Saturday, January 24, 2015

Balance

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini (24hb Januari)


Van Halen - Balance (1995)

Awalnya agak kurang berminat. Pada saya album-album mereka selepas dari 5150 agak kurang menarik. Tetapi lagu "Can't Stop Lovin' You" membuatkan saya tertarik untuk mencuba. Ianya mengingatkan saya pada era 5150. Lagu "Dreams" contohnya.

Balance adalah kesinambungan dari "For Unlawful Carnal Knowledge". Bezanya ia berbunyi lebih seperti Van Halen yang lama berbanding Sammy Hagar solo. Itu yang membuatkan saya tertarik. Ianya seolah-olah mereka kembali ke zaman 5150 tetapi dengan sound yang lebih berat, gelap dan tiada keyboards.

Banyak band yang berubah arah bila memasuki era 90an. Tetapi tidak bagi Van Halen. Siapa kata muzik hard rock tiada tempat dalam tahun 90an. Siapa kata gitar hero tidak dipedulikan dalam tahun 90an. Siapa kata tidak perlu lagi solo bergulung dalam lagu. Van Halen telah membuktikan sebaliknya.


Balance berjaya menduduki kedudukan no 1 di carta Billboard dan terjual sebanyak 3 juta unit (USA sahaja) dalam tempoh 3 bulan lebih selepas ia di edarkan. Ini membuktikan anda tidak perlu untuk menukar "sound" band anda menjadi grunge untuk terus kekal relevan di era 90an.

Pada saya ini album terbaik Van Halen Mk 11 selepas 5150. Mungkin kerana 5150 lebih nilai nostalgianya maka pada saya Balance "is a close second".

Riff dan solo Eddie Van Halen tidak pernah menghampakan saya. Tabik!!!




5 comments:

  1. Aku suka sangat ni album, cuma big fqt money ada kureng sikit

    ReplyDelete
  2. Setuju! Album VH paling di gemari pada dekad 90an mmg album ni..lagu semua best2..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. teringat aku dulu masa budak2 pakcik aku tayang gitarnya..dia cakap gitarnya mcm gitar eddie van halen(seingat aku warna merah ada garis2 putih)..hahaha

    ReplyDelete