Monday, November 30, 2015

Belantara

Lagi berkenaan album reissue. Tapi kali ini cd yang paling saya tunggu-tunggu...


Belantara - Belantara (1987) - keluaran semula 2015

28 tahun menunggu....akhirnya berjaya juga album ini dikeluarkan dalam bentuk cd. Walaupun bukan dalam bentuk boxset seperti yang saya dan anggota-anggota Belantara sendiri idamkan, tetapi ok lah dari tiada.

Bagi yang tahu cerita jenuh dah Brader Shuk dan Zaid meminta jasa baik pihak Universal Music untuk mereka keluarkan semula album-album Belantara dalam bentuk cd tetapi tidak pernah dilayan. Untunglah bila akhirnya ada orang dalam dari Universal Music sendiri yang paham apa yang diinginkan oleh peminat muzik di Malaysia. Untuk itu tabik hormat dari saya untuk saudara Fauzi Omar. Respek!


Tak perlu kot untuk saya mengulas semula. Pernah menulisnya 6 tahun yang lalu. Kalau teringin nak baca semula, sila klik  >SINI<  Entri yang paling saya suka sepanjang hampir 7 tahun saya menulis blog. Kerana anggota Belantara sendiri membalas komen. Tak pernah kot ada band/artis lain yang membaca blog dan membalas komen (kecuali seorang lagi, Rahim Maarof). Terimakasih untuk  Bro Shuk dan Zaid tak lupa juga Aziz. Anda Terbaik!

Tiada nak komen sangat pasal cd ni. Sound sedap walaupun sumbernya sekadar piring hitam. Tahniah kepada yang terlibat. Gambar kaver cantik. Inlaynya pun ok. Inlay asal kaset pun memang "simple". Biasalah Polygram dulu-dulukan.

akhirnya tertunai juga hajat nak dapat yang asli...kira tebus balik la dulu beli yang "pirate"

Secara keseluruhannya memang puas hati. Boleh senyum dah. Album "RED" sudah. Lepas ni kita tunggu pula album "YELLOW" dan "BLUE" pula dalam bentuk cd. Cumanya agak-agak ada peluang tak nak dengar album "GREEN" pula diterbitkan?....

REKOMENDED!!!





Friday, November 27, 2015

Lang Buana

Lagi pasal album reissue..


Febians - Lang Buana (1994) - rilisan semula 2015

Lagi sebuah album rock melayu yang dulu tak pernah tahu pun kewujudannya. Satu-satunya lagu yang pernah dengar adalah "Eva Natasha". Popular juga kot lagu ni suatu masa dulu. Lagu lain memang langsung tak tahu.

Tetapi lagu track pertama "Rutin Oh Rutin" mengingatkan saya kepada Amuk. Awalnya ingatkan kerana vokal Nasha. Maklumlah Nasha itu Bandi. Tetapi selepas 2,3 kali pendengaran saya yakin ini memang lagu Amuk. Mendengar semula cd "Tanpa Prejudis" dari Amuk mengesahkan ini sememangnya lagu yang sama. Cuma ditukar lirik dan versi Amuk susunan muziknya lebih metal dan diberi tajuk baru, "Dalam Semak".

Bukan setakat itu, rupa-rupanya ada 2 lagi lagu dari album ini yang dirakam semula oleh Amuk. "Racun Asmara" menjadi "Racun" manakala "Ribut Kecewa" mejadi "Ribut". Kedua-duanya mengekalkan lirik yang sama cuma tajuk dipendekkan. Rasanya kalau saya mendengar album ini terlebih dahulu dari album "Tanpa Prejudis", pastinya pada ketika itu saya tidak perlu berteka teki siapa dia Bandi Amuk yang sebenarnya.


Secara keseluruhannya, Lang Buana agak sedikit berbeza dengan album-album yang sebelumnya. Setuju dengan Portdy yang ianya ada pengaruh rock 70an. Ada juga blues. Mungkin kerana hampir keseluruhan lagu dicipta Nasha atau mungkin juga kerana pengaruh Man Kidal sebagai penerbit. Malah beliau turut serta bermain dalam album ini. Lagu "Rutin Oh Rutin" tu memang boleh cam sangat sound gitar beliau.

