XPDC - V6 (2002)
Ketika XPDC terpecah 2, saya memihak kepada Mael dan Real XPDCnya. Tak kisah lah walau live dia hancur ker apa. V6 adalah XPDC yang bukan sahaja tanpa Mael, tapi ianya juga tanpa Zuar dan Amy. Maknanya hanya tinggal Izo sahaja anggota yang asal. (walaupun sebenarnya Yan adalah seasonist untuk seisi rakaman album2 XPDC sebelumnya)
Terus terang pada ketika itu saya sudah kurang berminat kepada XPDC. XPDC pada saya adalah album Kita Pengyu dan Brutal. Tetapi saya tertarik untuk membeli cd ini kerana dapat t-shirt percuma. Kira berbaloi la juga dengan harganya.
Lagu-lagunya ok, cumanya kurang lagu heavy. Kebanyakannya adalah lagu-lagu jenis mid tempo. Kurang dah rif-rif yang boleh hanguk kepala. Satu yang tak berubah mereka masih meniru Metallica. Bila Metallica berorkestra, mereka juga mahu berorkestra. Terdapat beberapa lagu slow yang berkonsep begitu.
Berdesup Cahaya dan Haprak adalah antara lagu yang berjaya menarik minat saya. Haprak adalah bunyi Metallica XPDC yang lama. Sakinah, Mongol Dah Pulang pun boleh tahan cuma rasanya masih tidak boleh menandingi lagu-lagu lama mereka. Dan tiada pula lagu slow yang benar-benar saya suka. Mungkin juga saya bias...
lagu haprak tu agak berat gak tu.. solo gitar dia pon lama gak..
ReplyDeletemasa ni dah tak minat XPDC...last album Brutal....band bagus tapi sayang tak ngam...
ReplyDeleteapa2pun kredit to bassline yg menarik dari Yan dlm album ni....walaupun lagu yg aku boleh layan dlm album ni cuma Mongol Dah Pulang hehehe...
ReplyDeletebaru smlm belek2 cd xpdc kat victoria music, amcorp mall... mencari album medley rugged (tp xjumpa)
ReplyDeleteMael - james hetfield
ReplyDeleteIzo - kirk hammett
Amy - lars ulrich
Zuar - jason newsted
Aku beli tu jam yang dapat pendant besi
ReplyDeleteBerdesup Cahaya rules!
ReplyDeletewow! free tshirt.
ReplyDeletedeaf...a'aa la..baru teringat..ada dapat pendant...tapi album yg ni ker?..mana ntah peginya...sama macam pendant metallica beli kaset EP Jump In The Fire tu pun ntah mana peginya...
ReplyDeletebetul2 tiru metallica la dorang ni...org bagi pendant dia pun bagi...heheh...