Thursday, January 30, 2014

Cuts Like a Knife

Lagi yang tersangkut dari draf tahun lepas...

Antara yang mengamit memori dari 30 31 tahun yang lalu..


Bryan Adams - Cuts Like a Knife (1983)

Mendengar lagu "Cuts Like a Knife" dan "Straight from the Heart" dari album ini benar-benar mengembalikan memori saya di zaman budak-budak. Ketika itu (1983 dan 1984) abang saya cukup rajin mendengar lagu-lagu inggeris dari radio 1 Singapura. Disebabkan kami berkongsi bilik, apa yang beliau dengar secara otomatiknya menjadi pendengaran saya juga.

Terasa diri sangat advance ketika itu. Apakan tidak, ketika rakan-rakan sekelas saya sibuk menyanyikan lagu-lagu Alleycats, saya sudah pandai menyanyikan lagu Duran Duran. Maklumlah budak felda seperti saya. Manalah ada yang dengar lagu orang putih. Rancangan Saturday Spin kelolaan Roger Kool adalah antara rancangan kegemaran kami. Manakala rancangan permintaan pula adalah tempat untuk kami merakam lagu-lagu kegemaran kami. Paling tak suka selalu bab intro ada jer suara dj jadi pengacau...hehehe...

Walaupun saya banyak didedahkan dengan lagu-lagu new wave, tetapi jiwa saya cukup tertarik dengan lagu-lagu yang guitar oriented. Makanya lagu-lagu Bryan Adams menjadi pilihan. Mungkin itu petanda awal yang saya sukakan muzik rock. Lama dah saya cuba mencari album ini. Ebay dan Stok E sekali lagi membantu. Dengan harga yang tak sampai pun RM14...memang pucuk dicita ulam mendatang la...


Dengan ini saya sudah hampir mempunyai kesemua album kegemaran dari zaman hard rock beliau. Reckless, Waking Up the Neighbours malah kompilasi So Far So Good. Yang lainnya saya kurang berminat. Album-album selepas itu beliau sudah jadi meleweh dengan lagu-lagu balada pop rock.

Ini adalah album yang memperkenalkan beliau di peta dunia. Mungkin ada yang tidak tahu, lagu "Don't Leave Me Lonely" adalah lagu ciptaan beliau bersama drummer KISS, Eric Carr. Beliau terlibat dalam proses penciptaan lagu untuk album KISS - Killers (1982). Lagu "Don't Leave Me Lonely" asalnya hampir digunakan untuk album KISS - Creatures of the Night.

Zaman terbaik Bryan Adams. Sekurang-kurangnya untuk saya...

"Everywhere I go, the kids want to rock..."









Wednesday, January 29, 2014

Vs Lions XII

Liga Super 28hb Januari 2014

Johor Darul Takzim 2  Lions XII 2
(Luis Figueroa 27′, Pablo Aimar 41′)

Macam biasa...coretan ringkas..


1 - Hari bekerja...stadium takder lah sendat macam lawan Perak. Bahagian bawah area score board kat pagar tu ada yang kosong. Rasa selesa sikit. Tangga pun takdalah orang duduk. Senang la kalau nak turun naik pun. Kan best kalau setiap game selesa macam ni.

2 - Nampak ada banyak tong sampah disediakan. Baguslah...dulu jangan harap. Tapi kat kawasan tepi pagar. Susah juga kalau nak buang sampah kalau time stadium sendat. Sekurang-kurangnya pun kalau susah nak pergi tong sampah pun ikat la sampah korang dalam plastik. Senang sikit pekerja nak bersihkan nanti. Kalau bersih kita nak duduk pun selesa. Bagus juga dah takder budak-budak jual kuaci. Kulit kuaci memang bersepah.


3 - Disebabkan kerja dan kena ambil anak dulu, aku sampai dah dekat maghrib dah. Suasana tak jem sangat. Parking pun tak susah. Mungkin ramai orang pun macam aku datang lambat jugak. Tapi kalau hari sabtu jangan harap nak suasana aman damai macam ni. Sesak dari Terminal Bas Larkin pun dan sangkut.

4 - Disebabkan aku masuk lepas maghrib. Port yang cantik-cantik semua orang dah kebas. Tinggal belah bawah scoreboard. Nasib juga tak bawah sangat. Situ memang suwey. View terlindung pagar. Tapi tempat aku duduk pun kalau bola leret tak nampak. (rujuk gambar di atas) 1st gol JDT tu aku tak nampak pun bolanya. Orang jerit gol...aku pun ikut jer la...

Kawasan kosong tu kawasan season pass...dah pukul 8 pun kosong lagi...untunglah dorang bolah datang lambat ngam sebelum game. Seat bernombor takder siapa boleh ambik.