Selain Man Kidal, bahagian drum dan bass juga ada menggunakan pemuzik undangan. Tak pasti kenapa mereka tidak bermain sendiri. Tekaan saya ketika album ini berkemungkinan Febians sudah di ambang perpecahan atau pun mungkin sudah pun berpecah dan album ini sekadar pelengkap kontrak. Agaknya la...kalau salah tolong betulkan.




Tuesday, November 24, 2015

Villa Misteri

Lagi cerita pasal album keluaran semula


Blackshed ( Bloodshed ) - Villa Misteri (1989) - Keluaran semula 2015

Pembelian ini hanyalah sekadar untuk melengkapkan koleksi Bloodshed saya. Sama seperti penyanyi asalnya Rosdan yang berhijrah bersama Punisher untuk muzik yang lebih ekstrim, saya juga begitu. Tahun 1989 adalah tahun yang saya rasa bukan saya sahaja, tetapi ramai lagi mat rock yang mula terpengaruh dengan muzik thrash dan mula meninggalkan rock melayu. True la konon-kononnya.

Tetapi pernah juga mendengar kaset ini dahulu. Kalau tak silap kepunyaan sepupu. Dengar sekali dah tak boleh nak masuk terutama kerana suara penyanyinya. Mendengarnya semula sekarang ternyata perkara yang sama terlintas di dalam kepala.

Muziknya bagus. Lagu sedap. Kerja gitar pun bagus. Maklumlah Opie sememangnya seorang gitaris yang bagus. Kalau ingatan saya masih tepat, dalam satu artikel surat khabar yang pernah saya baca, M Nasir pun memuji bakat beliau. Tidak boleh membaca nota muzik tetapi tetap boleh memainkan apa sahaja lagu yang diberi. Sememangnya Opie antara gitaris yang sering digunakan oleh M Nasir untuk kerja-kerja studio album terbitan beliau.

Cumanya muziknya sedikit berbeza dari album Samarkand. Ilusi Sebuah Mimpi apatah lagi. Itu gitaris pun lain. Mungkin kerana bunyi trademark keyboardnya yang berlainan. Kalau tak silap (tolong betulkan kalau silap) pemain keyboard asal mereka Judy pun sudah tidak bersama mereka ketika ini.



Mungkin album ini akan jadi lebih bagus kalau mereka mendapat penyanyi yang lebih sesuai. Penyanyi baru mereka bukanlah tak bagus. Tetapi agak kurang sesuai bila menyanyikan lagu-lagu yang berat dan bernada tinggi. Rasa tersiksa pula bila mendengarnya. Bukan senang ya nak dapatkan suara penyanyi yang betul-betul sesuai utuk menyanyikan lagu-lagu yang bercorak metal.

Rasanya dengan hanya tinggal 2 orang anggota asal memang sepatutnya mereka tidak lagi menggunakan nama Bloodshed. Walaupun sepertimana yang kita tahu, nama Blackshed digunakan hanyalah semata-mata kerana larangan dari pihak berkuasa kerana nama Bloodshed itu dianggap sebagai terlalu ganas dan tak bersesuai dengan budaya Malaysia.

Antara yang menarik perhatian saya adalah lagu 'Fillo Bercandi'. Bukan kerana saya sukakan lagunya tetapi intronya mengingatkan saya kepada lagu 'Hallowed Be Thy Name' dari Iron Maiden. Manakala lagu '1 & 1000' pula mengingatkan saya kepada XPDC. Setelah diperiksa rupa-rupanya ini lagu Arwah JS Kevin. Padanlah melodinya mengingatkan saya kepada XPDC. Mungkin kalau lagu ini di'xpdc'kan tentu lebih sedap.

Beli. Itupun jika anda mahu melengkap koleksi Bloodshed anda.





