Friday, June 28, 2013

Metal Health

lari dari cerita Metallica live in Singapore....

Yang ni baru betul Heavy Metal Klasik yang dah 30 tahun...


Quiet Riot - Metal Health (1983)

Ini adalah album pembuka jalan. Suka atau tidak, ini adalah satu fakta. Metal Health adalah album heavy metal yang pertama berjaya menduduki kedudukan no 1 di carta Billboard 200. Ianya membuka jalan untuk muzik heavy metal lebih dikenali secara meluas ataupun mainstream. Kerananya, Heavy Metal bukan lagi muzik underground. Kerananya, semua rekod label besar mahu menerbitkan album heavy metal.

Walaupun ada yang mengenali Quiet Riot sebagai band awal Randy Rhoads, tetapi era Metal Health adalah zaman kegemilangan mereka. Majalah Weekend (rujuk entri >NI<) mengenalkan saya kepada mereka. Metal Health dan album selepasnya Condition Critical menjadi antara album kenangan zaman rock remaja saya.

"Cum on Feel the Noize" adalah lagu yang membuatkan mereka terkenal. Lagu cover dari Slade ni asalnya bukanlah pilihan mereka tetapi dipaksa oleh penerbit mereka. Sesiapa yang pernah menonton documentary mereka dalam VH1 Behind Music pasti tau yang Frankie Banali cukup tak suka lagu ni. Mereka memainkan dengan tidak sepenuh hati tetapi mungkin kerana tuah...lagu inilah yang menjadikan mereka terkenal.


Mungkin generasi sekarang mengangap muzik mereka sebagai cheesy. Tetapi jika anda berada di zaman tersebut, Metal Health adalah antara yang palling rock...paling metal ketika itu. Lagu-lagu seperti "Metal Health (Bang Your Head)", "Cum on Feel the Noize", "Don't Wanna Let You Go" dan  "Let's Get Crazy" menjadi anthem remaja seperti saya di zaman tersebut. Selain lagu-lagu yang rancak tersebut, saya juga cukup suka kepada lagu slow rock "Thunderbird" yang ditujukan untuk Randy Rhoads...selain "Home Sweet Home" dan "The Price", ini adalah all time favourite slow rock saya.

Mereka adalah superband...Mendiang Kevin DuBrow dengan suara dan showmanship hebat...Frankie Banali lagi....tambah pulak dengan Carlos Cavazo...paling suka tengok gaya dia main gibson flying V dia tu dan dah tentu-tentunya Rudy Sarzo. Bassist kegemaran saya sejak zaman Ozzy...maka sudah tentulah line-up zaman Metal Health dan Condition Critical ini pada saya adalah line-up terbaik Quiet Riot.

Klasik!!!










Thursday, June 27, 2013

Antara Metallica dan Final Piala FA

Ok la....dah majoriti geng blogger update cerita pasal Metallica live in Singapore...dan menyahut seruan En Ijau....aku pun nak menyibuk sama...


Terus terang cakap semenjak tau yang tiketnya paling murah SGD148 (~RM370)...aku macam dah tak berminat pun nak pergi....lantaklah kalau esok start jual terus sold out...aku lebih risau kalau tak dapat tiket final Piala FA sabtu ni...kaunter tiket kat Larkin tadi lebih sikit jer tempoh jualannya banding kat Kota Bharu...kabarnya tak sampai 1/2 jam bukak...abis dah...sold out...kesian yang beratur panjang sejak pagi apa pun tak dapat...dah la semalam pun ramai yang tertipu...cakap start jual semalam...rupanya start hari ni...hampeh betul..kesian tengok ada yang sampai 2 hari ambik cuti....