3 - Tentang game. Frust jugak la cuma seri. Main dah cantik. Midfield memang control abis. Tapi penyudah hampeh. Dah masuk kawasan penalti tarik belakang balik. Ntah bila nak try ntah. Aku makin rasa gaya dorang main dah macam arsenal dan team2 spain. Bosan beb. Aku nak tengok gol bukan takat main cantik ajer. Tu pasal aku lebih suka bolasepak inggeris. Main laju...tak ngantuk tengok...

4 - Lions XII ni boleh tahan bagus walaupun muda-muda. Aku ingat Baihakki dah takder senang la sikit, Rupa-rupanya yang ganti dia pun besar-besar dan tonjang-tonjang belaka. Apa orang Spore ni makan Deaf?...hehehe...Aku rasa kalau 1st half tu dorang lebih main bola daripada nak taji kaki orang mungkin dorang ada can lebih nak menang. Apa-apa pun tahniah la Fandi.

5 - Takper lah mungkin JDT takder nasib. Dorang belum panas dan serasi. Bagi masa sikit la. Tapi aku suka Fazly Mazlan bek kiri JDT tu. Dalam ramai-ramai dia yang bukan star. Tahun lepas cuma main untuk Piala Presiden. Cool jer mamat ni. Ada potensi besar. Ni  buktikan dalam JDT tak kira siapa star kalau main hampeh kau memang duduk bangku simpanan la...

6 - Sabtu ni ada Piala FA. Misi balah dendam dengan T Team. Tapi tak pasti aku dapat pergi tak. Akak Ipar aku ada buat kenduri. Tengok la camner nanti...

7 - Ok dah....oh ye...budak-budak sokong Man Utd dah boleh keluar dari gua dah...RVP dan Rooney dah main balik. Tambah pulak adanya Mata. Harap layak Champion League jadi la....Tapi aku tengok Arsenal pun dah goyang dah...gayat kot jarang-jarang duk atas...hahaha...


***Hari ni birthday orang rumah...Happy Birthday Dear...



Monday, January 27, 2014

Oriental Village

Sambung pasal cerita kat Langkawi bulan lepas.



Antara benda yang dulunya aku pergi Langkawi belum ujud adalah cable car. Tetapi sebelum boleh cerita pasal cable car kena cerita perihal Oriental Village ni dulu pasal kalau nak naik cable car mesti kena masuk tempat ni dulu.


Oriental Village ni terletak di kawasan Pantai Kok iaitu di kaki Gunung Mat Chincang. Sinilah gateway untuk menaiki cable car ke puncak Gunung Mat Chincang. Memang takder laluan lain...mesti pergi sini untuk naik cable car.


Jangan bimbang...masuk free...tapi benda-benda lain kat dalam ni termasuk toilet takder la free...hehehe...


Dia macam satu pekan yang tersendiri...ala-ala macam Bukit Tinggi. Ada kedai-kedai, hotel, tasik dan macam-macam aktiviti yang disediakan. Yang penting sediakan ajer duitnya. Contohnya aktiviti menunggang gajah yang mahal giler. RM80 untuk beberapa minit...pergh!!!


Aktiviti yang paling murah sekali ialah bagi ikan makan...tu singgit jer sepeket..hihi...


memang cantik tempat ni...tapi time tengahari memang panas giler...cuma harap penyelengaraan tempat ni berterusan...takat masa aku pergi ni memang cantik dan bersih...


Ada macam-macam la kat sini...termasuklah aktiviti lasak outdoor macam ATV dan Segway. Boleh juga menonton wayang 6D kat panggung 6D Cinemotion (ntah manarupa 6Dnya aku pun tak tau..). Tengok galleri harimau, rama-rama dan boleh main naik turun jambatan pasal kalau tak silap aku 6 jambatan yang merentasi tasik kat sini ternasuklah jambatan gantung macam kat bawah ni.


Sebenarnya kalau nak jimat masa tak nak kena tunggu lama beratur untuk naik cable car, ada baiknya duduk jer kat sini. Ada Geopark Hotel tapi tak pasti ok ke tak pasal tu hari aku nak tidur sini tak dapat pasal dah penuh dah..


alamak...belum cerita pasal cable car pun dah panjang entri ni....nanti-nanti jer la sambung lagi...



Friday, January 24, 2014

Holy Diver - Live

Lama dah cari cd ni....


Dulu masa buat entri sempena 30 tahun >SINI< pun ada cerita pasal ni...tak sangka pula terjumpa dengan harga yang tak masuk akal RM18++....(e-stock rules!!!!)


Ni bukan nak review pun...tapi Holy Diver ni banyak kenangannya...mungkin bukan yang terbaik dari Dio...tapi dia punya influence tu sampai ramai budak-budak melayu zaman 80an jadi mat rock...termasuklah yang menulis ni...


Walaupun yang main ni bukanlah klasik line-up Vivian Campbell, Jimmy Bain dan Vinny Appice tapi ada antara lagu-lagunya Doug Aldrich, Rudy Sarzo dan Simon Wright pukul abis dari yang ori...

