Wednesday, October 28, 2015

Search Konsert Panggung Khayalan - Live @ Komplek Sukan Educity, Nusajaya, Rock N Roll City

Ok la...dah ramai sangat yang minta...curi curi masa opis untuk menaip...sekali jalan taip...


Semenjak berblog, ini adalah kali ketiga melihat Search beraksi secara live. Kali terakhir adalah ketika konsert Double Trouble di Stadium Larkin pada tahun 2010.

Saya cuba tulis apa yang saya teringat. Makin tua ni makin cepat lupa...hahaha...(maaf lah kalau terpanjang dan mengarut)

1- Tak pernah sampai ke Komplek Sukan Educity ni. Paling jauh pernah ke Nusajaya selain Legoland, Puteri Harbour dan Pejabat Kerajaan Kota Iskandar tu hanyalah ke MyDin. Rupanya tak jauh pun dari Mydin.

2- Sampai lebih kurang pukul 6.30 petang (keluar awal pasal tak tahu tempat). Parking masih kosong. Dapat parking dekat. Tak perlu berjalan jauh. Orang pun belum ramai. Sempatlah berjemaah maghrib kat sana. Bukan selalu dapat sembahyang berimamkan imam yang pakai baju ACDC Back In Black.

3- Sempat juga la tengok apa-apa merchandise yang dijual. Banyak t-shirt. Ada booth jual tshirt yang di endorsed oleh Nasir dan ada juga Yazit. Cd jual RM10. Cd panggung khayalan RM35. Boxset MP3 tu pula RM200. Saya tak bawa cash banyak. Tak beli pun cuma sempat la juga sambar tshirt official konsert. RM55. Lambat sikit dah sold out pun tshirt tu. Portdy pun tak sempat beli.


4- Masuk stadium baru tahu yang agak jauh juga tiket RM66 (tiket PPRT bak kata Shafid) ni dengan stage. Memang tak nampak apa. Diganggu pula dengan khemah ditengah-tengah. Harap dengar lagu ajer la nampaknya. Jarak antara tempat duduk dengan tiket berdiri second tier RM99 agak jauh. Patutnya pentas dianjakkan lebih dekat barulah tak nampak sangat ruang kosong yang luas atas padang tu. Maklumlah stadium ni besar. Lainlah kalau buat kat indoor stadium

5- Selain kedudukan stage, satu lagi yang patut kena komplen adalah kenapa konsert ini bermula lambat. Kita pahamlah, walaupun di tiket ditulis pukul 8 pm. Takkanlah nak langgar azan Isyak. Sekurang-kurangpun jangkaannya pukul 8.30 dah mula.

6- Sayangnya Search sampai dengan konvoi kereta sport dan motor besar hanya beberapa minit sebelum pukul 9. Ingatkan ianya satu gimmik dan Search akan terus naik pentas. Malangnya tepat pukul 9 malam, ada pula opening act. Saya tak pasti siapa penyanyi solo lelaki tersebut. Maafkan saya kerana tertinggal bas dengan artis-artis masa kini. Saya tanya member kiri kanan, dia orang pun sama tak kenal. Maklumlah yang datang semua otai-otai belaka...hahaha...(dari blog Portdy katanya Fiq)

7- Memang majoriti yang datang otai-otai belaka. Terutamanya di bahagian yang duduk. Saya ada ternampak seorang makcik berbaju kurung. Ada juga pasangan suami isteri yang agak berumur dengan isterinya bertongkat. Ramai juga yang membawa anak. Ada juga nampak seorang amoi. Inilah hebatnya penangan Search. Peminat mereka dari pelbagai peringkat umur. Tapi saya tak pasti nak anggarkan berapa ribu yang datang. Tempat duduk tu tak penuh pun. Kawasan berdiri pun taklah sesendat mana. Dulu masa Awan Biru sesak. Mungkin ini beza buat di indoor dan stadium terbuka.

8- Habis opening act dalam pukul 9.15 ingatkan Search akan masuk. Sayangnya menunggu lagi. Letih. Ada juga penonton yang dah bising-bising. Tepat 9.30 malam barulah konsert bermula.

