Thursday, January 9, 2014

Pyromania


Penghabisan stok entri dari tahun lepas.....

Album kegemaran yang dah capai 30 31 tahun...



Def Leppard - Pyromania (1983)

Sebenarnya dah pernah cerita pasal album ni dulu. Rujuk >SINI< Tu yang agak lama entri ini tersangkut dalam draf pasal tak tau apa lagi nak di ceritakan sempena 30 tahun dah album ni tahun lalu.

Senang cakap ini adalah album Def Leppard kegemaran saya di zaman kegemilangan NWOBHM. Hysteria pun bagus cuma mereka pada ketika itu telah pun berubah menjadi pop metal. Seolah-oleh mendengar kumpulan yang berbeza. Foolin' akan sentiasa segar menjadi lagu yang mengingatkan zaman persekolahan saya.

Cuma satu yang secara kebetulannya...semalam pada 23 tahun yang lalu...Steve Clark telah meninggal dunia. Perginya dia seolah-oleh berakhirnya Def Leppard pada saya. Def Leppard tidak akan sama tanpa lagu-lagu dan petikan gitar Steve Clark.

Kalau cerita bab Steve Clark ni teringan juga nak baca buku memoir Runway RunAway: A Backstage Pass to Fashion, Romance & Rock 'n Roll yang di tulis oleh bekas tunang dia Lorelei Shellist. Pasal dalam buku ada cerita pasal dia. Sayangnya masih belum berpeluang...



 Switch 625

In memory of Stephen Maynard Clark (23 April 1960 – 8 January 1991)...thank you for the music.



8 comments:

  1. baru je beli kompilasi vault def leppard bbrp mggu lps...

    ReplyDelete
  2. Trek feveret "Too Late For Love"

    ReplyDelete
  3. Yang las vegas dvd tu aku geli tengok kat youtube, apa sey phil collen cam bapok tunjuk musel gitu. Dah la vivian campbell ada. Aku tak minat sangat persembahan dorang. Maybe aku nak beli cd dia aje.
    Ni tunggu las vegas tahjn ni pyromania full kan. Mesti syok la lagu2 pyromania complete. Stagefright terbaik.

    ReplyDelete
  4. Phil Collen cam bapuk? hehehehe VIVA Las vegas Hysteria

    anyway sound concert tu sedap...kalau tengok visual memang cam geli sikit arr...layan muscle ketak2 perut phil collen semacam tengok show Magic Mike, hehehe.

    satu lagi gitaris yang aku tak tahan geli tengok six pack dia : Matthias Jabbs

    ReplyDelete
    Replies
    1. oii...jangan kutuk Matthias Jabbs...tu gitaris pojaan zaman budak2 tu...tapi sekarang dia dah botak...heheh...

      Delete
    2. Kslau konsert sy lebih rela duk belah kanan (rudolpf schenker) walaupun beliau sudah tiada misai lagi.

      Delete