Rudy Sarzo dan Simon Wright tu memang dah lejen la kan...tapi yang paling menarik Doug Aldrich la...dia cuma penganti ajer....main pun sebab Craig Goldy injured...tapi dia punya solo memang anytime boleh beat Vivian Campbell dan Craig Goldy...hebat!


Best la dorang main lagu Rainbow dan Black Sabbath....Gates of Babylon dan Sign of the Southern Cross yang jarang-jarang tu kan...tapi pada aku kalau dia main satu dua lagu-lagu dari “Sacred Heart” dan “Dream Evil” lagi best...dan nasib ada "We Rock"...yang pada aku lagi best gitarnya dari yang ori...

Doug Aldrich > Vivian Campbell   (tambah-tambah pulak sejak dia main pop dengan Def Leppard...hahaha..)



Thursday, January 23, 2014

Gravity

Selepas Dallas Buyers Club, ini adalah filem ke 2 yang tercalon untuk anugerah filem terbaik Academy Awards 2014 yang sempat aku tonton.


Gravity (2013)

Macam biasa versi sedut. Maaflah...situasi berkeluarga macam aku memang tak berapa nak ada masa untuk menonton kat panggung. Macam tahun lepas aku cuba untuk tonton semua yang tercalon. Itupun kalau dapat semuanya dalam versi sedut.

Macam biasa sipnosis atau jalan ceritanya sila google dan tonton sendiri. Cuma apa yang aku nak cakap kat sini kepada sesiapa yang berminat kepada genre drama sci-fi, ini memang wajib tonton!

Pada aku ianya seperti versi angkasa untuk filem Cast Away. Daripada tersangkut seorang kat pulau, Gravity pula tersangkut berseorangan di angkasa. Seorang bermakna sudah tentu-tentunya jimat dari segi pelakon tapi berbelanja besar untuk CGI. 2 orang pelakon sahaja. Itupun 80 hingga 85 peratus filemnya dilakonkan oleh Sandra Bullock secara berseorangan. Maka tak hairanlah jika beliau tercalon untuk anugerah actress terbaik. George Clooney pun cuma muncul untuk beberapa minit sahaja selebihnya hanya suara.

Tetapi yang paling menarik teknik CGInya. Cantik betul pemandangannya. Dapatlah juga kita merasa bagaimana suasananya menjadi angkasawan. Menontonnya seolah-olah kita yang berada di sana. Memang terasa sunyi dan saspennya. Kalaulah berpeluang menontonnya secara 3D. Mesti lagi hebat.

 Taknak cerita lebih...nanti "spoiler". Tapi sememangnya antara filem terbaik untuk tahun 2013.

Rekomended!






Wednesday, January 22, 2014

Memori

Kering idea nak buat entri...cuit sikit isu ciplak zaman dolu-dolu....

Kalau cerita pasal Helter Skelter Tiada Lagi Airmata atau Lefthanded Debungawangi tu dah kira biasa dah...lagu dia ciplak pun dari band popular...tapi yang ni aku konpem tak ramai tau...

try cekidot....

Rockers - Memori   Vs Sinner - The Storm Broke Loose


Rockers - Memori dari album Kekejaman 1988




Sinner - The Storm Broke Loose dari album Touch of Sin 1985


amacam?...sebijik tak?...tak bagi kredit langsung kat lagu asal...Ni lebih kurang sama kes macam Sofea Anak Liar la ni kan....




Tuesday, January 21, 2014

Lick It Up

Lagi entri yang terperuk dalam draf dari tahun lepas...

Menyambut ulangtahun ke 30 31


KISS - Lick It Up (1983)

Seperti kata Paul Stanley, "People were listening with their eyes rather than their ears". Album ini berjaya menaikkan kembali nama KISS kerana mereka menanggalkan make-up. Selepas zaman disco mereka kembali kepada hard rock/heavy metal dengan "Creatures of the Night (1982)". Sayangnya mereka seolah-olah telah dilupakan. Album tersebut gagal di pasaran.

Tetapi mereka memang hebat di segi marketing. Ada sahaja gimmick yang mereka lakukan. Menanggalkan make-up membuatkan mereka kembali menarik perhatian. Hasilnya Lick It Up menghasilkan platinum untuk mereka dan membuka jalan untuk Animalize (1984) bersaing dengan band-band heavy metal pada ketika itu.

Selain tanpa make-up, Lick It Up juga dikenali sebagai album yang mengiktiraf Vinnie Vincent sebagai gitaris baru mereka walaupun beliau sebenarnya terlibat sejak album "Creatures of the Night" lagi. Beliau mencipta 8 dari 10 lagu. Sayangnya kalau tidak kerana egonya yang tinggi, mungkin nama beliau boleh sebaris dengan Ace Frehley


Lick It Up mengikut acuan muzik hard rock/heavy metal awal 80an (era awal glam metal). Tiada keyboards hanya gitar bass drum dan anak tekak. Tiada balada. Straight hard rock/heavy metal. Vinnie Vincent dengan riff dan solo-solonya sedikit sebanyak mengubah muzik mereka ke arah tersebut.

