Kaset yang dah
Hammerfall - Crimson Thunder (2002)
Selain Rhapsody, Hammerfall lah yang membuatkan saya mula mendengar semula muzik heavy metal selepas 2,3 tahun meninggalkannya pada penghujung 90an dulu. Album awal mereka seperti Glory to the Brave, Legacy of Kings dan Renegade mengembalikan minat saya pada heavy metal sebenar selepas merasa bosan dengan muzik nu metal dan alternative yang berleluasa ketika itu.
Tak kisahlah kalau muzik mereka bukannya original. Original kalau tak sedap pun nak buat apa. Saya telah melepasi peringkat umur untuk mengejar originaliti dalam muzik. Bagi saya apa yang sedap, itu lebih penting. Tak kisah lah kalau nak jadi klon Iron Maiden, Judas Priest, Helloween, Manowar ker...janji sedap...saya peduli apa.
Walaubagaimanapun saya rasa Crimson Thunder tidak lah sehebat album2 awal mereka. Mungkin mereka terlalu mencuba untuk menjadi popular, hasilnya jadilah Crimson Thunder sebuah album yang sangat pop dan komersial bunyinya. Lagu-lagunya memang agak catchy tetapi agak sukar untuk melekat. Mungkin kerana lagu-lagunya seakan-akan sama sahaja.
Namun begitu ianya masih tetap sebuah album heavy metal yang bagus. Kalau anda masih merindui muzik metal 80an di era nu-metal tanpa gitar hero ni, Hammerfall lah antara yang patut anda cari. Lagu-lagu seperti Riders On The Storm, Angel of Mercy, Crimson Thunder dan A Hero's Return pasti menghilangkan kerinduan tersebut.
Hammerfall bukan Power Metal ke? pening dengan genre baru sekarang ni
ReplyDeletedronjak ttp rok!
ReplyDeletesuara cans antara yg epic dlm kategori metal mcm ni
Kebangkitan power metal di tengah ledakan muzik nu-metal dan alternative...ermmmm interesting
ReplyDeleteAt the end of the rainbow lagu Hammerfall paling terbestest!
ReplyDeleteHeavy metal ngan power metal ni kira lebih kurang jer...org sekarang je suka label macam2....
ReplyDeleteYang penting janji sedap...