Saturday, October 24, 2015

Dead Winter Dead

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada hari ini, 24hb September.


Savatage - Dead Winter Dead (1995)

Tak perlulah bercerita panjang. Kalau bab Savatage sememangnya saya akan sentiasa menulis yang baik-baik belaka. Maklumlah band kegemaran. Hahaha...

Dead Winter Dead adalah permulaan baru bagi Savatage selepas kematian Criss Oliva. Album sebelumnya, Handful of Rain (1994) lebih merupakan hasil kerja solo Jon Oliva yang dibantu oleh Zachary Stevens dan Alex Skolnick (Testament) sebagai tribute untuk Criss.

Secara ringkasnya.

1- Kali ini barulah anggota yang lain benar-benar turut serta.

2- Namun begitu hanya Johnny Lee Middleton (bass) dan Zachary Stevens (vocal) dari line-up Edge of Thorns (1993) yang masih terlibat.

3- Bagi Chris Caffery (gitar) pula ini adalah pertama kali beliau terlibat dalam proses rakaman walaupun beliau telah menjadi anggota Savatage sejak dari zaman Hall of the Mountain King (1987) lagi. Tetapi dulunya hanya sekadar ahli untuk tour sahaja.

4- Al Pitrelli (Asia, Alice Cooper, Megadeth) di ambil sebagai ahli kumpulan hasil dari usaha pihak syarikat rakaman yang mahukan gitaris nama besar selepas pengunduran Alex Skolnick.

5- Jon Oliva kembali hanya sebagai orang di belakang tabir seperti album Edge of Thorns. Malah gambar beliau pun tiada di cover/inlay album. Walaupunbegitu semua lagu adalah ciptaan beliau, bermain keyboards dan kembali menyanyikan 2 lagu, "I Am" dan "Doesn't Matter Anyway".

6- Ini konsep album yang kedua bagi Savatage selepas Streets : A Rock Opera (1991). Kalau yang pertama berkisarkan seorang rock star. Dead Winter Dead pula menceritakan kisah pemuda Serbia dan gadis Islam Bosnia yang berlatarbelakangkan konflik perang Bosnia yang berlaku pada tahun 1994.


7- Kisahnya lebih menarik dari Streets, tetapi secara peribadinya saya rasakan Dead Winter Dead secara muzikalnya lebih "lembut" berbanding Streets. Mungkin untuk mendapatkan lebih elemen Broadway, maka penggunaan keyboards agak lebih mendominasi.

8- Tapi jangan bimbang. elemen metalnya tetap ada. Lagu-lagu heavy seperti "Starlight" dan "Doesn't Matter Anyway" mengingatkan kita kepada Savatage yang lama. Malah solo-solo Al Pitrelli dalam album ni memang best. Tak pelik lah kenapa Dave Mustaine mempelawa beliau menyertai Megadeth.

9- Dengan Dead Winter Dead, Savatage mengesahkan yang mereka kini lebih selesa dengan genre progressif/power/symphonic metal.

9- Instrumental "Christmas Eve (Sarajevo 12/24)" yang secara tiba-tiba menjadi hits di USA pada musim krismas tahun 1995 (kira macam lagu raya la ni.) menyebabkan timbulnya idea untuk menghasilkan Trans-Siberian Orchestra.

10- Secara jujurnya pendapat saya ini bukanlah album yang terbaik dari mereka. Memang ada momen-momennya. Lagu yang menyentuh perasaan seperti "This Isn't What We Meant" dan "Not What You See" memang berhantu.

11- Secara keseluruhannya memang masih terasa akan kehilangan Criss Oliva. Memang tiada gantinya. Tetapi Jon dan Savatage sentiasa positif untuk terus bergerak kehadapan.

12- Wajib ada jika anda gemarkan genre symphonic metal apatah lagi jika anda pengemar Savatage seperti saya.






3 comments:

  1. ni album istimewa pasal tema breakup Yugoslavia dia tu..
    kan in real life ada foto dua mayat kat open space gitu kan kena tembak ngan sniper.
    Yang pompuan is a Muslim.

    ReplyDelete
  2. Banyak aku ketinggalan pasal sabotage ni.nak kena layan satu persatu

    ReplyDelete
  3. band ni dh tukar nme Savage Garden...

    ReplyDelete