Mungkin ini album terakhir mereka di era 80an yang boleh di anggap metal kerana mereka kembali menjadi poppy selepas dari ini.


 *** saya tidak mempunyai apa-apa memori terhadap album ini. KISS yang saya tahu hanya di tahun-tahun 70an. Kembali mendengar KISS selepas album Animalize. Tetapi kerana Lick It Up lah saya terjumpa Vinnie Vincent Invasion.



Monday, January 20, 2014

Vs Perak

Liga Super 18hb Januari 2014

Johor Darul Takzim 2  Perak 0
(Amri Yahyah 39′, Luis Figueroa 88′)

Dah lambat...tapi nak cerita jugak...tapi tak cerita pasal game la...tu dah basi...cerita pasal lain...ringkas-ringkas ajer...


Pasal tak cerita pasal game...tak letak gambar tiket...lagipun tiket bukannya ada tulis lawan apa pun..tapi yang ni tiket parking. Kat Stadium Larkin ni parking memang masaalah. Pandai Sekolah Agama ni ambik peluang. Boleh dikatakan ini adalah lokasi parking yang paling dekat tak payah berjalan jauh.

Tapi kalau yang nak balik cepat...tempat ini tidak di galakkan. Kalau sampai awal...kereta parking belah dalam...memang berjam la nak keluar tunggu kereta depan keluar dulu. Pernah kena hampir pkl 12 baru lepas...tu lum sangkut jem kat Larkin Perdana lagi selepas tu...tapi takper lah...parking sambil menderma la kan...dalam kawasan sekolah tu rasanya 60,70 biji kereta kot boleh sumbat...


Ni pulak perarakan B.O.S menuju masuk ke stadium. Apa dorang panggil Corteo ke apa ntah. Siap nyanyi-nyanyi bakar flare semua...Kat sini kot yang ada salah faham kata bas dan penyokong Perak kena baling bom asap...tapi apa yang nampak kat depan mata aku takder pulak macam tu...tak tau la kot-kot yang aku tak nampak...yang kecoh-kecoh masa abis game pun aku tak tau...tak nampak...masa aku balik aman damai ajer....mungkin setakat kes terpencil kot....biasa la...kat mana-mana pun ada jer yang nakal-nakal ni....tapi kadang-kadang yang tak pergi stadium pulak yang lebih-lebih...

Ok sekarang bab nak komplen...tapi mula-mula yang baik-baik dulu....

1- Dah ada surau baru dalam bangunan kat pintu B. Tak payah la sembahyang kat open space kat luar stadium lagi dan dalam stadium dah pasang azan time maghrib dan isyak. Tapi nak pergi surau tu memang mencabar la kalau ko duduk belah score board...jauh satu hal...sesak nak menuju ke sana satu hal...seat ko kena kebas lagi satu hal...kena kuat semangat la...

2- Air kotak dan air botol dah boleh bawak masuk...maknanya yang bawak anak tu boleh dah bawak botol bekal air masuk...dulu tak boleh...melampau dalam stadium dorang jual air mineral botol kecik sampai RM3...Burger kosong sejuk kejong dah tak boleh jual dalam stadium...baguslah tu...melampau mahal dorang ni...hanya KFC, Pizza Hut, Ayamas (produk JCorp) jer boleh jual...tapi tak jumpa aku dorang jual...kat luar ada la...mungkin sesak sangat tak ada ruang nak jual kot...

sendat macam sardin...foto dari Setia Johor FB
Ok...ni bab komplem...

1- Tandas memang hampeh...dah la kotor siap ada yang takder lampu...

2- Stadium sendat macam sardin. Semua ruang penuh orang. Kat pagar bawah pun sesak. Tangga pun dah tak nampak bayang. Nak terkencing nak pergi surau memang masaalah. Tu belum kalau ada berlaku hal kecemasan. Dari segi keselamatam memang fail.

3- Tak paham macamana boleh berlaku terlebih muatan ni. Teori aku ada 2 jer...Satunya pengurusan stadium jual tiket lebih dari yang sepatutnya. Kes nak untung lebih. Tu pasal banyak yang dapat tiket tambahan. Tiket yang takder tulis lawan apa tu...ntah berapa puluh ribu lah dorang main sumbat ajer...

4 - Keduanya kes orang bawak anak. Beli tiket 2 untuk laki bini tapi bawak anak masuk free sampai 5 orang kononnya pasal bawah umur 12 tahun. Lain la kalau anak 5 orang tu ko pangku semua. Ni tak...tak pasal-pasal 5 seat orang lain yang bayar tiket ko dah ambik dah...mana taknya terpaksa berdiri atau duduk kat tangga...ko tengok wayang...naik bas atau kapal terbang pun kena bayar seat untuk budak-budak...tak nak bayar lebih...sila jangan bawak anak...

