Thursday, January 29, 2015

Boyhood

Filem ke 2 di tonton untuk filem-filem yang tercalon di anugerah academy.


Boyhood (2014)

Saya memang sukakan filem-filem yang bergenre "coming of age". Boyhood mengisahkan kehidupan Mason Evans Jr  bersama keluarganya (ibu dan ayah yang dah berpisah dan seorang kakak) sejak beliau seorang kanak-kanak yang berusia 6 tahun hinggalah menjadi seorang remaja berusia 18 tahun.

Yang unik dan menariknya ianya dilakonkan oleh pelakon yang sama. Bermakna filem ini dirakamkan dengan pelakon yang sama untuk tempoh lebih 11 tahun. Lebih tepatnya mula dirakamkan pada May 2002 hinggalah kepada oktober 2013.

Saya tak rasa ada filem lain yang sebegini tinggi komitmennya. 11 tahun lebih tu. Lama. Kita dapat saksikan bagaimana Ellar Coltrane (watak utama) dan Lorelei Linklater (watak kakak) membesar dalam filem. Dari kanak-kanak hingga menjadi remaja. Tetapi yang pastinya Ethan Hawke (watak ayah) tetap "maintain" walaupun selepas 11 tahun. Lelaki memang selalu maintain muda..heheh..

Mungkin yang tak biasa dengan gaya filem Richard Linklater akan terasa sedikit bosan. Maklumlah filem ini bergenre drama dan perjalanan ceritanya memang agak perlahan. Tetapi kalau biasa dengan cara filem trilogy "Before" Richard Linklater, Pastinya filem ini untuk anda.

Saya ada sedikit "rasa" yang ianya boleh menang filem terbaik. Tambah-tambah selepas mereka menang di Golden Globe.

Terbaik!


5 comments:

  1. aku baca tajuk sekali imbas ingatkan "bollywood", hahaha

    ReplyDelete
  2. Aku baca ni baru aku tahu ada pilem nama ni, dan pembikinan cammana dan jadi calon awadds. Thank you

    ReplyDelete
  3. Heavy drama mcm ni mmg bikin mata ngantuk woo..heheh..tapi imitation game mmg ok la.filem birdman pun tecalon untuk academy awards kalo tak silap

    ReplyDelete