Monday, October 1, 2012

Perfume Garden

Album rock melayu berbahasa omputeh yang dah 20 tahun dah



The Pilgrims - Perfume Garden (1992)

1st time diperkenalkan kepada kumpulan ni zaman aku belajo di ITM tahun 1990 dulu...ada member pasang lagu Sua Sue Good Morning...zaman budak2 underground tu jam kemaruk thrash...Hijrah (nama lama The Pilgrims) tampil dengan satu demo yang membawa muzik yang berbeza...punk/hardcore...dan aku adalah antara orang yang membeli demo tersebut...

Sayangnya aku dah hilang demo tu..."A Pilgrimage to Nowhere" terbitan tahun 1990...sebenarnya aku dah hilang kesemua koleksi kaset demo band2 underground zaman tu....sayang sungguh...



Versi kaset ni aku beli pada 31hb Dec 1992...manakala versi cd ni kalau tak silap beli kat Jusco Wangsa Maju tahun 1997 masa aku duk KL...

Boleh dikatakan mereka adalah antara band terawal underground yang berjaya memasarkan album mereka ke persada mainstream..album ni adalah terbitan Sonic Asylum Record...jangan tak tau ni label Eddie Hamid lentok tu..dan bolehlah dikatakan juga ianya seperti pembuka jalan untuk band2 alternative tempatan bertapak di arena mainstream...

Apa yang aku ingat lagu Sua Sue Good Morning tu sedikit berbeza liriknya dari demo...senang cerita yang demo punya tu konpem tak leh bukak kat radio....walaupun aku bukanlah into punk sangat...tapi perfume garden ni memang aku suka...mungkin pasal adanya sikit influence metal kat situ berbanding album selepasnya "Away From The Numbers"...


Lagu2 seperti Perfume Garden, This Screaming, My Own Mind, Inamorata (Why?) memang sedap...melodic...mengamit memori aku zaman menganggur ditanggung makbapak selepas abis ITM...hari2 makan tido sambil layan kaset ni pikir nak sambung belajo ker...nak kerja atau nak kawin...hahaha..



**tu hari bukak kat kereta masa menjemput anak sulung aku balik sekolah...dia komen..band melayu ker...suara penyanyinya irritating la...maafkan lah dia...dia peminat K-POP...hahaha...



8 comments:

  1. arghhh lagi2 cd zaman 90an!! nak trade boleh??? haha sorry bro,i just can't help myself haha

    ReplyDelete
  2. pernah tengok diorang perform dulu,kombat(pemain gitar)guna gitar washburn dimebag darrel

    ReplyDelete
  3. nostalgik! my own mine memang layan.

    ReplyDelete
  4. memang best kalau nak jual, pm kat facebook yer bro.

    ReplyDelete
  5. mintak maaf la kekawan semua...takat ni lum terpikir nak jual..Tq.

    ReplyDelete
  6. sayangnya..atas kesempitan hidup..aku dah menjual koleksi2 90an 80an aku..huhu..nostalgik sungguh

    ReplyDelete