Monday, October 19, 2015

Gema Di Timur Jauh

Yang dah 20 tahun...


Search - Gema Di Timur Jauh (1995)

Bersempena konsert Panggung Khayalan yang akan berlangsung di Nusajaya pada 24hb ni, jom sembang-sembang pasal album ini.

Sejujurnya saya hanya mendengarnya sambil lalu ketika ianya dikeluarkan 20 tahun yang lalu. Sama kes macam album Rampage. Apa yang saya perasan, kebanyakan album-album rock melayu dipertengahan tahun 90an suka memulakan album mereka dengan lagu perlahan. MAY dalam album Ideologi pun begitu.


Agak meletihkan. Bermula dengan 2 lagu perlahan secara berturut-turut. "Laila Namamu Teratas" memang meletihkan. Nasib juga, "Menuju Puncak" dapat mengembalikan mood. Secara keseluruhannya Search memang berbeza dari apa yang saya dengar di tahun 80an dulu. Mereka kini dengan Rock n Roll era 90an. Susunan muziknya bagus. Sound pun sedap. Sayangnya terlampau banyak lagu perlahan untuk orang yang seleranya seperti saya.

Walaubagaimanapun lagu rancak seperti "Honky Tong Kosong", "Roket" dan lagu yang sedikit mempunyai riff metal, ciptaan mereka sendiri "No Way!!!" sememangnya agak menarik. Saya cukup tertarik dengan kerja gitar Kid. Memang bagus. Tabik! Sesuatu yang saya kurang menghargainya pada suatu ketika dahulu. Tak hairanlah mengapa generasi Search di zaman 90an menjadikan beliau sebagai idola. Solo-solo beliau sememangnya mengasyikkan.


Yang pastinya Search kembali menggunakan khidmat M.Nasir sebagai penerbit dan penulis lagu-lagu mereka. Sesuatu yang saya kurang faham, kenapa band sebesar Search masih mengharapkan sentuhan M. Nasir untuk lagu-lagu mereka. Tidak Yakin? Tekanan dari syarikat rakaman atau memang itu syarat M Nasir? Tak pasti...

Apa-apa pun kalau ada rezeki, kita jumpa di Nusajaya 24hb nanti...




13 comments:

  1. laila namamu teratas, fuh ini lagu nostalgia ni...

    ReplyDelete
  2. I dont like lagu laila ni so much.
    factornye mungkin lagu ni overplayed and cam kau cakap 1st song cd

    ReplyDelete
  3. setuju deaf...letih nak ngabiskan lagu ni...aku selalu skip...

    ReplyDelete
  4. Search banyak lagu best tapi tu la.. isabella, pawana, laila, pelesit kota...
    yawn........

    ReplyDelete
  5. nak tanya... Search ada tak lagu sendiri?? nubis bab Search nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada contohnya lagu No Way!!! dalam album ni...tapi tu la satu ajer...kalau album sebelumnya, Rampage ada banyak juga...

      Delete
  6. antara album search yang menjadi pilihan aku.. kenangan album ni.

    ReplyDelete
  7. Search ni pun aku kumpul album2 era 80an dia sampai ke rampage je,lepas tu zaman alternative/grunge terus tak ambik tau..heheh.tapi penah la beli kaset album ni dulu

    ReplyDelete
  8. Masa zaman ni... kebanyakan first track adalah lagu slow yg dijangka hits...

    Teori aku ialah ini untuk memudahkan apek kedai keset masa mengetest keset ni kat kedai... zaman ni masih keset lagi tau... cd berapa kerat je yg mampu.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. sejak amy botak dn buat album solo...search lepas tu pun dh xde unsur2 rock kangkang lagi....last yg terbaik dri mereka album double trouble 1...then...album2 yg membosankn...tp...aku minat lgu laila tuh...kenangan zaman kanak2...solo gtar lgu ni terbaik lah...

    ReplyDelete