Album kompilasi yang dah
Sex Pistols - Kiss This (1992)
Terus terang punk bukanlah makanan saya. Maka saya bukanlah ahli untuk bercakap mengenainya. Selera muzik bukanlah sesuatu yang boleh di paksa-paksa. Tetapi perlu saya akui muzik punk memang menarik. Aggresive, rebellious dan dalam masa yang sama melodic. Memang muzik untuk anak muda memberontak. Sekurang-kurangnya ia tidak lah meleweh. Entah kenapa saya memang mempunyai masalah untuk hadam lagu-lagu yang meleweh walau besar mana pun nama band tersebut, Pink Floyd contohnya.
Sejarah saya mendengar Sex Pistols adalah kerana 'Anarchy in the UK'. Ini Megadeth punya pasal. Malangnya saya tidak mempunyai ramai kawan yang into punk. Maka agak susah juga untuk saya mendengar material mereka.
Kaset kompilasi ini adalah satu-satunya material Sex Pistols yang saya ada. Jangan kata saya tak pernah mencuba. Dan saya rasa ianya amat sesuai untuk mengenal muzik Sex Pistols bagi beginner seperti saya. Tidak dinafikan majoriti lagu-lagunya sememangnya sedap sedap belaka. Tak hairanlah kalau mereka sememangnya popular.
btw, kalau bab punk ni, mungkin saya lebih mengemari Ramones.
bro, kita sama la dlm bab punk ni...The Ramones tetap one of the best punk rock band! Sex Pistols sebenarnya kewujudan mereka x byk beza dgn boy band (diorang ni organized by org lain) dan hanya ada 1 album saja, x mcm Ramones...mgkn aku akan buat review cd Ramones aku x lama lagi...tunggu jer la haha...
ReplyDeleteDiawal kemunculan punk muziknya lebih berteraskan pop..sebb tu lagu2 mereka catchy cume isu saje yg agak rebel..tp dari segi melodi masih lagi pop. Album ni juga pengenalan aku pada sex pistol walaupon adios amigos- the ramones merupakan album punk pertama yg aku dgr sblm the pilgrims.
ReplyDeleteaku lagi tahu punky brewster dari punk haha
ReplyDeleteAku rasa this is the real deal sebenarnya. Ramones just propaganda USA untuk cover yang mereka telah ditakluki oleh brit pop. Hahaha. Ramones cuma menghiasi background music filem-filem high school dan remaja sahaja. tapi kalu pergi konsert dan gig, inila yang selalu sold out tiket.Sayangnya sex pistol tak simpan record-record dia. Tu susah nak keluar balik. Untuk guitar hero tempoh hari pun diaorang kena main balik. But still nice.
ReplyDeletePunk not dead?hehe
ReplyDeletetak tau sangat nak cerita pasal punk...tapi selain Ramones...aku juga dengar Offspring...
ReplyDeletemungkin pasni boleh buat entri pasal Ramones - Acid Eaters...sempena 20 tahun dah album tu..
wow album favorite gua jugak tu...acid eaters memang best! Next review plzzzzz hahaha
ReplyDeletekena tunggu...nak abiskan koret2 draf dari tahun lepas dulu...heheh...
ReplyDeletekaset ni aku ada.... terbabit campur dengan budak punk Johor ( masa study ILP )
ReplyDeletesaya juga pendengar band punk.. a feww je la yg dengar mcm ramones, sex pistols, the runaways, iggy pop, good charlotte dan yg paling minat sekali ialah joan jett... x silap ahli2 band sex pistols ni mcm xnak ngaku yg diorang ni ada influenced by david bowie..
ReplyDeletefaizal: pusat bandar pasir gudang dulu port skin dgn punk, betul? :)
ReplyDeletepunk bagi aku punya makna yg "suci". punk bukan "rebel without a cause". bagi aku punk sebenar ialah DIY, independence, survival, motivasion,... bukan sekadar muzik. rage against the machine itu punk, bob marley itu punk, m. nasir juga punk, if you know what i mean... haha
ReplyDeletePC Kokak...paham..nampaknya Sex Pistols tak punk la...dorang sign label mainstream...kira corporate rock jugak ni...hahah....
ReplyDelete