Wednesday, June 4, 2014

Throwback : Pretty Woman



Pretty Woman (1990)

Entah kenapa saya suka filem ni. Dulu ada rakan perempuan pernah cakap, "Thrash pun minat filem cintan ker?...tak sangka betul?"...hahaha...biasa la...dalam hati ada taman...seluar koyak main cinta....huhu...

Baru-baru ini berpeluang menontonnya semula di Astro. Ianya mengembalikan semula ingatan saya kepada zaman saya masih seorang pelajar di ITM Segamat. Setiap kali hari jumaat saya dan beberapa rakan akan bermalam di rumah abang salah seorang rakan di Kuaters Hospital Segamat. Kebiasaanya abang beliau akan pulang ke kampung di Muar setiap pagi jumaat dan kembali pada hari sabtu. Makanya rumah beliau akan menjadi "port" bagi kami pada setiap malam sabtu. Selain melepak di stesen keretapi berdekatan, kami akan menjadikan setiap malam sabtu itu adalah malam menonton VHS. (iyer...zaman tersebut  1990...1991 masih tak ujud lagi vcd apatah lagi dvd)

Biasanya menonton koleksi VHS abang beliau, atau berkongsi menyewa tape VHS di pekan Segamat. Macam-macam filem termasuklah yang kaler biru (hahahaha...biasalah zaman budak-budak nakal). Antara filem yang terkesan adalah filem ini. menontonnya sampai 2 minggu berturut-turut. Ianya mengenalkan saya kepada Julia Roberts. Menjadi fan beliau semenjak dari ini. Saya tidak berapa mengemari Richard Gere. Pada saya lakonan beliau lembik ala-ala hero filem melayu. Tapi untuk Pretty Woman...tak kisah la...saya maafkan beliau.

Selain ceritanya, soundtracknya juga sedap. "King of Wishful Thinking - Go West" dan "Fallen - Lauren Wood" memang sedap. Pertama kali juga mendengar versi "Oh, Pretty Woman - Roy Orbison". Biasanya hanya versi Van Halen sahaja.

Dan filem ini juga membuatkan antara sebab saya suka Roxette. "It Must Have Been Love" membuatkan saya rasa nak jatuh cinta pada Julia Roberts. Tapi tak kisah lah kalau soundtracknya tiada lagu heavy metal...tapi kalau anda perhatikan betul-betul...pada babak-babak terakhir filemnya. Semasa Vivian (Julia Roberts) menjenguk di tingkap biliknya tu pasti anda akan nampak poster besar RATT kat situ...hahaha...janji ada metal... :P

Jiwang ker apa...ini adalah antara filem romatik komedi kegemaran saya.








6 comments:

  1. Replies
    1. tajuk takder thursday...so bantai hari apa pun boleh,,,heheh...

      Delete
  2. kiranya ni filem klasik lah juga... aku ada tgk online ceta the girl next door, memang kelaka.. budak kolej jatuh cinta ngan pelakun porn.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. Ramai kawan2 pompuan aku cakap kenal roxette melalui filem ni..pasal lagu it must have been love tu..

    ReplyDelete
  4. tu jam zaman videotape faces of death pun kan? bongok betul aku, percaya la semua dalam faces of death tu haha..
    kira sapa dapat tengok video tape faces of death popular la, pasal nanti semua keliling nak dengar...
    lagi la, nasik tambah la adegan2 tu kasi lagi lebih exciting haha.

    ReplyDelete