Nampaknya FAM,PBNJ dan KAFA ni sama jer...tak telus dalam proses jualan tiket....atas kriteria apa yang membolehkan booking awal dan beli secara pukal...penganjur yang sediakan bas tu aku paham la...tapi yang tak kena mengena pun dapat...kononnya alasan tiket untuk VIP dan kenal orang dalam...sejak bila pulak VIP dan ahli2 politik ni turun stadium tiap-tiap minggu....yang paling panas bila ada antara dorang ni jadi ulat...jual tiket dengan harga mahal....patutnya..mana2 VIP, Exco, Umno Bahagian dah ntahapahapa lagi tu direct nego ngan FAM untuk tiket...yang bagi pada persatuan negeri contohya 30 ribu tu memang khas untuk peminat bola yang tiap-tiap minggu turun stadium...ni lum apa2 MB dah amik 2 ribu dah...mana la rakyat biasa nak dapat....ni last2 ulat tiket jugak yang untung...

kredit gambar FB Kesultanan Johor

Erkkk...sorry hilang dah cerita pasal Metallica...pasal memang tengah panas ni...pasal tiket aku pun belum konpem dapat...silap-silap tengok kat mamak la jawapnya sabtu ni...hahahaha...

Masalahnya Metallica ni aku kurang excited...ntah berapa kali aku tertidur time nengok dvd konsertnya kat tv...aku lebih kurang sama macam Dr Ben kalau pasal Metallica....dan bak kata Deaf pun...kalau nak pegi pun hanyalah kerana nostagia dulu-dulu...tapi dengan harga tiketnya tu...borong cd dari estocks_deutschland lagi berbaloi...

bak kata kawan aku...true metal fan layan Iron Maiden...Metallica ni mat hip-hop dan k-pop pun layan...hahaha


****update 28/06...tiket final piala FA dah dapat....yehaaaa....scream for me Bukit Jalillllllll.....



Wednesday, June 26, 2013

VS KL Felda United

Liga Super 25hb Jun 2013

Johor Darul Takzim 1  KL Felda United 1
(Muhammad Hadin Azman 64')


Bebelan macam biasa...

Selingan iklan...gerai jersey biras aku...seberang jalan depan Gate C...satu2nya  gerai yang ada bukak lagu Johor...majalah harimau selatan pun ada...

1 - Genap sebulan dah takder game kat Larkin...sampaikan kerusi pun kotor dan berabuk...satu hal kena cari tisu nak lap...mungkin jugak abuk jerabu kot...

player masuk stadium
2 - Nampaknya bukan hanya star player JDT yang kena rehat untuk game ni...tapi penonton pun rehat sama...sepanjang musim ni...ini adalah kehadiran penonton yang paling sikit sekali...kat area scoreboard tu lengang giler...grandstand jer full house...parking kereta pun senang....balik pun tak jem...nak buat mexican wave pun tak boleh...

kosong...
3 - Tak pasti kenapa penonton kurang...nak kata jerebu...area JB ni hampir pulih dah...petang semalam pun hujan lebat...mungkin pasal game ni takat lawan Felda ajer...bukannya negeri....dah tu ramai pulak star yang tak boleh main....dan mungkin jugak orang berjimat pasal nak gi Bukit Jalil sabtu ni...maklum la hujung bulan...orang keje swasta lum gaji...pokai oii..

Master of the moon...tetiba teringat Dio pulak...jerebu hampir pulih...jelas nampak bulan mengambang...
4 - Walaupun penonton tak ramai...B.O.S meriah macam biasa....non-stop 90 minit menyanyi...ntah makan apa la dorang ni...tak tau penat ker? :P ....dan 1st time aku dapat duduk grandstand belah JDT dan dapat tengok B.O.S secara dekat...ni gara2 penonton tak ramai la...kalau tak....jangan di harap...

B.O.S tetap terbaik!!!
5 - Ramai 1st eleven dan star tak main...gara2 kena gantung....memang nampak ada kesannya...game jadi bosan....walaupun kontrol game...tapi hampeh...paling sakit hati bila dah leading mula main enjoy...penonton dah bising...main cantik buat per...kalau takder gol...

kesian...star2 yang kena gantung duk kat tepi padang...tak boleh duduk kerusi empuk kat bench..
6 - Sebenarnya ini peluang untuk pemain2 simpanan tunjuk kebolehan...sayangnya hampeh...paling kesian Tuah la...asyik kena sorak...makin gelabah la budak tu main...ni kali kedua berturut2 kita lepaskan gol dalam 10 minit terakhir...nampak sangat hilang fokus...TMJ pun balik awal semalam...bengang agaknya tengok main camni...