Friday, November 20, 2015

Sudah Sampai Sini



Snow Walk @I-City Shah Alam

AVANI Sepang Gold Coast Hotel


Pantai Morib

Bagan Lalang seafood

Lexis Hibiscus Port Dickson

Port Dicksom

Pantai Teluk Kemang

Grand Lexis Port Dickson



Thursday, November 19, 2015

The Last Command

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 9hb November yang lalu...(seusia dengan album Twisted Sister - Come Out And Play)


W.A.S.P - The Last Command (1985)

Tak pernah ada kasetnya dulu. Sebab itu ianya agak kurang nilai nostalgia. Saya lebih menyukai album pertama, W.A.S.P. (1984) dan album ketiga, Inside the Electric Circus (1986). Mungkin kerana 2 album tersebut lebih awal saya dengar berbanding The Last Command.

Walaupun begitu jika anda pengemar muzik heavy metal 80an, The Last Command mungkin akan menepati citarasa anda. Tambah pula ianya mengandungi lagu (Wild Child) yang agak dekat dihati peminat lagu-lagu rock melayu 80an. Ianya bukan lagi satu rahsia darimana asalnya lagu "Anak Liar".


Tetapi yang pastinya ramai tidak tahu yang lagu ini asalnya Blackie Lawless mahu berikan kepada Motley Crue. Tetapi atas alasan tidak sesuai dengan suara Vince Neil, Nikki Sixx menolak. (tetapi SJY tidak...hahaha..). Mungkin rezeki mereka, akhirnya ianya menjadi salah satu lagu popular bagi W.A.S.P.

W.A.S.P memang sedikit berbeza dengan band-band seangkatan dengan mereka. Muzik mereka lebih gelap, suram...sesuai dengan gaya suara Blackie Lawless. Ttetapi lagu-lagu mereka sering memiliki chorus yang sangat catchy. Ada beberapa lagu yang menarik perhatian saya diantaranya lagu perlahan/mid tempo "Cries In The Night" dan "Widowmaker". Serta yang lebih rancak seperti "Ball Crusher" dan "Blind in Texas". "Cries In The Night" tu bahagian melodic solonya memang cukup berhantu.


Antara yang terbaik dari W.A.S.P.  Tetapi tahukah anda album ini pernah kena ban di Norway?....





Tuesday, November 17, 2015

1001 malam

Lagi pasal album keluaran semula


Febians - 1001 Malam (1989) - keluaran semula 2015

Lagi album yang tak pernah dengar dulunya. Giler pokai bila pasang niat untuk cuba beli kesemuanya.

Tak "follow" langsung Febians selepas album pertama mereka. Asalnya cuma tahu "Rumie dan Julie". Biasa dengar di radio. Selepas mendengar keseluruhan cdnya, baru perasan yang 2 lagi lagu perlahan mereka (Demi Cinta Ini dan Kehancuran Sebuah Cinta) juga agak biasa saya dengar. Malah boleh pula menyanyi bersama lagu "Demi Cinta Ini". Dari mana terhafal pun dah tak ingat...mungkin dari kompilasi MP3 lagu-lagu rock melayu yang pernah saya miliki dulu.


Ini menunjukkan yang Febians ni memang boleh tahan sedap juga lagu-lagu perlahan mereka. Banyak juga yang popular. Yang tabiknya majoritinya dicipta oleh mereka sendiri. Tak perlu M.Nasir, Saari Amri mahupun Eddie Hamid. Satu-satu lagu yang saya agak kurang berkenan dari album ini pun lagu yang bukan dari ciptaan mereka (Keinginan - Kesuma Booty/Juwie)

Secara keseluruhannya terdapat 4 lagu rancak, satu mid tempo, satu instrumental dan 4 lagu perlahan. Lebih seimbang jika hendak dibandingkan dengan album pertama mereka. Lagu rancak pun semua sedap. Instrumental ada pengaruh ala-ala Iron Maiden. Kira OK la. Tak rugi beli.





Monday, November 16, 2015

JB river cruise??







