Ella - U.S.A (1994)
Unik. Syuga. Asli....Sedar tak sedar dah 20 tahun rupanya usia album ini. Banyak kenangannya. Antaranya menonton konsert tour Ella-U.S.A di Stadium Tertutup MBJB. Ketika itu Khalid Mubin (Rusty Blade), Zan (Rusty Blade) dan Yem Bai (BPR) menjadi band pengiring. Super group tu. Memang best.
Sayangnya mereka tidak bermain untuk rakaman album ini. Maklumlah, selepas kejayaan besar 30110, (mencipta rekod abum yang paling tinggi jualannya di Malaysia pada ketika itu sebelum dipotong oleh album pertama Raihan kemudiannya). EMI berbelanja besar untuk Ella. Rakaman dilakukan di California. Semua pemuziknya mat salleh kecuali mamat jepun Kyoji Yamamoto.
Siapa Kyoji Yamamoto?. Sila google Bow Wow atau Vow Wow ketika zaman mereka di UK. Seangkatan dengan Loudness dan Eartshaker ni. Memang gitaris hebat. Beliau juga bertindak sebagai penerbit dan penyusun muzik untuk album ini. Maka tak hairanlah sound album ini memang sangat berkualiti. Memang hebat. Tip Top.
Kaset ini dibeli ketika bulan ia dilancarkan (feb 1994)...di dalamnya ada booklet lirik,info dan gambar-gambar Ella |
Yang lebih menarik pada saya Ella sendiri turut terlibat dalam proses pembikinannya. Menjadi penerbit bersama dan menulis lirik. 9 buah lagu liriknya ditulis oleh beliau. Tak kisahlah walaupun lirik-liriknya bukanlah setaraf lirik arwah Loloq.
Nak kata semua lagunya saya suka...kira boleh lah...tapi saya lebih mengemari album 30110. Album ini mengembalikan memori di tempat pertama saya berkerja. Ketika itu saya terpaksa "stay back" di pejabat hampir setiap malam...yang ada masanya hingga ke pukul 1 pagi. Album ini menjadi peneman kerana salah seorang rakan pejabat cukup sukakan Ella. Dah radio kaset dia yang punya. Terpaksalah berulang-ulang kali mendengarnya hampir setiap malam...hinggakan setiap lagunya melekat di kepala.
Versi cd kalau tak silap di beli pada tahun 2010...cd reissued ini mengandungi booklet yang lengkap sama seperti kaset... |
Antara yang melekat kat kepala termasuklah lagu gedik "Mungkin" kerana ini lagu kegemaran rakan saya tersebut. (Tak pasti kat mana rakan saya ni sekarang...lama dah terputus hubungan...nama betulnya pun saya dah lupa...)
Tapi kalau untuk saya...selain lagu-lagu yang rancak...paling suka...paling feel...adalah "Rindu"...syiok layan ketika zaman bercintan cintun dulu....
untuk layan cerita dari blog Ijau...klik >SINI< dan >SINI<
kalau djaman tu (94) ella masih gedik syuga syuga aku tak heran...
ReplyDeletetapi bab nostalgik album ni memang ada, setiap kali dgr lick yamamoto utk lagu gemilang memang meremang bulu roma wooo~
aku ada kaset ni, booklet dia best la
ReplyDeletePetikkan gitar lagu rindu mmg best..kaset dgn cd aku pun pesal tah ke mana..
ReplyDeleteLesap *
DeleteAku masih ingat 30110, baru sampai kedai muzika, belum sempat display aku dah beli... kaset. Tu jam minat ella...
ReplyDeleteUsa, aku was like so impressed packaging dia.
Ni kira zaman hebat sangat la suasana waktu tu...kenangan
Kawan aku beli cd ugly kid joe mintak poster takde bagi buku autograph ella USA nie. Bagi kat aku. Mmg penuh autograph kawan2 uitm.
ReplyDeletekemas album ni! terbaik dari Ella!
ReplyDeleteaku minat ella juga sbb dia rockkkkk....
ReplyDelete