Tuesday, June 3, 2014

Live - The Island Years

Antara album live kegemaran dari 20 tahun dulu..


Anthrax - Live - The Island Years (1994)

Walaupun album ni sebenarnya hanya untuk melengkapkan kontrak. Soundnya pun tak berapa nak best. Tetapi ianya tetap sebuah album yang berbaloi untuk dimiliki. Terutamanya untuk peminat Anthrax yang sukakan klasik line-up mereka. Joey Belladonna/Scott Ian/Dan Spitz/Charlie Benante/Frank Bello

Tambahan pula ini adalah satu-satunya album live rasmi dari mereka pada zaman tersebut. Bolehlah dikatakan mengandungi kesemua lagu-lagu popular mereka. 8 darinya dirakamkan secara live di konsert mereka di California pada tahun 1991 manakala selebihnya adalah rakaman live depan penonton dari dalam studio untuk suatu program khas radio pada tahun 1992.


4 lagu live dari dalam studio tu soundnya lebih sedap. Walaupun kurang feelnya "live"nya. Lagu-lagu tersebut adalah "I Am the Law", "Metal Thrashing Mad", "In My World" dan  "Now It's Dark". Sayangnya tiada pula lagu "Among the Living".

Manakala yang live konsert tu sudah semestinya saya nak dengar bagaimana kolaborasi antara mereka dengan Chuck D dan Public Enemy. Ternyata "Bring the Noise" memang best bila dinyanyikan secara live. Terbaik!

Masih mencari album ini dalam bentuk cd. Memang sesuai untuk dijadikan koleksi. Tambahan pula saya sememangnya peminat solo-solo gitar dari Dan Spitz. Pernah terpengaruh memakai jersey American Football semata-mata kerana beliau sering memakainya.




6 comments:

  1. aku tahu mereka ni the big four.. sama ngan metalika,megadet,slayer... hehe betul kah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak belajar dengar thrash...Anthrax adalah salah satu yang wajib...heheh...

      Delete
  2. ya, bring the noise, first dengar yang live kat kaset ni was like wahhhh best la.
    Tu jam aku minat Arrested Development haha, sedap wooo Everyday People.


    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...tu jam MTV selalu main lagu Arrested Development...lagi satu Mr. Wendal ker apa...dah selalu terdengar...sedap la pulak...

      Delete
  3. Memang best dengar bring the noise dalam album ni..
    Err..aku pun tepengaruh jugak dengan "baju nombor" tu dulu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju nombor lengan 3 suku tu memang suka betul aku...siap beli kat Padang Besar lagi...

      Delete