Dah lama tak cerita pasal album2 dari tahun 1991...kali ni aku bukak cerita pasal Overkill - Horrorscope.
Kalau ada Big Five atau Big Six dalam thrash metal...aku rasa kumpulan berasal dari New Jersey ni patut di ambil perhatian...aku sentiasa ada soft spot untuk Overkill...dalam zaman2 pertengahan hingga penghujung 90an...zaman2 aku dah kurang ambik tau pasal dunia muzik metal...sesekali masuk kedai kaset..tetap jugak aku membeli kaset2 dorang...
Horrorscope adalah kesinambungan dari The Years Of Decay...2 album Overkill yang paling aku suka...bezanya dari segi jabatan gitarnya...kalau sebelum ni dah dibiasakan ngan sound gitar Bobby Gustafon...aku mulanya agak was was ngan arah tuju Overkill bila dia di pecat...tapi kemasukan 2 orang sekaligus...bukannya seorang gitaris...Merritt Gant and Rob Cannavino berjaya menangkis segala kemusykilan aku...
Overkill kembali dengan lebih bertenaga...bak kata Acha Septriasa & Irwansyah...Berdua lebih baik...hehehe...2 gitaris baru ni berjaya menghasilkan sound lebih berat dan riff2 thrash yang buat kita lupa pasal Bobby Gustafon...pada aku Overkill tak kira zaman siapa gitaristnya...tetap konsisten menghasilkan riff2 yang bagus...salah satu sebab kenapa aku suka Overkill...
Pada aku produksi album ni terbaik...terang dan jelas...sound balance...suara Bobby "Blitz" yang pada aku kekadang bunyinya aneh...tapi itulah yang uniknya...cukup ngam dalam album ni...memang aku takder nak komplem apa2 pasal album ni...antara yang paling aku suka dari tahun 1991...
Banyak lagu2 best dan power..."Coma","Blood Money","Thanx for Nothin'","New Machine","Nice Day...for a Funeral" dan yang paling aku tertarik lagu cover instrumental "Frankenstein"... dorang telah berjaya meng"overkill"kan lagu klasik 70an ni dengan baik sekali...terbukti ketiadaan Bobby Gustafon memang tak meninggalkan kesan...dan tak lupa lagu slow thrash "Soulitude"...kan dulu aku dah cakap band2 thrash memang dasat kalau sesekali buat lagu slow...memang feel ahh...
Secara kesimpulannya...ketika kebanyakan band2 besar thrash sekitar awal 90an seolah2 dah pancit...Overkill tetap bertenaga...salah satu album yang wajib ada kalau korang kononnya thrash...rekomended!!!
overkill ni aku tak tahan vokalnya yang high pitch
ReplyDeletemacam tau2 jer aku nak request album ni hehehehehehehe kalau overkill ni ingat aku ngan band nasty savage hehehehehe pasal aku beli kaset album ni hari yang sama ngan aku beli kaset nasty savage
ReplyDeletegua masuk kat satu kedai dubbing kaset dan tempat lepak ramai mat rock/metal kat pokan kuala pilah tahun 1986/87 dulu. tetiba sorang mamat bagi satu kaset kat apek tokey kedai tu untuk dipasang dan BEDEGUNGBEDEGANGBEDEGUNGBEDEGNAGG!
ReplyDeletemuzik thrash mengentam speaker.
ARGHHH! lagu band apo ni? tanya gua pada mamat tu. beliau terus tunjukkan kover kaset OVERKILL - FEEL THE FIRE.
sejak hari tu gua trus folow overkill hingga hari ni.
sekiranya BIG SIX bukan BIG FOUR, bersama exodus, overkill salah satu yang layak dalam elit BIG SIX!