat aku rasa terganggu nengok cerita ni pasal mayat budak pompuan lakonan Juliana Evans yang kononnya tak dituntut tu...siap ada scene keluar kat berita tak tau identiti mayat...tapi boleh pulak watak lakonan Jue Aziz tu cari alamat budak tu kat hospital...kalau dah ada alamat dia kat hospital...apasal pulak timbul isu tak tau identiti mayat tu...tak ker bodoh tu namanya...aku pelik kenapa benda2 camni pengarah tak ambik peduli...Ahmad Idham lak tu...bukan calang2...adakah kerana filem ni filem tahyul...so benda logik tu tak payah diambil kisah langsung??? potong stim la...
Pasal isu dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan"...tu aku rasa dorang patut edit bab tu...mungkin Zizan tak sengaja atau tak tau...lain2 aku ok jek...lakonan Zizan pun ada sikit lain dari zaman raja lawaknya...anak2 aku suka maknanya filem ni memang boleh menarik budak2 la...tapi yang dapat menarik aku nengok sampai abis cuma Juliana Evans...heheh...
bini tau ke sebab tengok habis tu pasal Juliana Evans?
ReplyDeletetakper...wife sporting...heheh...
ReplyDeletekalo Zizan+Johan lagi kelas dan premium dia nyer lawak haha, filem ni memang best, thnx to Astro Box Office Uploader
ReplyDeletepenulis, pelawak/pelakun, lebih2 lagi pengarah patut sangat20x prihatin pasal dialog berkaitan ucapan suci dan akidah. nak lawak punya pasal, sebut ikut suka!
ReplyDeleteazura paling box office bro!
oh, jangan lupa kembara seniman jalanan - jeritan akordian tuaa...
Ahmad Idham, Prof Madya A. Razak Mohaideen perosak filem+minda org melayu!! Hanya pentigkan box ofis$$$!! Filem melayu fav aku Kami (1982).
ReplyDeleteala standard la drg tu.. part - part kecil gitu mana la drg nak ambik port.. drg anggap penonton tak boleh pikir.... errr sila perbaiki karangan anda.. sekarang ni musim upsr.. kalau anda menulis karangan yang keluar tajuk mungkin markah anda akan ditolak....
ReplyDeletebelum tengok lagi ceta ni, nanti aku nak tangkap disc dia satu
ReplyDeleteCiss!! tak minat tengok filem melayu konon!!.....hahahahaha!!
ReplyDeletekalau filem melayu ni...all time fav. aku adalah Mekanik
ReplyDeletehantu bonceng nampak gayanya cuba meniru kejayaan hantu kak limah..haha!
ReplyDeletemamat khalid rules!!!