7 - Paling hampeh bila dapat tau Lions XII seri ngan Perak...kalau menang tadi ada la can nak rapatkan mata....nampaknya peluang untuk juara liga makin malap....Lions XII perlu satu jer lagi menang untuk konpem jadi juara...apa nak buat....Selangor pun dah potong pasal lebih gol...


pic name

pic name

pic name


8 - Btw...aku anak felda...tapi tak pernah terpikir pulak nak sokong team Felda...mungkin kalau stadium dorang kat Air Tawar...sokong jugak kot...Luaskan Kebunmu Felda...hahaha...

9 - Last kopek...frust jugak ngan game semalam...tapi apa2 hal pun ...kita jumpa kat Bukit Jalil sabtu ni...harapnya tiket aku takder masalah....pagi ni Larkin dah kena serbu...ramai yang mengamuk pasal tak dapat beli tiket...nasib tak jadi macam kat Kota Bharu semalam...salahnya PBNJ sendiri la...semalam siap tulis kat luar stadium yang tiket akan mula jual hari ni....ni alih2..cakap esok pulak...kesian ada yang siap ambik cuti...hari ni kabonya untuk tiket2 yang ditempah...contohnya yang rombongan bas dan penaja tu semua...untuk public start jual esok...tapi tak tau la agaknya berapa balance yang tinggal....harapnya aku punya konpem boleh dapat hari ni...kalau tak...nampak gayanya layan kat mamak la jawapnya...heheh...



LUASKAN KUASA MU!!!



Tuesday, June 25, 2013

Cold Sweat

Sejak2menjak dengar Megadeth kaver lagu ni...rasa kemaruk pulak layan Thin Lizzy - Thunder And Lightning...nanti bila-bila aku buat entri...album tu pun dah masuk 30 tahun dah tahun ni.

Aku belum ada Super Collider...tapi lagu pertama yang terus menangkap bila pertama kali dengar adalah Cold Sweat ni...mungkin pasal lagu ni aku dah biasa....menarik jugak versi Megadeth ni...



tapi boleh cuba versi-versi yang lain juga....antara yang aku suka versi Sodom dari album Better Off Dead.


ataupun versi melodic death metal dari Kalmah


tak pun cuba versi Helloween ni..


Tapi memang tak boleh celen versi original la...John Sykes rules!!!...try layan versi live ni...


tapi yang lawaknya...ada yang komen Thin Lizzy with Dave Mustaine on guitar...rambut memang dah sama dah....hahaha...

Apa2 pun memang best lagu ni...







Monday, June 24, 2013

Harimau Selatan

Saja nak kasi hangatkan sikit final Piala FA 29hb ni nanti...


Ini adalah majalah rasmi pasukan Johor Darul Takzim yang diterbitkan secara bulanan. Harga RM10.00. Dah gaya macam kelab omputeh dah siap ada majalah. Dari segi penjenamaan pasukan Darul Takzim ni memang aku tabik. Ada gaya profesional....harapnya akan berterusan. FAM berpuluh tahun gagal nak penuhkan stadium...tapi JDT tak sampai setahun...mana-mana stadium dorang pergi....penuh!

aku hormati majalah ni baru kat pasaran...so tak eloklah kalau aku tampal gambo2 dalamnya kat sini....nak baca kena la beli....cuma sedikit teaser....aku suka gambo baling resit ni....

