Tuesday, January 20, 2015

Nightcrawler



Nightcrawler (2014)

Saya banyak juga menonton filem kebelakangan ini. Tetapi rasa malas pula untuk menulis. Tetapi Nightcrawler membuatkan saya tergerak hati untuk menulis.

Demi mengharungi kehidupan di kotaraya yang semakin mencabar, nilai kemanusian bukanlah lagi satu keutamaan. Sila google sendiri untuk sipnosis yang lebih lengkap.

Serius. Cerita ini bagus. Walaupun kalau baca sipnosisnya macam biasa-biasa sahaja. Tetapi memang betul, jalan ceritanya sebenarnya "simple" tetapi lakonan Jake Gyllenhall membuatkannya jadi hidup. Sayangnya beliau tidak tercalon untuk anugerah pelakon lelaki terbaik walaupun beliau antara calon pilihan.

Pada saya filem ini kekuatannya adalah Jake Gyllenhall. Dia jarang mendapat "credit" untuk filem-filem lakonannya sebelum ini. Padahal dia bagus. Cuba tonton Donnie Darko, Jarhead, The Good Girl dan antara kegemaran saya, Zodiac. Malah saya ada terbaca yang beliau kini dibandingkan dengan Robert De Niro dalam Taxi Driver. Kebetulan umur mereka sebaya ketika melakonkan kedua-dia filem ini. Dari gaya lakonannya memang beliau ada harapan besar untuk menjadi seperti Robert De Niro.

Sememangnya ini adalah salah satu filem kegemaran saya untuk tahun 2014. Rekomended!





6 comments:

  1. Aku tak tahu pun ada cerita nama ni. Haha.
    Tu hari aku tengok Alexandria yang family dia suey satu hari tu.
    Lawak giler

    ReplyDelete
  2. Filem ni ok jugak.memula aku ingatkan nightcrawler ni spin off dari filem xmen..rupanya bukan..heheh

    ReplyDelete
  3. 205 aku belum ada mood filem serius... masih Mood John Wick

    ReplyDelete