9- Set list saya dah tau. Kalau sesiapa yang menonton promo konsert di FB/Youtube pastinya perasan ada sekali imbas ditunjukkan lagu apa yang akan mereka mainkan. Cuma yang nak dipastikan adakah ianya sama dengan apa yang dipersembahkan. Saya ingat-ingat lupa. harapnya Portdy dan sesiapa lain yang hadir pada malam tersebut dapat membantu. Saya tak sempat nak catit. kenapa tak sempat akan saya ceritakan di bawah. Nanti last kita cerita pasal setlist ni.

view dari tiket PPRT
10- Bila konsert bermula kaki dan mula bergoyang dah. Tengok secara duduk, ingatkan saya cuma sekadar nak relak-relak menghayati lagu-lagunya. Masuk lagu ke 4, kenalan yang baru saya kenal kerana duduk bersebelahan mempelawa saya untuk mengikuti beliau bersama 3 lagi rakannya (atau kalau tak silap adik-adik beliau) untuk turun ke bawah dan masuk kebahagian tiket RM99.

11- Pucuk dicita ulam mendatang. Rupanya beliau ada kenalan yang bertugas pada malam tersebut. Berbekal pass pada rakannya kami dapat masuk kebahagian Second Tier. Mungkin rezeki saya. Hilang dah konon-kononya nak relak-relak dengar lagu. Setlist pun tak sempat dah nak catit dah. Terimakasihlah pada kenalan tersebut. Sayangnya saya terlupa nak tanya nama dan tak berpeluang juga untuk mengucapkan terimakasih. Jika beliau membaca ini, Terimakasih bro!

12- Saya ada terbaca komen yang mengatakan sound konsert ini lebih baik dari konsert Fenomena mereka 4 tahun yang lalu. Itu saya tak pasti. Saya tak pergi konsert di Larkin tersebut. Tetapi yang pastinya sound memang bagus. Balance. Bunyi gitar pun jelas tak kira dari Nordin ataupun Kid. Dulu masa Double Trouble tak jelas solo Kid. Kali ni memang clear, bila dia terkucil memang jelas dengar. Tambah pula saya berdiri di bahagian beliau.

13- Tetapi satu yang pastinya performance Kid malam tu agak bagus. Tambah-tambah pula agak banyak juga lagu-lagu dari zaman beliau. Mungkin lebih selesa. Tetap gaya ala-ala Slash dengan rokok di mulut. Saya memang ternanti-nanti nak tunggu solo beliau dalam lagu Isabella. Walaupun bosan dah dengan lagu tu, tapi solo lagu tu memang bagus. Dan pada saya Kid melebihi apa yang saya harapkan.

14- Paling happening pada saya tetap Amy. Dengan gaya rambut pendek ni pergerakan dia memang mirip betul dengan gaya Freddie Mercury. Masih bertenaga. Tak kisahlah walau ada beberpa kali beliau tersalah masuk. Bak kata dia pun, rahsia untuk sentiasa muda walaupun dah berumur 50++ adalah sentiasa "happy".

15- Din macam biasa...sempoi tak payah gerak banyak terutama dengan gitar les paul hitamnya tu. Memang nampak ganas. Kali ni kalau tak silap macam ada 2, 3 lagu juga dia menyolo. (Maaf kalau tersilap). Tapi nampak cantik pula gitar bercabang 7 strings masa lagu Diari Habil dan Qabil tu. Sound pun berat. Tak pasti pula saya gitar apa tu.

16- Nasir pula tetap dengan gaya Scottishnya. Selain Explorer kali pertama kot saya nampak dia pakai Killer. Memang cantik la pakai gitar cabang-cabang.