Dalam ni ada cerita dan temuramah dengan TMJ, Fandi, Safee Sali dan pelbagai cerita,gambar dan artikel berkenaan JDT...pasal Johor FA pun ada...sesapa yang yang kaki bola terutama peminat setia Harimau Selatan wajib beli...

pic name

pic name


ni masa majlis perasmian majalah...tak pernah umur aku pergi majlis-majlis macamni...tapi dah orang rumah aku yang over excited nak tengok player JDT secara dekat....ikutkan ajer la...glory hunter ker apa...pengaruh JDT ni kat rakyat Johor memang tak boleh dinafikan...sana sini sekarang kat JB ni boleh nampak orang tak kira laki ker perempuan dan kanak2 pakai jersey JDT...B.O.S berlatih sorak kat Dataran Bandaraya pun dah jadi macam pesta orang datang tengok....Ini memang satu fenomena...

Haters mungkin cakap...ni team palsu...mana dulu yang kononnya die hard fan masa team Johor merundum...tapi lumrah la...benda popular orang akan suka...dah kalau teamnya ntah sapa2 yang main...main pulak macam bangang...sanggup ker kau keluarkan duit RM10 tiap-tiap minggu datang stadium nengok....Die hard pun die hard jugak...tapi agak2 la kan....bukannya free...

Aku rasa orang Johor lama dah mengidam team bagus...dulu masa tahun 2010 Johor FC masuk semi final Piala Malaysia pun stadium Pasir Gudang sesak...baca entri aku kat >SINI<...maknanya penonton dah bijak...team kalau bagus (bagus tak semestinya sentiasa menang)...orang akan sokong...tak kisah la kalau team tu Ulu Tiram FC ker...ni kalau team negeri pun...tapi main dan pemainnya hampeh...sapa yang nak sokong...dulu aku pernah buat entri pasal self belonging...tu pasal PKENJ FC tukar nama jadi Johor FC...supaya rakyat Johor sokong...aku rasa rugi kelab2 macam Felda, Sime Derby tu semua...mana nak dapat income kalau takder penyokong....ambik contoh macam Felda...sapa nak sokong dorang buat home kat Cheras...sana mana ada felda...patut buatlah stadium kat Jengka ker kan...tukar nama Pahang Felda...team letak star...besar kemungkinan orang Pahang pun sokong...

Apa yang pengurusan JDT ni buat memang selayaknya di puji...dan sepatutnya pasukan lain pun buat...dan semoga ianya berterusan...kata suruh sokong liga tempatan...barulah liga kita meriah....tapi nak buat macamana kan..."haters gonna hate"....aku sebagai peminat Manchester United pun bengang bila semua star-star asyik Chelsea dan City jer beli....iyer la bak buat camner kan...pokok pangkalnya duit...kalau JDT ni team dari Melaka...aku pun jadi haters...maklumlah bukan negeri aku...hahaha...ni kalau jadi Pablo Aimar main JDT musim depan....makin ramai la yang sakit hati....

dah alang2 cerita pasal majalah bola ni...teringat pulak berpuluh koleksi majalah United aku...dulu2 time muda-muda...dapat gaji jer...antara benda yang pertama buat...gi kedai buku beli majalah metal dan majalah United....memang die hard sungguh zaman tu....sekarang dah berzaman dah tak baca majalah ni....dah tua...dah malas...


kekadang rasa macam nak buang jer...kekadang rasa sayang pulak...tapi tu la...sempit dah rumah simpan harta2 karun ni semua...


btw...sesapa nak cekidot pasal majalah Harimau Selatan boleh like page >NI<


"LUASKAN KUASAMU"




Friday, June 21, 2013

You Can't Stop Rock N Roll

27hb ini genap 30 tahun dah usia album metal klasik ni...



Twisted Sister - You Can't Stop Rock N Roll (1983)

Sejujurnya saya mengaku...saya sememangnya fanboy Twisted Sister. Maka jika entri ini agak bias...anda faham-faham la sendiri.