5 - Aku rasa benda ni tak akan selesai selagi tak buat sistem tiket on-line dan buat seat bernombor. Kan senang nak kawal dari segi keselamatan semua. Dan tak payah la bersusah payah nak masuk awal pukul 5 sampai maghrib pun tinggal...Harap stadium baru kat Nusajaya nanti ada semua ni...

Ok dah...


Luaskan Kuasamu!







Thursday, January 16, 2014

Dallas Buyers Club

Banyak movie yang di tonton seminggu dua ni...tetapi antara yang menarik perhatian adalah....


Dallas Buyers Club (2013)

Memasuki tahun baru bermakna pengiat filem akan mula berfestival. Mungkin aku patut menonton kesemua yang tercalon untuk kategori filem terbaik macam yang aku buat tahun lepas. Tapi senarai Anugerah Academy Awards 2014 pun tak keluar lagi. Tapi salah satu yang aku yakin akan tercalon kalau tidak pun sekurang-kurangnya untuk anugerah pelakon terbaik adalah filem ni.

Semasa menontonnya aku dah terpikir...Matthew McConaughey dan Jared Leto sepatutnya layak mendapat pencalonan untuk anugerah pelakon dan pelakon pembantu terbaik. Tak sangka pula rupa-rupa hari tu mereka dah menang untuk Golden Globe Awards. Ternyata tekaan aku tepat.

Aku hampir-hampir tak kenal mereka terutamanya Jared Leto. Berlakon sebagai pengidap AIDS mereka berdua menjadi kurus kering. Mathew kehilangan 23 kg manakala Jared 14 kg. Hebat betul mereka berdua dalam menghayati watak.

Bukan penampilan sahaja, malah lakonan mereka berdua memang hidup. Jared Leto sebagai mak nyah bukanlah macam pelakon-pelakon Malaysia menjadi lembut. Aku harap mereka berdua boleh menang anugerah Academy walaupun sudah pasti saingannya sengit.

Filem ini berdasarkan kisah benar. Jalan ceritanya tontonlah sendiri. Ini bukan filem aksi atau komedi...tapi rating 8.1 di IMDB adalah alasan yang cukup kuat untuk kenapa anda patut menonton filem ini. (malangnya ianya bukan untuk tontonan sekeluarga...ada banyak juga adegan 18sx)

Rekomended!




Wednesday, January 15, 2014

Queen

Lagi yang tersangkut dalam draf dari tahun lepas...

Album klasik yang dah 40 41 tahun...


Queen - Queen (1973)

Lagu "Radio Ga Ga" dan "I Want to Break Free" mengenalkan saya kepada Queen. Rakan sekelas merangkap gitaris band zaman sekolah menengah saya sering menyanyikan "I Want to Breakfast" setiap kali kami turun ke kantin bila tiba waktu rehat. Sekurang-kurangnya itulah memori saya terhadap Queen pada ketika itu (tahun 1985 kalau tak silap). Lainnya memang tak ada. Tak ambil tahu. Pasal saya sangkakan mereka adalah kumpulan pop.

Mula berminat nak ambil tahu selepas mendengar lagu "Stone Cold Crazy" versi Metallica. Dan "Bohemian Rhapsody" dari filem Wayne's World benar-benar  mengubah persepsi saya terhadap Queen. Bermula dari situ saya mula menjejaki album-album awal mereka.

Pada saya Queen di tahun-tahun 70an adalah lebih menarik dari Queen di era 80an. Untuk Queen ni memang saya sokong kata-kata saudara PC Kokak "70s rules!!!" Album self-titled ini sebagai contohnya. Muziknya lebih metal berbanding album-album tahun 80an yang lebih kepada muzik new wave dan pop. Lagu-lagu seperti "Radio Ga Ga", "I Want to Break Free" dan "Another One Bites The Dust" adalah contoh yang nyata.


Imej mereka pun lebih menarik. Zaman rambut panjang. Pada mat-mat metal yang ragu-ragu dengan Queen, album ini bersama beberapa album awal mereka memang sangat rekomended. Memang ada feel early 70's Prog-rock/metal album. Walaupun ini album pertama mereka tetapi produksinya tip top. Queen memang tak sama dengan band-band rock 70an yang lain. Mereka unik. Kerja gitar Brian May memang sedap. Tak hairanlah kenapa  dia menjadi idola kepada ramai gitaris metal kemudiannya.

Lagu-lagu seperti "Keep Yourself Alive", "Doing Alright", "Liar", "Great King Rat", "My Fairy King" dan lain-lain pada saya jauh lebih bagus dari lagu-lagu Top 40 mereka di zaman 80an.

Saya cukup bersetuju bila ada fan yang berkata "Believe me, there is much more to Queen than what comes out of radio waves or MTV!"  Terbaik!!!





