Friday, June 29, 2012

Scream

Kesinambungan dari entry cd murah RM9.90 di beli dari Popular City Square, Johor Bahru



Ozzy Osbourne - Scream (2010)

Kalau tak kerana murah...mungkin aku tak akan dengar atau ada cd ni...sejujurnya aku stop dengar Ozzy selepas zaman Jake E Lee...last album studio Ozzy yang aku ada dan betul2 follow adalah The Ultimate Sin...terus terang aku tak minat Zakk Wylde...dan aku tak minat mana2 album Ozzy zaman dia...satu2nya hasil kerja Zakk yang aku follow hanyalah Pride And Glory...tu pun pasal James LoMenzo...

Mungkin secara kebetulan pulak...album ni takder dia...penggantinya Gus G ni menjadi pembakar semangat untuk aku dengar album ni...aku suka hasil kerja dia bersama Firewind...mungkinkah Scream akan ada pengaruh power metal?...sebenonya itulah yang aku harapkan

Tapi selepas 2 round dengar...aku kechewa...Gus G dah jadi klon Zakk...ada banyak lagu yang jelas macam Zakk...rupanya hasil dari pen"google"lan...baru aku paham kenapa...Gus G tak terlibat langsung dalam penulisan dan arah tuju muzik Scream...semuanya telah disiapkan oleh Kevin Churko...producer/co-writer untuk album ni...dan kabonya lagu2 ni secara asanya telah dimainkan oleh Zakk....Gus G cuma memainkan semula bahagian Zakk...maka tak hairan la kalau bunyinya macam Zakk...

inlay pun takder gambo band member...nampak macam kali ni Ozzy tak mau sapa2 pun overshadow dia...

Hasinya album ni so..so...ajer...aku tak paham apa point Ozzy buang Zakk kononnya tak mau lagi bunyi macam Zakk...tapi langsung tak bagi peluang Gus G untuk contribute dalam penulisan dan arah tuju muziknya....hasilnya takder beza pun kalau Zakk yang main....sama jer...

Aku ada terbaca yang Ozzy cakap Scream ni kembali ke ala Black Sabbath...ok...ada sikit2 la...tapi secara keseluruhannya lebih kepada modern rock/industrial + heavy sounding guitar...mungkin nak tarik pendengar muda kot...suara Ozzy pun banyak guna effect...bab ni boleh maaf dan aku faham...umur dia dah masuk 60++ kan..

Kesimpulannya...kalau terjumpa yang reganya RM9.90...mungkin boleh beli la...kalau tak baik kumpul duit beli album2 dia zaman Randy Rhoad atau Jake E Lee...





6 comments:

  1. biar betul Ozzy hanya rm9.90??

    ReplyDelete
  2. Apa sebab beb ko tak minat Zakk? Teruja gak nak tau sebab kalau mat2 metal ramai yg suka gila Zakk ni. Sound dia lebih "besi" (orang kata la, bukan aku) keh keh keh

    ReplyDelete
  3. nasib baik aku dah ada album ni, klu x mmg aku suruh ko belikan skali dgn bon jovi aritu

    ReplyDelete
  4. Aku namapk CDnie dalam kereta portdy. Sebiji.

    ReplyDelete
  5. aku kirim tuan tanah blog ni daaa.

    dan aku suka album ni. tq tuan tanah kerana tolong belikan.

    ReplyDelete
  6. Zakk and his terlebih sudah pinch harmonics??? hmmmm....boring!

    bagi aku satu contoh solo dia yang menikam kalbu....

    mungkin aku tak suka dia pasal dia ganti Jake E Lee kot...heheh...

    ReplyDelete