Tuesday, October 7, 2014

The Fault in Our Stars






The Fault in Our Stars (2014)

Rating yang boleh tahan tinggi di IMDB menjadikan punca saya menontonnya. Tak kenal pun siapa pelakon dan pengarahnya. Tidak meletakkan harapan tinggi. Kalau bosan 15 minit yang pertama memang tidurlah. Tetapi ternyata ianya agak menarik. Menonton selepas tengah malam pun masih menyegarkan mata. (apa tidaknya...habuk asyik masuk ke mata...iskh...)

Apa yang saya tak tahu rupa-rupanya filem ini di adalah adaptasi dari sebuah novel remaja yang cukup popular pada masa kini. Anak remaja saya pun tahu rupa-rupanya. Nampak sangatlah saya yang sudah tua...hahaha...

Watak utamanya, Hazel Grace Lancaster (Shailene Woodley) dengan t-shirt Pink Floyd

Tak nak spoiler. Sila tonton sendiri jika anda tak kisahkan filem yang bertemakan cinta remaja. Tetapi ianya bukanlah sekadar cinta biasa. Kisah cinta unik pasangan pengidap kanser dalam mencari jawapan bagi penamat kisah novel kegemaran mereka. Lakonannya dan dialognya cemerlang. Amsterdam memang kota yang cantik.

Awas, cerita ini kisah sedih sebenarnya. Walaupun ada komedinya, tetapi bagi sesiapa yang pakai baju tengkorak tetapi dalam hati ada taman...pandai-pandai lah kaver line kot-kot hilang pulak machonya bila meleleh air mata...huhu...






4 comments:

  1. Terbaik movie ni, tapi lain pulak rasanya dah tua-tua tengok cerita cinta remaja...kepala rock batu...tapi layan... :)

    Kepada mereka yang "seluar koyak main cinta, menangis dengar lagu cinta" boleh tengok cerita ni...hahaha

    ReplyDelete
  2. Dah ada beli dvd ni tapi lom tengok lagi..tu pun awek yg kebetulan ada dlm kedai tu rekomen kat aku..heheh

    ReplyDelete

  3. X men : DOFP --watak- Quicksilver pung pakai tshirt Pink Floyd

    Semalam tengok The Equalizer.
    Salah satu watak pembantu mengenakan tshirt Foreighner...

    Director Antoine Fuqua ni minat Foreighner kot...

    ReplyDelete