17- Yazit main 5 lagu. Mungkin dengan keadaan kesihatannya tu tak membolehkan dia nak main lagu-lagu heavy. Cuma patutnya pada saya masa dia habis main tu bagi can la dia kedepan stage sebagai satu tanda penghormatan. Tabik dengan semangat dia,

18- Drummer pengganti Pae tu saya tak berapa familar sangat. Dia main untuk Projek Pistol kan? Tapi dia memang power terutama bab-bab lagu yang berat. Memang jadi berat lagu-lagu Search dibuatnya. Pengganti yang sesuai.

view dari tiket RM99
19- Konsert kali ni tak banyak cakap. Amy ada la sikit-sikit cerita sejarah Search. Teringat kata-kata beliau yang bapa dia dulu marah dia dengar lagu rock dan kata "itu lagu sembahyang kau ker". Lebih kurang kes saya...tapi bapa saya kata "lagu untuk hantu berubat"...Tapi berita baiknya dia cadang nak buat sambutan ulangtahun Search ke 35 di Johor Bahru tahun depan. Tempat dimana bermulanya sejarah Search. Saya harap kalau jadi la konsert ni, bawa la sekali Man Kidal, Yan dan Hillary. Baru betul-betul punya sambutan anniversary kan.

20- Antara yang terbaiknya konsert kali ini pada saya dari segi persembahan lampu dan background videonya tu. Memang cantik. Harap-harap ada la nanti keluar dvdnya.

21- Konsert habis cepat. Ngam pukul 11.30 malam habis. Rasa macam tak puas pulak. Jerebu kot. Tu pasal dorang kasi habis cepat. Tapi masa encore ramai pulak yang dah balik. Crowd ni macam tak biasa pula pergi konsert. Tapi saya hampa encore cuma satu lagu. Tunggu juga kot-kot ada lagi. Tapi bila tengok Search dah mula bergambar atas stage memang dah sah la konsert dah habis.

22- Maknanya Search main lebih kurang dalam 2 jam. Kalau tengok setlist asal macam ada lagu yang dorang cut. Tak pasti kenapa... Jerebu?...atau pasal dorang mula lambat takut habis lambat?

23- Ok cerita pasal Setlist...kalau tengok set dalam klip fb/youtube macamgini list nya...


Panggung Khayalan
Paranoid
Gadisku
Metropolitan
Honky Tong Kosong
Kejoraku Bersatu
Melastik Ke Bintang
Menuju Puncak

(Yazit)
Ku Taklukkan Dunia
Fantasia Bulan Madu
Kejora
Rozana
Isabella
Melayar Bahtera

(Pae)
Ghotik Malam Edan
Isi Dan Kulit
Pelesit Kota
Fenomena
Cakap Memang Murah
Emanuelle
Mentari Merah
Diari Habil & Qabil
Kereta Merah

24- Ada sedikit perubahan. Yang kena cancel tu dorang tak main. Tapi ganti dengan lagu No Way!!! dan Pawana. Susunan lagu selepas Yazit ada perubahan. Lagu Cakap Memang Murah pulak jadi encore. (nak tengok susunan sebenar cekidot blog Portdy)

25- Saya rasa cadangan awal mesti dorang nak main 20 lagu tambah 3 lagu sebagai encore. Tak pasti kenapa dorang ubah. Yang pastinya tiada medley. Semua lagu penuh. Yang saya ingat Fantasia Bulan Madu tu bahagian last ada ubah sikit dengan solo Kid yang panjang.

26- Dari segi pilihan lagu rasanya seimbang antara lagu baru dan lama. Tapi biasalah. Yang otai-otai mesti nak dengar lagu-lagu lama sahaja. Geng-geng veteran disekeliling tempat saya berdiri hanya menyanyi dan bergoyang bila lagu-lagu era Fenomena dan kebawah dimainkan. Lagu lain mereka sekadar tegak berdiri dan ada pula yang membelek-belek handphone. Seorang brader bersebelahan saya mengeluh, "apa la...ni semua lagu aku tak tahu"...

27- Untuk saya, ada lagu Kejora dan Pelesit Kota pun dah cukup lah. Saya lebih sukakan setlist mereka masa Konsert Awan Biru. Betul kata Portdy, Kalau konsert diluar KL ni patutnya lebihkan lagu-lagu lama. Yang datang ni bukannya selalu dapat pergi konsert. Sesekali kat JB ni barulah mereka berpeluang pergi (macam saya)

28- Lagi satu...baru teringat...Kali pertama saya berada dalam konsert ada orang tolak troli jual makanan. Rasa macam tengok bola pula. Jual cendol pun ada...ni nak tengok konsert ker nak berdating...hahaha...