Saya tidak pernah merasa kecewa dengan rilisan Twisted Sister apatah lagi rilisan-rilisan awal mereka. Ketika ini tiada istilah glam atau hair metal dan sememangnya You Cant Stop Rock N Roll adalah heavy metal. Jika anda membesar di zaman 80an dan sebaya saya...sudah semestinya Twisted Sister dan album seperti You Cant Stop Rock N Roll inilah yang mempengaruhi anda untuk menjadi seorang mat rock. Saudara Deaf Angel pasti bersetuju dengan saya tambahan pula ini album TS kegemaran beliau. Mungkin anda perlu berada di tempat kami untuk merasa apa yang kami rasa terhadap album-album rock awal 80an.

Walaupun YCSRNR tidaklah seberat Under the Blade dari segi soundnya tetapi masih mempunyai rif-rif metal yang berat. Lagu-lagu seperti The Kids Are Back, Knife in the Back, Ride to Live, Live to Ride, I Am (I'm Me), You Can't Stop Rock 'N' Roll adalah metal anthem zaman sekolah menengah saya dahulu. Sebenarnya boleh dikatakan semua lagu-lagunya bagus, semuanya pun sedap dan saya suka termasuklah lagu slow You're Not Alone (Suzette's Song) - lagu untuk isteri dia yang sampai sekarang pun masih kekal bahagia...respek!


Mendengar kembali lagu-lagu dari album ni sudah pasti akan mengembalikan nostalgia zaman remaja saya. Tak cukup buku tulis dan buku teks, abis meja dan dinding sekolah kami conteng dengan logo Twisted Sister...Nama Eddie Ojeda dan Jay Jay French pula menjadi sebutan kepada kawan-kawan yang berangan nak jadi gitar hero. Dan apalah yang boleh saya katakan kepada Dee Snider...the most underrated front man in metal history...period!


btw...setiap kali mendengar lagu Stranger In A Strange Land...saya sering teringatkan lagu The Power And The Glory...adakah Steve Harris mengambil idea darinya...permulaan bass dia tu seakan-akan sama pula...


Play it Loud Mutha!


Thursday, June 20, 2013

Jerebu

Johor Bahru di landa jerebu...

Ini antara gambo2 yang aku ambik disekitar opis aku masa lunch tadi....

Superman pun dah kelam jer dah...

Dari CIQ menuju ke tambak Johor...

Smoke on the water....

depan tu selat tebrau dan Tambak Johor....tapi langsung tak nampak apa dah...Singapore pun dah hilang....

Sekali pandang macam kabus kat Genting la....

Memang teruk jerebu yang melanda Johor Bahru ketika ini...indek PSY PSI mencecah sehingga 181 pukul 11 pagi tadi...dan dijangkakan akan terus meningkat....tapi paling teruk daerah Muar la...sampai 383....dah la sekarang musim panas...takder hujan...memang rasa sesak napas kalau duk kat luar...mata pun pedih...berair...bau macam asap terbakar....tak boleh tahan la...

Kesian kat budak2 sekolah yang berlatih untuk hari sukan....menurut sekolah...selagi takder surat dari kementerian...selagi tu lah aktivi luar berjalan seperti biasa....En. Khaled Nordin....tolong la bagi cuti kat bebudak sekolah ni...kesian tengok...

Harap jerebu ni tak lah berterusan....letih nak pakai topeng ni...






Wednesday, June 19, 2013

Tuesday, June 18, 2013

Bugatti Veyron











***kes terputus idea....lum wednesday dah wordless dah...heheh...





Monday, June 17, 2013

Sudah Sampai Sini : The Little Big Club

Cuti sekolah 2 minggu yang baru ni aku dan family tak kemana. Tak dapat cuti...time cenggini la auditor sibuk pulak nak masuk.
Nak cukupkan syarat...jangan kata tak gi mana-mana...kesian budak-budak cuti...bawak jalan dekat-dekat jer la...


Kali ni ke The Little Big Club: Puteri Harbour Family Theme Park...kat Nusa Jaya...Dulu dah pernah pergi...(rujuk entri >NI<)...tapi tu jam cuma pergi kat bahagian Hello Kitty Town....dan dah janji dengan budak-budak akan datang nak ke sini pulak....maka kali ini janji dicapati...

keadaan dalam...ada 2 tingkat..

