Tuesday, February 19, 2013

Revenge

Koret-koret entri yang patutnya publish tahun lepas. (dah masuk tengah bulan Feb pun tak habis-habis..)
Album yang dah capai 20 21 tahun dah...



Kiss - Revenge (1992)

Dari 70an hingga ke sekarang, dari rock ke disko ke hair metal...KISS is here to stay...

Revenge adalah album terbaik KISS di era 90an. Ini juga merupakan album pertama mereka selepas kematian Eric Carr. Suatu yang menarik, mereka tidak terikut2 dengan keadaan semasa. Mereka tidak cuba untuk menjadi alternative atau pun grunge. Mungkin kesilapan di zaman disko menginsafkan mereka (heheh..)

Selepas tempias hair/pop metal dalam album2 80an mereka, KISS kembali dengan album yang lebih berat dan matang. Revenge adalah sebuah album hard rock yang back to basic tetapi dengan sound 90an. Kembalinya Bob Ezrin sebagai penerbit mengembalikan KISS ke era Destroyer. Rasanya Revenge bolehlah dianggap sebagai salah sebuah album terbaik KISS zaman tak pakai make-up.



Memori saya terhadap album ini sudah tentunya lagu dari soundtrack Bill & Ted's Bogus Journey"God Gave Rock 'N' Roll to You II". Ntah kenapa melodi lagu ini memang sentiasa melekat di kepala saya semenjak kali pertama mendengarnya 20 tahun yang lalu.

Antara lagu2 pilihan dari album ini adalah unholy,domino, paralyzed,take it off, i just wanna dan juga lagu tribute untuk Eric Carr, "Carr Jam '81"





5 comments:

  1. Album Revenge ni pun best jugak.dah takda make up tapi lagu dlm album ni mmg layan

    ReplyDelete
  2. bak kata Bill & Ted, AWESOME DUDE!

    ReplyDelete
  3. album selepas tu carnival of souls mcm muzik grunge je bunyik dia..

    ReplyDelete
  4. Revenge in konsep dia menjadi. Lagu, imej, album cover. Heavy la untuk kiss

    ReplyDelete
  5. dalam dvd kissology ada vc "god gave rnr to you 2" kalau x silap

    ReplyDelete