Friday, January 2, 2015

Help!

Yang pertama untuk 2015…50 tahun...memang dah tahap atuk nenek ni…


The Beatles - Help! (1965)

Saya tak banyak koleksi album-album dari tahun 60an. Atau mungkin memang tiada pun kecuali album-album dari The Beatles. Sejujurnya saya tidak pernah didedahkan secara "direct" kepada muzik mereka. Hanya sesekali mendengar di radio. Maklumlah saya pun hanya dilahirkan ke dunia pada awal 70an.

Ketika dunia di kejutkan dengan kematian John Lenon (semasa itu saya di sekolah rendah), barulah saya tahu apa itu The Beatles. Itu pun sekadar membaca di akhbar tetapi tetap tidak mengambil tahu perihal muzik mereka.

Mula mendengar muzik mereka hanya pada awal 90an. Itupun lebih kepada album-album dari zaman "Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band" ke atas angkara  kaset "1967–1970 (The Blue Album)". Saya lebih mengemari lagu-lagu dari zaman "hippies" mereka berbanding zaman "pop yeh yeh". Cuma baru kebelakangani ini saya mula mencuba untuk mengumpul album-album awal mereka termasuk yang ini.


Tak sangka pula Help! juga bagus. Sebelum ini kalau melihat dari senarai lagu, yang saya tahu hanyalah "Help!" dan "Yesterday". Membaca dari pelbagai ulasan, saya difahamkan Help! adalah antara titik perubahan The Beatles dari sebuah band pop remaja menjadi sebuah band yang lebih dewasa. Ada pengaruh Bob Dylan dalam mereka. Itu saya setuju terutamnaya bila mendengar lagu "You've Got to Hide Your Love Away".

Walaupun masih ada beberapa lagu berbunyi pop yeh yeh tetapi lagu-lagunya memang melodic dan lazat. Pada saya jika anda peminat brit pop, sudah semestinya album seperti Help! ini wajib untuk anda. Tidak syak lagi inilah asalnya darimana brit pop itu mendapat pengaruh.

Tahun baru saya disambut bersama-sama dengan Help!. Memang terbaik!!


10 comments:

  1. saya sependapat dengan bro.. beatles era hippies lagi layan dari pop yeh yeh

    ReplyDelete
  2. Aku paling suka Revolver ngan Rubber Soul nye albums
    Maybe ni in between dua era kau cakap tu la kot.

    ReplyDelete
  3. Album ni in mono ke stereo?Beatles ada keluarkan box set the Beatles in mono eh

    ReplyDelete
  4. bab beatles ni portdy yg gulung abis kan?

    ReplyDelete
  5. Rafi: jawapannya YA. Beatles ada keluar boxset in Mono.

    ReplyDelete
  6. Aku ada boxset yg stereo. RM180 aje.😊💲

    ReplyDelete
  7. aku suke album the beatles lima album terawal mereka dan thnanks to mohd shafiq bin rahmat yg rekemenkan aku beli box set the beatles kat KSL tuu..

    ReplyDelete
  8. Disebabkan oleh bapak, The Beatles menjadi sebahagian dari halwa telinga sampai sekarang. kalau balik kg memang pasang lagu diorang. memang ada kenangan la kalau cerita pasal The Bealtes nih. hell yeah!

    ReplyDelete