Friday, October 16, 2015

Masa Scarecrow

Demam album reissue berterusan...


Masa Scarecrow - Masa Scarecrow (1989) - reissue 2015

Tak pernah dengar pun dulu. Yang tahu cuma "Amanda Gadisku". Itu pun pasal rakan sebilik ketika  di ITM dulu rajin pasang rancangan radio Pilihan Bersama. Selalu lah dengar lagu tu. Tambah pula masa tu ada seorang siswi yang member-member gelar nama dia sebagai Amanda. Ntah apa ntah nama betulnya tapi memang cantik budaknya. Tu yang senang nak ingat tu...hahaha..

Cd ni dibeli untuk nak tahu apa yang saya tertinggal dengan rock melayu pada penghujung 80an dan awal 90an dahulu. Selepas 2,3 kali pendengaran, rasanya tak rugi apa pun. Album ini terlampau banyak sangat lagu perlahan yang leleh. Memang trend kot zaman tu semua berlumba-lumba nak buat lagu meleweh.


Selain lagu track pertama, "Raja Bersiong" yang rif, kerja gitar dan melodinya mengujakan saya (sedap lagu ni). Lagu rancak yang lain agak membosankan. Tak banyak pun lagu yang betul-betul rancak. Ada 3 kot. Yang lain semua perlahan atau mid tempo.

Saya lebih suka album kedua mereka, Doktrin Metos. Selain "Raja Bersiong", lagu perlahan "Kasih Yang Terseksa" dan "Amanda Gadisku" sahaja yang buat saya tertarik dengan cd ni. Yang lain-lain tu  saya skip.


**siapa ingat Edika Yusof? Glamer betul mamat dulu masa jadi model iklan rokok Kingsway...ntah mana ntah perginya sekarang...





8 comments:

  1. Rasanye tak pernah minat langsung ni band. Anyway, bila ko cakap album banyak sangat lagu leleh, ntah aku tetiba aku teringat May Rahsia.
    Now tu kalau ada cd release aku nak.. Black Area, Racun Bermadu, dan versi Gadis Bertudung Putih yang ori dan SEDAP dan of course lagu2 slow yang aku masih boleh terima haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Rahsia keluar cd memang best...aku suka Pahlawan Mimpi..

      Delete
    2. Ade cd nye...tp dh out of stock...

      Delete
  2. terima kasih kpd kingsway yg buat apa nama rancangan ala BOTB kat tv penghujung 90an dulu tu? pesta pujaan/hiburan kingsway? pasal rancangan ni, banyak band rock tempatan yg aku kenal

    btw, band ni dgn band massa (patahnya sayap malam) band yg sama ke?

    kingsway, sinarilah malam mu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesta Hiburan Kingsway tu paling aku tak lupa masa band2 Pancakara Di Cakerawala buat show...Saxo bawak lagu For Whom The Bell Tolls...bukan senang beb zaman tu nak tengok TV1 ada lagu Metallica...hahaha...

      Delete
  3. Hahaha..ko sebut edika yusof aku terus google.dia botakkan kepala dia demi isteri tercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2013/02/05/tujuh-tahun-edika-yusof-botak-kepala-kerana-isteri-lumpuh/

      Delete
  4. sebelum aku beli cd reisu ni baik aku baca dulu blog2 kawan2 semua. yg ni kasih skip terus. haha

    ReplyDelete