Tuesday, October 28, 2014

Divine Intervention

Kaset yang dah 20 tahun.


Slayer - Divine Intervention (1994)

Membelek album-album dari tahun 1994, baru saya perasan yang saya tidak mempunyai album ini dalam bentuk cd.

Secara jujurnya ini adalah album terakhir Slayer yang betul-betul saya ikuti. Saya agak kurang berminat dengan arah tuju mereka selepas dari ini terutamanya album punk (Undisputed Attitude - 1996) dan experimental (Diabolus in Musica - 1998).

Dengan Divine Intervention, maka berakhirnya era klasik line-up Slayer. Pada pendengaran telinga seorang buta muzik seperti saya, ketukan drum Paul Bostaph memang berbisa. Laju dan power!. Cumanya tak boleh nak lawan feel dan groove ketukan drum Dave Lombardo. Ianya seperti terlampau mekanikal...dah macam drum machine. Tapi memang perlu diakui, ianya hebat!.


Tetapi Slayer memang selayaknya di puji. Walaupun banyak band lain telah berubah. Mereka tetap dengan thrash (pada ketika itu lah). 4 tahun menuggu album baru mereka, sayangnya pada saya album ini agak kurang variasi. Lagu-lagunya yang berbunyi seakan-akan sama kesemuanya membuatkannya saya sedikit kebosanan. Tetapi sekurang-kurangnya ia menjadi penawar bagi saya kerana ianya jauh lebih bagus jika hendak dibandingkan dengan bebarapa band yang seangkatan dengan mereka.

Menarik tetapi tak boleh nak lawan 3 serangkai masterpiece thrash mereka, Reign in Blood, South of Heaven dan Seasons in the Abyss.






6 comments:

  1. kaset ada ke inlay kat dalam foto2 cam gitu?
    aku dah lupa dah zaman ni.. haha.
    Anyway, tu jam belajar la pasal English2 ni semua, apa makna divine intervention la apa la... maklum.. takut... tersebut2 sekali ayat2 sembahyang agama kristian ke hapa kan?
    hahaha... those were the days...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu inlay kaset la tu...aku tak pernah tengok cd punya macamaner...

      Delete
  2. Paul Bostaph memang power... cuma kita bias disebabkan status 'dewa' yang ada pada Dave Lombardo.

    ReplyDelete
  3. aku pun beli album slayer sampai yang live double kaset tu jer..lepas tu dah tak follow dah tapi yang 3 serangkai masterpiece tu memang aku setuju sangat..

    ReplyDelete
  4. album ni amat sedap pada saya. Dittohead antara lagu terlaju slayer. Disini juga bermula titik tolak masalah kesihatan Jeff Hanneman. Beliau ada masalah athritis dan gout yang agak teruk bermula pada era album ini. Ada juga interview lama yg mengatakan disesetengah konsert slayer pd tahun 94-96, jeff tak bermain diatas stage utk lagu lagu yg laju atas sebab pergelangan tangan beliau selalu sakit. RIP jeff.

    ReplyDelete