Monday, June 2, 2014

Whitesnake's Greatest Hits

Lagi album kompilasi yang dah berumur 20 tahun...


Whitesnake - Whitesnake's Greatest Hits (1994)

Nak kata koleksi semua lagu terbaik. Tak juga. Ianya hanyalah himpunan lagu-lagu Whitesnake dari zaman "hair metal" mereka ( circa 1984 - 1989). Nak kata semua lagu terbaik dari zaman tersebut pun tak juga. Kerana kompilasi ini lebih menumpukan kepada lagu-lagu yang berentak perlahan.

Tapi tak kisah lah. Kalau nak cari kompilasi album-album awal mereka (1978-1982), boleh sahaja beli cd "The Early Years". Tak pun kalau nak yang betul-betul lengkap punya kompilasi, cuba cari cd "30th Anniversary Collection". Kalau tak yang ini pun dah ok.

Sesuai untuk sesiapa yang baru nak kenal Whitesnake. Bolehlah dikatakan semua lagu popular ada. Yang penting sudah semestinya "Still of the Night". Ni kira lagu wajib. Antara all time favourite ni. Siapa boleh lupa Tawny Kitaen?

Boleh juga dengar perbezaan antara zaman John Sykes dan Steve Vai. Sayangnya tak berpeluang nak dengar Adrian Vandenberg.


**tak beli cdnya walaupun pernah terjumpa kat Estock harga dalam RM13 lebih. Sebabnya tiada yang menarik. Semua lagu saya dah ada. Kompilasi ini semua lagu standard. Tak ada bonus track mahupun unrelease track. Sesuai untuk yang tak pernah ada album Whitesnake.





5 comments:

  1. ermm.. band yang aku terlepas pandang....lebih ke DP dan Rainbows

    ReplyDelete
  2. Ini album aku ada versi cd..betul,Kalo takda lagu still of the night tu mmg tak bole di panggil greatest hits la...heheh

    ReplyDelete
  3. koleksi ni hebat setiap lagu best...

    ReplyDelete
  4. tapi takde sailing ship kan? aku masih ingat lagi la koleksi ni selalu kat discman aku tu jam haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sailing ship takder...ada 2,3 lagu aku suka takder...Give Me All Your Love contohnya....tapi kalau malas nak bawak banyak2 cd WS...kompilasi ni memang dah cukup ngam dah...

      Delete