Tiket dah naik...dulu RM50...sekarang RM55 sorang...tak kira budak ker orang tua...tapi kalau ambik package 2 tempat (Hello Kitty dan The Little Big Club) masih sama RM85...tapi oleh sebab Hello Kitty tu dah pergi...ambik satu package jer la...tu pun kira jer la berapa kita orang kena bayar bila kali 5...adoiii...


pic name

pic name

pic name

Kalau Hello Kitty tu jumpa satu karektor kartun ajer...tapi kat The Little Big Club ni ada Thomas & Friends, Barney, Bob the Builder, Angelina Ballerina dan Pingu. Sapa-sapa rajin layan anak nengok Cartoon Network kat Astro konpem familiar dengan watak-watak ni semua...iskh...naper la takder Gumball...heheh...

pic name

pic name

pic name

Rasanya untuk budak lelaki, The Little Big Club ni lebih sesuai...pasal lebih banyak aktiviti game boleh main kalau nak banding Hello Kitty...tempat pun lebih besar...pasal ada 2 tingkat...


Ada juga aktiviti untuk bergambar...tapi ada time dia la...dan kena la rajin beratur panjang...tapi masa aku pergi tu takder la sesak sangat...mungkin orang dah tak kemaruk macam masa baru-baru bukak dulu...


Antara aktiviti kegemaran anak bongsu aku...menari dengan Angelina Ballerina...sampai 2, 3 kali masuk kat tempat ni...layan kan ajer la...


Ada juga live show....budak-budak dok ternganga nengok yang belah kanan...bapak budak pulak terliur tengok yang belah kiri....hahaha...

pic name

pic name

Last...ni tempat yang baru bukak...dulu bulan January aku pergi lum ada..Lat's Place. Tempat ni sebenarnya restoran yang berkonsepkan kartun-kartun Lat...Cadangnya nak jugak merasa makan kat situ sambil layan kartun Lat....sayang aku tak dapat masuk...full house. Nak kena beratur tunggu tunggu turn...perut dah kebulur...lain kali lah....









Thursday, June 13, 2013

Judgment Night (soundtrack)

20 tahun yang lalu...sebuah album runut bunyi yang agak berbeza telah diterbitkan.....



VA- Judgment Night (soundtrack) (1993)

Lama sebelum Limp Bizkit dan ntahapahapantah band seangkatan dengannya bermain rap rock, Run D.M.C/Aerosmith dan Beastie Boys dalam Licensed to Ill dah mempeloporinya terlebih dahulu. Ianya semakin popular di penghujung 80an dan awal 90an dengan munculnya band-band seperti 24-7 Spyz, Faith No More, Living Colour dan menjangkit kepada metal bila Anthrax berkerjasama dengan Public Enemy.

Tapi 20 tahun yang lalu, ada sebuah album soundtrack yang dibuat khas untuk mengabungkan muzik rock dan rap. Tak pasti apa kaitan filemnya dengan muzik begini....dan jangan tanya pasal filemnya...sumpah saya dah lupa..mesti filemnya tak best...tu pasal dah lupa...hahaha...tapi soundtracknya mungkin ok kot...terutamanya jika anda pengemar muzik rap dan alternative awal 90an.




Terus terang saya bukanlah peminat muzik rap. Pernah cuba juga mendengarnya tapi tak boleh nak masuk. Tergoda untuk membeli kaset ini adalah kerana adanya lagu "Disorder" gabungan antara Slayer dan Ice-T. Dan rasanya inilah lagu selain  "Me, Myself & My Microphone" dari Living Colour dan Run D.M.C. yang saya boleh terima. Mungkin mereka dah biasa dengan raprock. Maklumlah Ice-T pun ada band metal. Tapi yang lainnya kurang masuk...kebanyakannya lebih rap dari rock...tu yang buat tak berapa nak suka tu...

