Friday, May 11, 2012

3 wayang

Selasa lepas aku demam...dapat MC...lepak sorang2 tak tau nak buat apa kat rumah akhirnya layan movie...ntah kenapa...mungkin pasal pengaruh ubat demam,selsema dan antibiotik....aku melayan cerita2 bergenre romantik dan cintan... :P



1- The Vow (2012)

Ni cerita aku download...selalu sangat tertengok trailernya kat ciniplex depan opis aku ni buat aku tergerak hati nak menengoknya..cerita berdasarkan kisah benar....kisah sepasang suami isteri yang baru berkahwin terlibat dalam kemalangan...si isteri hilang ingatan....memori terakhirnya adalah zaman kolej...zaman sebelum dia mengenali suaminya...si suami terpaksa buat kali ke 2nya cuba membuatkan si isteri jatuh cinta semula kepadanya....

Bunyi seperti kisah cintan yang romatik kan?...pada aku ok ok ajer la...dah kena 2 bijik pil selsema...aku takder forward2...aku tak tertido...kira ok la tu...sangat sesuai untuk di tengok bersama2 ngan isteri/suami...penyelamat cerita ni bagi aku adalah lakonan Rachel McAdams...aku perasan minah ni bagus sejak dia berlakon cerita The Notebook...



2 - Ekk Deewana Tha (2012)

Iyer...cerita hindustan...ni bukan download...aku tengok kat Astro Box Office Tayangan Hebat (CH 952)...tujuan asalnya adalah untuk menurut nasihat doktor...berehat dan tido...so aku bukak cerita ni ngan harapan aku akan tertido...tapi bila aku tertengok heroinnya...wow...mata aku tak boleh tido dah....heheh...

Hasil pen"google"an...baru aku tau minah ni bukannya orang India...tapi minah saleh ratu cantik dari England...namanya Amy Jackson...(ok...aku dah jadi fan dia dah...hahaha...) muka sebijik macam hindustan...

Ceritanya berkisarkan seorang pemuda yang bercita2 nak jadi pengarah filem...jatuh cinta kat anak tuan rumah yang duk kat tingkat atas tempat rumah keluarga dia menyewa....problemnya mereka berlainan agama...mak bapak pompuan tu pulak jenis old fashion punya kristian...tengok wayang pun dosa....cerita ni sebenonya remake dari filem popular Tamil...penerbitnya pulak  Fox Star Studios...anak syarikat studio dari Hollywood...20th Century Fox...so kalau produksi beso...mesti ceritanya bagus kan...tapi pada aku...selain dari heroinnya yang nyum nyum...lokasi pengambarannya yang cantik2...melodi lagu2nya yang sedap2...lain2 tu macam biasa la...standed hindustan punyer cerita cinta terhalang..

Apa2 pun...bila aku boleh bertahan hampir 2 jam 40 minit depan tv...dan aku pun bukannya selalu sangat tengok cerita hindustan...mungkin cerita ni ok kot....walaupun sebenonya aku lebih kepada nak tengok Amy Jackson...heheh..

***ni kali ke2 dalam tempoh beberapa bulan kebelakangani aku nengok cerita hindustan....ternyata scene lagu2 hindustan dalam filem mereka masih tetap sama...tukar baju...tukar lokasi...tapi genre lagu2nya jer dah berubah....bukan ala2 dangdut lagi dah...lebih moden...siap ada rap dah....teringin pulak nak nengok cerita hindustan yang mainkan lagu metal...heheh...




3-Kau Untukku (2012)

Yang ni bukan movie...tapi telemovie....jugak aku tengok kat Astro Box Office Tayangan Hebat (CH 952)...dah puas tukar chanel sana sini....kesan pengaruh ubat deman pun dah berkurangan...badan pun dah kebah...last2 layan cerita melayu...heheh..

Asalnya nak cuba2 tengok jer...pasal heronya tu...Remy Ishak...bagi aku dia antara hero drama melayu yang aku boleh masuk...(walaupun orang rumah aku cakap dia macam mat bangla...huhu...) bagi aku dia bukannya jenis hero lembik (Farid Kamil contohnya...maaf la...aku memang tak boleh blah tengok lakonan dia...heheh)...bila tengok tu aku rasa macam jalan cerita dia tu aku familiar jer...rupa2nya lepas mengoogle....baru aku tau ianya adalah adaptasi dari novel karangan Aisya Sofea...kalau tak silap aku...ni antara novel yang meletup kat Malaysia ni kan...

Aku baca novel cintan melayu???....haha...memang...kadang2...adik pompuan aku kat kampung adalah pengkoleksi tegar novel2 melayu....so kalau time balik kampung...boring tak benda nak buat...aku capai randomly mana2 tajuk...dah baca...biasanya secara speed reading....kekadang 1/2 jam dah abis...baca part2 penting jer...kebiasaannya novel melayu ni memang banyak part2 yang seolah2 saja nak memanjang dan menebalkan buku jer...

Sebenonya aku ingat2 lupa camner detail novelnya...tapi rasanya telefilem ni ringkas sangat...seolah2 macam aku membaca secara speed reading...konpem peminat tegar novel ni tak suka...tambahan heroinnya Dira Abu Zahar...pengacara Melodi yang kontroversi tu...nampak macam lemah lembut...tapi sungguh tak disangka....hehe...ok itu cerita lain...tapi lakonannya ok...cuma nampak macam kurang chemistry la dia ngan Remy....

Apa2 pun kalau cerita ni dibuat lebih berhati2...pilihan pelakon yang tepat...di jadikan filem...aku yakin ianya akan jadi box office...bagi aku jalan cerita ni lebih bagus dan lebih logik berbanding Ombak Rindu...


3 comments: