Tuesday, October 23, 2012
People Like Us
People Like Us (2012)
Sejak kebelakangan ni saya lebih mengemari filem2 bergenre drama berbanding filem2 aksi seperti zaman saya remaja dulu...filem seperti People Like Us adalah satu contoh mengapa...
Jalan cerita menarik dan lakonan yang mantap akan lebih menyegarkan mata saya walaupun kebiasannya cerita begini agak lembap di awal ceritanya. People Like Us mengisahkan seorang pemuda yang baru kematian bapanya pulang ke kampung dan diberikan wasiat oleh bapanya untuk memberikan wang sejumlah $150,000.00 kepada keluarga adik tirinya yang selama ini dia langsung tak tau akan keujudannya.
Michelle Pfeiffer masih hot dan masih mantap lakonannya walaupun sekarang hanya memegang watak makcik2...tapi yang benar2 mencuri tumpuan saya adalah lakonan hebat Elizabeth Banks...saya selalu merasakan dia sentiasa muncul sebagai yang terbaik dalam filem2 yang di lakonnya tapi saya masih kurang pasti kenapa beliau masih belum mencapai tahap bintang kelas A.
Rekomended jika anda berminat filem bergenre drama...dan oh ya...filem ini jugak akan mengajar anda bagaimana turutan untuk mendengar muzik punk...
**secara kebetulan pula saya baru abis mendengar cd Faith No More - Angel Dust sebelum menonton filen ini...dan secara tidak disangka lagu Be Aggresive tetiba disebut dalam filem ni...hmmm...kebetulan yang menarik..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
chris pine ni yg berlakon dgn denzel washington dlm filem unstoppable tu kan?wow nice...nak kena sedut ni heheh
ReplyDeleteingat lagu Mamas and Papas tadi... kena sedut jugak nih
ReplyDeleteAdi... betul tapi aku lebih ingat watak dia dlm Just My Luck yg dengan Lindsay Lohan tu...heheh...
ReplyDeleteKalau abang rekomended, pasti sy akan mendapatknnya di plaza pelangi esok. Hehe?
ReplyDeleteMinggu ni festival sedut movie ye?hehe..
ReplyDelete