Tapi mungkin bagi generasi grunge/alternative boleh cuba kot...maklumlah adanya Pearl Jam, Sonic Youth, Mudhoney, Dinosaur Jr. dan lain-lain. Mungkin kalau banyak band-band metal yang terlibat, mungkin ianya lebih rock dari rap dan boleh membuatkan saya lebih beminat.



***kalau tak silap...Eddie Vedder tak terlibat dalam saoundtrack ni..."Real Thing"  hanyalah gabungan Cypress Hill dan Pearl Jam tanpa Eddie... 




Monday, June 10, 2013

Wayang pilihan...

Sepanjang 2 minggu yang lepas ni agak kurang berpeluang untuk menonton tv...maklumlah cuti sekolah...anak-anak yang duk asrama semua ada kat rumah...tv dah macam dorang punya dah...tapi bila sesekali astro tayang cerita wayang yang menarik...kuasa veto akan digunakan...heheh...

3 wayang yang antara kegemaran sepanjang zaman ditonton di astro HD sepanjang 2 minggu yang lepas...


Legends of the Fall (1994)

Cerita melodrama..kisah 3 beradik yang mencintai wanita yang sama. Berlatarbelakangkan zaman sebelum Perang Dunia Pertama hingga ke tahun 1930an. Lakonan mantap Anthony Hopkins sebagai bapa yang tegas dan berpengaruh tetapi dibayangi dengan penampilan dan lakonan hebat Brad Pitt. Rasanya ini antara lakonan Brad Pitt yang terbaik yang seterus menempatkan beliau ke dalam kategori pelakon kelas A.

Filem ini juga membuatkan saya menyukai Brad Pitt, maklumlah imej rambut panjang ala2 rocker...hahaha...Lama dah tak tengok cerita ni...tapi masa tengok tu tetiba habuk masuk pula kat mata...sumpah...bukan gua emo...tapi memang habuk masuk mata....heheheh...



Good Will Hunting (1997)

Filem yang mengenalkan Matt Damon dan Ben Affleck kepada dunia. Tercalon untuk 9 anugerah Academy Awards, menang 2. Satu untuk Robin Williams (Best Supporting Actor) dan satu lagi untuk Affleck dan Damon (Best Original Screenplay).

Takder nak komplen. Jalan cerita dan lakonan yang terbaik. Kaki filem aksi pun rasanya boleh cair dengan filem drama ni. Siapalah yang tak teringin nak jadi genius yang rebel. Filem yang mula membuatkan saya minat Matt Damon. Sangat rekomended.



Stand by Me (1986)

Filem ini mengenalkan saya saya kepada Stephen King, Mendiang River Phoeix dan Kiefer Sutherland. Ntah berapa kali dah saya menontonnya tetapi tetap tak merasa bosan. Mungkin kerana filem-filem drama bergenra coming of age dan road trip memang selalu menarik minat saya. Stand By Me mengisahkan perjalanan 4 orang sahabat berusia 12 tahun yang mencari mayat seorang budak yang hilang.

Sebagai budak lelaki yang gemarkan adventure, pengembaraan mereka ini sedikit sebanyak mengingatkan zaman kanak-kanak saya. Kami juga berempat, walaupun pengembaraan kami bukan lah mencari mayat, tetapi kami sering masuk ke kebun kelapa sawit menyusur paya dan belukar sejauh yang mungkin, bercamping makan maggi dari pagi hingga ke maghrib. Cumanya nasib mak bapak tak benarkan, kalau tak sudah pasti kami akan bermalam...manisnya memori zaman kanak-kanak.

Saya sukakan endingnya, terutama apa yang terjadi kepada 4 orang sahabat tersebut. Seperti cerita ini, kawan-kawan karib saya ketika berumur 12 tahun juga hanyalah sekadar memori silam saya. Seorang telah meninggal manakala yang lain-lain telah pun putus hubungan. Zaman Facebook pun tidak akan berjaya merapatkan kami kembali seperti dulu-dulu....

Suka betul saya monologue di akhirnya...

"I never had any friends later on, like the ones I had when I was twelve...Jesus....does anyone?"