29- Keluar stadium kononnya nak sambar cd. Sekali kedainya pun dah tutup dah. Rezeki terjumpa Encik Portdy diluar stadium. Bertahun berblog,fb, mesej,whatsapp baru kali pertama bersua muka. Riang ria kanak-kanak ribena bila bergambar sama...hahaha...

30- Balik malam tu dengan tersenyum. Tapi sejujurnya rasa macam tak puas. Rasa sekejap sangat. Harap boleh berjumpa lagi dalam sambutan 35 tahun di tahun hadapan.

(maaf...tak banyak gambar...bateri handphone dah tahap kritikal...lupa nak bawa power bank)


Sekian. Terimakasih.



25 comments:

  1. ((((APPLAUSE))))
    terbaik la report... Power la ko nye report ngan Portdy nye report combine cam aku rasa kat konsert ni, tiket paling mahal depan stage. HAHAHAHAHA.
    Giler ke hapa setlist yang mungkin sepatutnye....
    Kereta Merah kan? Dorang baru main tu hari kat IB
    dan where is Gelora Cintaku..
    If they can play kejora ku bersatu then that two songs sepatutnye...
    Wahhhh 35 Years.

    Berteromber!! Bilang TMJ, please bukak Larkin stadium for Search 35 Years..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang takder can la...kecuali kalau dia minat Search la kan...

      Delete
    2. Konsert start lambat satu hal.... takda selingan langsung video lagu2 rock ke ... backround lagu rock ke... MC pun takda.... kalau tak boleh main cabutan bertuah tak pun main tikam tikam.

      Delete
    3. Senyap dan sunyi duduk termangu menunggu....tu yg sempat borak2 cari kawan tu sampai dapat masuk tempat tiket rm99...haha...

      Delete
  2. Replies
    1. tahun depan...35 tahun...jom turun ramai2 bangsa Johor...hehe..

      Delete
  3. Replies
    1. Kat stadium negara ada air mineral je RM5

      Delete
  4. Wah..nice report..dari pprt boleh pegi ke scond tier untung woo..heheh..
    Sound pun ok masa konsert best la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lagi sorang...jom turun kalau jadi tahun depan...bangsa Johor kena sapot...hahaha...

      Delete
  5. Replies
    1. Doc patut sekali sekala kena layan konsert rock melayu..haha

      Delete
  6. mmg repot terbaik...gaya wartawan...ade no lgk...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak no untuk senang tulis rengkas2...tapi bila dah start menaip...hampeh...panjang berjela jugak..hehe

      Delete
  7. Kat rumah aku ada 2 tiket pprt adik aku beli. Tak tau pergi dengan sapa. Aku rembat tinggal duit rasa takpa kot. Tapi kena balik KL. demam makin teruk Jumaattu. Harinie still mc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takper...tahun depan kita buat rombongan Cik Kiah...

      Delete
  8. Jauh giler eh tiket pprt ngan stage..best review...balance pro n kontra hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak bagus hentam saja...kita yang bayar tiket..

      Delete
  9. Tak la. Semua hiburan peribadi aku slow down giler haha.
    nightwish... def leppard.. doug aldrich glen hughes padahal ssmua aku minat ddan tak pernah tengok.
    anyway, perasan tak sampai sekarang japan china dates iron maiden tak umum.
    aku speku china ada problem, nak2 bon jovi ngan megadeth baru kena baik punye ngan china authorities.
    aku speku iron maiden akan ganti ngan south east asia.
    kalau msia boleh host bon jovi, aku speku dorang boleh host iron maiden.
    definitely iron maiden lagi murah dari bon jovi

    ReplyDelete
    Replies
    1. problem dia dari segi imej....maiden ni walaupun dah berpuluh tahun pun tetap yang tak paham tu akan kata dia akan merosakkan anak muda....walaupun yang layan Maiden sebenarnya orang2 tua....anak muda layan KPop...hahaha..bab nak dapat permit tu yang leceh sikit...

      Delete
  10. terbaik bro ulasannya.. kalau ada rezeki 35 tahun tu aku turun johor...

    ReplyDelete
  11. Syabas! Terbaik sungguh review ni.
    2 ibu jari ke atas!

    ReplyDelete