Tuesday, June 10, 2014

Bust a Nut

Lagi sebuah album dari band metal 80an yang dah genap usia 20 tahun...


Tesla - Bust a Nut (1994)

"In 1994, hard rock was on life support. Unless a band was wearing flannel and sung about how much their life sucked, chances are they didn’t get any airplay."

Begitulah nasib Tesla.

Secara jujurnya, saya sedikit ragu-ragu ketika membeli kaset album ini 20 tahun yang lalu. Maklumlah, kebanyakan band-band tak kira metal atau hard rock mula berubah bila memasiki era 90an.

Tetapi sebaik sahaja mendengar lagu track pertama "The Gate/ Invited", saya sudah mula tertarik dengan album ini. Ternyata Tesla tidak pernah berubah. 2 lagu berikutnya, "Solution" dan "Shine Away" membuktikan mereka tetap seperti dahulu. Riff-riff berat Frank Hannon dan Tommy Skeoch masih seperti dulu. Mungkin sahaja lagu sebegini boleh dipanggil sebagai heavy metal. Memang seronok bila masih ada band yang berani mengekalkan identiti muzik mereka tanpa mengira apa zaman pun.

Sayangnya ramai peminat mereka seperti saya. Was-was dan ada yang langsung mengabaikan album ini. Mungkin susah untuk menyaingi album-album kegemilangan mereka di tahun 80an seperti Mechanical Resonance dan The Great Radio Controversy. Susah pada saya bukanlah dari segi lagunya. Tetapi lebih kepada kenangan yang ada. Malah album ini banyak mengandugi lagu-lagi yang sedap. "Try So Hard", "Shine Away" dan "Mama’s Fool" adalah antara lagu sedap yang sering dimainkan mereka secara live. Malah "A Lot To Lose" juga menjadi lagu wajib persembahan live mereka sekarang.


Mendengarnya sekarang berbanding 20 tahun yang lalu membuatkan saya lebih menghargainya

Sehingga sekarang saya tidak pernah bersetuju bila Tesla di dikaitkan dengan band-band glam/hair metal. Pada saya konsep penampilan dan lagu mereka adalah berbeza. Tesla hanyalah sebuah band hard rock (kalau dulu-dulu masih dipanggil heavy metal) yang kebetulan muncul dizaman glam/hair metal sedang memuncak.

Tak kisah lah apa genre pun. Tapi yang pastinya...No grunge. No keyboard. Ini adalah "straight hard rock heavy rock 'n roll".

Tabik untuk Tesla!





10 comments:

  1. Replies
    1. semua perasan nak jadi eddie vedder kot...heheh...

      Delete
  2. haha.. sukanye aku baca first line..
    arrrgghhh life sucks!! argghh life sucks!! hihihi...
    Tesla ni unik la ye? ni dorang dah keluar new album.. everlasting ni band ye.
    sampai skarang aku tak beli2 yang 5 man accoustical jam cd tu



    ReplyDelete
    Replies
    1. album baru Tesla "'SIMPLICITY" sekarang no 1 kat amazon.com bagi kategori hard rock/metal

      Delete
  3. Aku dulu pun ingat Tesla ni band clam/hair metal gak..mcm Europe gak kan dulu ramai ingat diorang ni band glam

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi Europe zaman Final Countdown memang glam pun...

      Delete
  4. Tesla yg ni aku dapat under Cdr1M. Tapi cd je le...inlay x de

    ReplyDelete
  5. baru keluar album baru band ni..

    ReplyDelete
  6. Tesla... band yang tak follow langsung pasal kes di atas... ragu ragu

    ReplyDelete
  7. Nie macam Helloween masuk EMI sekejap tue kot..

    ReplyDelete