Tuesday, January 14, 2014

MASJID SULTAN ISMAIL, MUAR

Entri sempena maulud nabi....


Kalau nak bercerita perihal Masjid Sultan Ismail ni, kena juga rujuk kepada Masjid Sultan Ibrahim seperti entri aku yang >INI<

Kira ni kembar dia la...


Ini kerana masjid ini adalah replika kepada Masjid Sultan Ibrahim yang terletak bertentangan dengannya di seberang sungai Muar. Di bina pada tahun 2002. Ianya adalah masjid yang terbesar di Muar. Juga dikenali sebagai Masjid Jamek 2.


Terletak di kawasan perindustrian Tanjung Agas, Muar iaitu di tebing utara sungai Muar. Kalau dari Bandar Muar, kena menyeberang jambatan Sultan Ismail (jambatan pertama) dan ianya terletak di sebelah kiri jalan.

Masjid Sultan Ibrahim di seberang sungai

Perbandingan antara kedua-dua masjid yang aku terjumpa dalam internet

**Replika kepada masjid Jamek Sultan Ibrahim (MJSI), bercirikan senibina Inggeris.

**Menara azannya lebih besar & setingkat lebih tinggi drpd MJSI.

**Rekabentuk dalamannya juga menerapkan nilai2 senibina dalaman MJSI. Perbezaan hanyalah dari segi bahan binaan, saiz & kehalusan seni pembuatannya.




**Siling di sini adalah siling plaster gypsum yang bercorak sedangkan siling di MJSI masih menggunakan siling fibreboard 4x4 ber`beading' kayu yang dicat.

**Lantai masjid ini disudahi dengan jubin manakala MJSI pula berlantaikan marmar putih bercorak. Ruang solat utama untuk kedua-dua masjid disudahi dengan permaidani.

**Bentuk/corak pintu2 masuk di sekeliling ruang solat utama adalah serupa dengan MJSI.



**Tiang2 Roman yang berjejeran di dalam ruang solat utama juga adalah versi yg sama, cuma di sini ianya berfungsi sebagai struktur penyokong tingkat mezanin & juga bumbung sedangkan di MJSI ianya sebagai penongkah bumbung sahaja.

**Bentuk dan saiz mimbar seakan-akan sama, tetapi tidak seiras. Kedudukan tangganya adalah serupa. Yang ketara berbeza adalah bahan buatannya serta seni ukirannya yang mana di sini ianya diperbuat drpd. kayu berukir halus sedangkan di MJSI ia dibuat dari logam yang diukir juga.



**Dinding belakang mimbar serupa dengan MJSI, cuma berlainan warna catnya.

**Ruang wuduk berbentuk bulat di kedua-dua masjid. Namun di sini ianya berbumbung kubah sedangkan diMJSI ruang wuduknya dibiarkan lopong utk menadah air hujan.

**Kedua-dua masjid dicat dengan warna yang serupa dibahagian luar bangunan, iaitu putih & biru. Di bahagian dalam warna catnya berbeza.


Ruang dalamnya memang besar. Dikatakan boleh menampung lebih kurang 5,000 jemaah didalam satu masa...Tapi sayangnya seperti dalam gambar...Jemaah Asar pada hari aku kat sini tak sampai pun 10 orang jumlahnya...tu pun campur dengan budak-budak....Beginilah nasib masjid....







Monday, January 13, 2014

Sudah Sampai Sini - 4H3M Langkawi



Percutian sempena cuti sekolah bulan dec yang lepas....Cadangnya hanya bercuti 3 hari 2 malam tetapi akhirnya terlajak menjadi 4 hari 3 malam....

Anak-anak la yang paling gembira la kan...
Ini adalah kali ke 4 aku kesini. Kali terakhir adalah berbelas tahun yang lalu...tak ingat dah...tapi kalau tak silap ketika anak sulong aku berusia setahun....ini dia pun dah besar panjang dah...


Banyak betul perbezaannya...Paling ketara kawasan Pantai Cenang. Dulu area situ hutan lagi kawasannya. Lengang ajer. Underwater World tu satu jer bangunan yang ada. Sekarang aku nak cari kat mana chalet yang duduk dulu pun dah tak jumpa dah. Sesak dengan manusia. Kiri kanan jalan dah penuh bangunan kedai,hotel dan macam-macam lagi sampai pantainya pun dah tak boleh nampak dari jalanraya. Cepat betul berubahnya.


Kali ni memang tak nak mandi laut..so tak ambil chalet. Ambil homestay. Kat sini melambak homestay yang murah dengan servis yang bagus. Siap ada astro dan wi-fi. Tambah pulak homestay ni lebih selesa dan jimat kalau kita dalam jumlah yang ramai.


Ada beberapa tempat yang aku malas nak pergi pasal dulunya dah pergi tapi disebabkan anak-anak belum pernah pergi terpaksalah layan pergi....dan ternyata tempat-tempat tu memang jauh dah berbeza antaranya Makam Mahsuri dan kawasan beras terbakar tu...nanti lah time rajin aku buat entri khas tiap-tiap satu...


