Wednesday, June 25, 2014

Japandemonium

Sempena Jepun tersingkir dari world cup....heheh..

Antara album live kegemaran dari 20 tahun yang lalu.


Mr Big - Japandemonium (1994)

Album ke 3 dari siri live Raw Like Sushi terbitan dari Jepun. Di rakamkan di Koseinenkin Hall, Tokyo, Jepun pada 29 Oktober 1993.

Mereka memang popular di Jepun. Ada banyak rakaman live mereka di Jepun yang diterbitkan. Tapi kalau tak silap, Raw Like Sushi yang pertama tu bukanlah rakaman live di Jepun. Cuma albumnya sahaja diterbitkan di Jepun.

Mereka sememangnya pemuzik yang hebat. Tahap dewa punya skill. Sememangnya tiada masalah untuk persembahan live. Dari lagu berat dan laju seperti "Colorado Bull Dogs" sehingalah lagu mid-tempo macam "Green Tinted Sixties Mind" hingga ke lagu perlahan macam "Wild World", semuanya tip top. Tak pernah dengar pula mereka ada  buat "touch-up" untuk album-album live mereka.


Antara highlight sudah tentu-tentunya persembahan solo dari Paul Gilbert dan Billy Sheehan. Ni dua orang memang idola. Paling suka masa dia guna electric drill. Hebat!. Tiada nak komplen sangat, Kalau boleh nak cari dalam bentuk cd. Cuma sayangnya mereka tak main lagu-lagu laju macam "Daddy, Brother, Lover, Little Boy" dan "Addicted To That Rush".

Feeling abis dengar  "Promise Her The Moon" versi live ni. Memang lunak vokal Eric Martin. Tambah menarik 2 lagu bonus album ni pun sedap. Terutamanya "Seven Impossible Days".

Terbaik!




6 comments:

  1. bai-bai jepun...
    mr big, macam pena dgr juga nama ni, rasa macam bukan band rock.. rupanya band ni ya...

    ReplyDelete
  2. bila aku terjerumus dlm dunia kegitaran 5-6 tahun yg lepas barulah aku kenal siapa gilbert dan sheehan... sblm tu cuma tau nama band je

    ReplyDelete
  3. Live at budokan pun Layan gak..banyak lagu best

    ReplyDelete
  4. dh lama bebenor wak x gi jepon.,uHUuu

    ReplyDelete
  5. mr big lagu sedap2 ye.. promised her the moon pun sedap..

    ReplyDelete
  6. mr.big penah buat konsert di malaysia...siapa tahu...aku tgk

    ReplyDelete