Sambil aku bebel ni...layan jer la gambar-gambar macam yang kat atas ni la yer...hihi...


Ada 3 perkara yang aku teringin nak buat bila pergi Langkawi kali ni yang aku belum pernah buat dulu...tetapi cuma berjaya buat 2 daripadanya...


Naik cable car...(dulu masa aku pergi lum ujud lagi cable car ni)... dan menyusur sungai (mangrove tour) dengan bot....sayangnya yang ke 3...Island hopping tour tak sempat nak buat pasal tak cukup masa....pasal terpaksa melayan orang rumah shoping coklat dan pinggan mangkuk...memang murah la kan...tu pun dah tambah satu hari...pengsan kalau nak tambah lagi....


Aku tak beli apa-apa pun....cuma dapat bendalah ni wife yang belikan...thanks dear....walaupun menjadi penyokong team yang logonya kat atas ni pada waktu ini memang sangat memerlukan ketabahan...hahaha....


see yaa....nanti rajin aku buat entri pasal trip gi Langkawi ni lagi....



Friday, January 10, 2014

Crises

Saki baki entri yang tersangkut dari tahun lepas...

Antara album yang menarik dari 30 31 tahun yang lalu.


Mike Oldfield - Crises (1983)

Lama dah cari album ni. Mungkin bagi pengemar lagu-lagu progessif mereka lebih tahu Tubular Bells. Tetapi bagi saya kalau sebut Mike Oldfield yang saya tahu cuma "Moonlight Shadow".

Sedari budak-budak di tahun 80an, saya sememangnya cukup suka pada lagu "Moonlight Shadow". Suka betul dengan melodi dan solo giatrnya. Tetapi memang saya tak kenal siapa penyanyinya. Dulunya saya sedikit konpius adakah Mike Oldfield ni lelaki atau perempuan kerana lagu ni penyanyinya bersuara perempuan. Maklum lah zaman belum wujud perkataan google. Kemudiannya baru lah saya tau yang Mike Oldfield ni seorang pemuzik instrumental. Yang menyanyi lagu tersebut adalah penyanyi jemputan bernama Maggie Reilly.

Yang menariknya lagu ini juga menjadi kegemaran isteri dan anak-anak perempuan saya sekarang. Kalau di dalam kereta memang lagu ni lah yang asyik disuruh pasang berulang-ulang kali. Sehingga sekarang ini lah antara lagu yang kami anak beranak boleh enjoy dengar bersama-sama. Kalau Iron Maiden...jangan haraplah...tu saya kena dengar sorang-sorang...hahaha...

baca cerita mike pasal heavy metal

Tak sangka pula terjumpa cdnya di "stok e" dengan harga di bawah RM18. Pernah cuba mendengar Tubular Bells. Tetapi agak sukar nak hadam. Maklum lah telinga saya memang tak terlatih untuk mendengar lagu-lagu progressif rock yang panjang-panjang. Tetapi Crises berlainan, Lagu-lagunya lebih pendek. Cuma lagu yang menjadi title track "Crises" sahaja yang berdurasi 20 minit lebih. Yang lainnya pendek-pendek. Seperti kata Mike sendiri dia cuba untuk mengikut peredaran zaman dengan menjadi lebih komersial.

Yang paling saya suka dia cuba menjadi hard rock dengan "Moonlight Shadow" dan "Shadow on the Wall". Pernah terbaca yang beliau mengatakan 3 lagu ("Crises", "In High Places" dan "Taurus 3") adalah selera beliau iaitu lagu-lagu yang jenis progresif pop/rock manakala 3 lagu yang lainnya adalah untuk pasaran dan mengikut peredaran zaman. Yang nyatanya "Foreign Affair" memang berbunyi seperti lagu-lagu new wave UK dizaman 80an.

Selain "Moonlight Shadow" dan "Shadow on the Wall" yang sedikit rock. Saya juga tertarik dengan lagu "In High Places". Sekali dengar saya dah terbayangkan kumpulan Yes. Rupa-rupanya memang yang menyanyi itu adalah penyanyi YesJon Anderson. Padan lah sebijik.

Apa-apa pun bagi saya kalaulah Mike Oldfield lebih menumpukan kepada sound gitar bukannya synthesizer tentunya lagu-lagu beliau lebih menarik. Beliau sebenarnnya seorang gitaris yang baik.




Thursday, January 9, 2014

Pyromania


Penghabisan stok entri dari tahun lepas.....

Album kegemaran yang dah capai 30 31 tahun...



Def Leppard - Pyromania (1983)

Sebenarnya dah pernah cerita pasal album ni dulu. Rujuk >SINI< Tu yang agak lama entri ini tersangkut dalam draf pasal tak tau apa lagi nak di ceritakan sempena 30 tahun dah album ni tahun lalu.

Senang cakap ini adalah album Def Leppard kegemaran saya di zaman kegemilangan NWOBHM. Hysteria pun bagus cuma mereka pada ketika itu telah pun berubah menjadi pop metal. Seolah-oleh mendengar kumpulan yang berbeza. Foolin' akan sentiasa segar menjadi lagu yang mengingatkan zaman persekolahan saya.

Cuma satu yang secara kebetulannya...semalam pada 23 tahun yang lalu...Steve Clark telah meninggal dunia. Perginya dia seolah-oleh berakhirnya Def Leppard pada saya. Def Leppard tidak akan sama tanpa lagu-lagu dan petikan gitar Steve Clark.

Kalau cerita bab Steve Clark ni teringan juga nak baca buku memoir Runway RunAway: A Backstage Pass to Fashion, Romance & Rock 'n Roll yang di tulis oleh bekas tunang dia Lorelei Shellist. Pasal dalam buku ada cerita pasal dia. Sayangnya masih belum berpeluang...



 Switch 625

In memory of Stephen Maynard Clark (23 April 1960 – 8 January 1991)...thank you for the music.



Wednesday, January 8, 2014

Vs Pelita Bandung Raya

Perlawanan Persahabatan
07hb Januari 2014

Johor Darul Takzim 1  Pelita Bandung Raya (Indonesia) 1
(Safee Sali 75')


Catatan secara ringkas...

1 - Kali ni masuk kena bayar tak macam masa 3 game friendly yang lepas.

2 - Penonton hampir penuh...walaupun hari ni hari bekerja...cuma sikit kosong kat grandstand dan bahagian bawah tempat duduk scoreboard. Bahagian bawah tu kalau duduk pun memang sakit hati pasal lindung dengan pagar...harap lepas renovation nanti takder dah pagar-pagar macam ni.

3 - Scoreboard dah ada kemajuan...siap ada visual gambar player-player semua. Harapnya lepas renovation lebih canggih la...boleh tengok replay gol semua...


4 - Tu hari masa game ngan Melaka papan iklan elektronik keliling stadium tak bukak...kali ni bukak...baru style macam europe....cumanya bila dia keluar iklan yang background putih tu...tak nampak bola pulak dah...

5 - B.O.S punya chant start lambat...8 lebih baru mula...mungkin pasal team lawan takder team sorak....buat penat jer sorak awal-awal...tapi orang keliling aku buat joke...capo dorang kena kerja overtime...datang lambat...tu yang start lambat...hahaha...

6 - Pelita Bandung Raya ada bawak penyokong juga...tapi tak ramai...adalah dalam 20-30 orang...duduk kat celah2 penyokong JDT bukannya tempat biasa away punya seat....Nasib polis jaga...pasal ada juga sikit kecoh kat situ....apa la dorang ni...tengok bola je kot....

7 - JDT punya permainan memang tak sama macam musim lepas...kali ni memang ada ala2 team spain atau arsenal...tiki taka....cumanya siapa yang biasa tengok team BPL main laju memang bosan la...kena pulak kalau tak gol....sumpah aku memang bosan tengok Barcelona atau Arsenal main...depan gol pun nak tab passing member...

8 - JDT banyak peluang dan control hampir 90% game...tapi Pelita serang sekali terus gol...sama kes macam lawan Melaka tu hari...cumanya letih tengok taktikal melambat-lambatkan game dorang...pantang tersentuh asik berguling-guling konon injured...

9 - Rasanya Jiménez dah nampak bayangan 1st elevennya...tak banyak tukar-tukar player dah...paling respek pemain bek kiri no 33 JDT...Fazly Mazlan...pemain tempatan...bukan star yang setiap game dapat main 1st eleven. Ni buktikan yang star pun kalau main hancus tetap tak akan dapat main.

10 - Antara pemain yang dah 2 game aku rasa paling menonjol selain Aimar adalah Mahali dan Amirul Hadi...kalau dorang konsisten main macam ni memang tak rugi la bayar mahal....juga gandingan CB Aidil dan Baihakki...memang kebal la...dan tak lupa juga Safee Sali...lepas kawin ni makin ligat..heheh...

Mak aii...terpanjang pulak...kononnya nak ringkas...hahaha...

anak aku keletihan...siang sekolah...tidur sepanjang 2nd half....sejak2 dah sekolah memang hari-hari tidur cepat...kesian pulak tengok....sedar2 tanya siapa menang...mungkin akan datang kalau game hari sekolah tak akan bawak anak...

Ok dah....kang yang haters tu nyampah pulak aku tulis panjang2....hahaha...sabtu ni ada lagi friendy...tapi aku tak pergi kot...tunggu liga start ajer la...



last...pesan memesan sesama kita...tempat sembahyang memang dah sedia ada...kalau boleh tunaikanlah apa yang wajib...


***1st time takder bakar suar/flare...kempen menjadi nampaknya...