Banjir kilat di JB...nasib kereta tak parking kat basement....




Friday, November 13, 2015

Keeper Of The Seven Keys - The Legacy

Menyambut ulangtahun ke 10 pada 28hb Oktober yang lalu.


Helloween - Keeper Of The Seven Keys - The Legacy (2005)

Zaman dah berubah. Helloween dah lama dah bukan lagi Kai Hansen, Michael Kiske dan Ingo Schwichtenberg. Malah yang saya anggap baru (walaupun sebenarnya dah lama), Roland Grapow dan Uli Kusch pun dah tiada. Kini giliran Sascha Gerstner (gitar) dan Dani Loble (drums) pula sebagai pengganti. Sudah tentu muzik, sound dan hala tujunya juga sudah agak berlainan.

Album terakhir mereka yang benar-benar saya ikuti hanyalah sehingga The Dark Ride. Memang sedap. Tetapi entah mengapa saya agak kurang bersemangat untuk mendengar album-album yang seterusnya. Terus terang saya tertarik untuk memiliki album ini kerana tajuknya. Keeper OF The Seven Keys Part 1 dan 2 adalah antara album kegemaran saya. Ada sedikit rasa teruja untuk mendengarnya. Itupun cd double disc ini hanya saya miliki dalam 2 atau 3 tahun yang lalu. Agak ketinggalan juga.


Saya tidak menghayati sangat liriknya. Tak pasti kali ini kisahnya berkenaan apa. Bukan lagi zaman-zaman remaja mendengar sambil membelek lirik di tangan. Sekarang mendengar muzik hanya hiburan sampingan. Tak boleh nak 100 peratus.  Pada saya lagu-lagunya sedap. Masih trademark power metal Helloween (selagi ada Michael Weikath). Masih melodic dan catchy. Gitaris baru Sascha pun hebat. Lagu seperti "The King for a 1000 Years" dan "Occasion Avenue" agak progressif dan kedengaran seperti band-band power metal era millenium. Memang sedap. Lagu duet bersama Candice Night (Blackmore's Night), "Light of The Universe" pun sedap.


Tetapi "feel"nya memang tidak sama. Mungkin bukan Helloween yang berubah. Tetapi saya. Sedap memang sedap tetapi tiada lagu yang benar-benar boleh melekat di dalam kepala. Mungkin jiwa dan hati saya masih tertinggal di tahun 80an.

Beli...jika anda seorang die hard Helloween.



Wednesday, November 11, 2015

Petualang

Lagi album keluaran semula...


Junction Petualang (1990) - keluaran semula 2015

Tak pernah tau kewujudan album ni dulu. Selepas album "Penentuan" memang tak ambil tahu langsung pasal Junction. Saya tak rasa album ini ada lagu hit di radio. Sekurang-kurangnya jika ada, tentu saya pernah mendengarnya.

Saya tahu berkenaannya pun selepas zaman internet. Dalam forum-forum dan bacaan di blog rock/metal banyak juga yang mencadangkan album ini untuk kategori album heavy metal melayu. Tapi tak pernah terpikir untuk mendengarnya sehinggalah cd keluaran semula ini dimiliki.

Seperti kata Xyrus Zone, lagu track pertama 'Tamar Jalis', mengingatkan saya kepada King Diamond. Suara vokalis barunya memang jauh berbeza dengan Hatta. Jeritannya memang ala-ala King Diamond. Sayangnya pada saya lagu-lagu mereka agak kurang catchy. Agak susah untuk melekat dengan hanya 2,3 kali pendengaran. Lagu perlahannya juga begitu. Mungkin itu penyebabnya album ini tiada lagu yang popular.


Walaupun begitu pujian harus diberikan kepada Junction. Mereka cuba lari dari genre meleweh yang menjadi trademark mereka ketika bersama Hatta dahulu. Album ni keseluruhan lagu adalah gubahan dan terbitan mereka sendiri. Tabik!

Secara keseluruhannya sound cd ini biasa-biasa sahaja. Tak bolehlah nak mengharap yang berlebihan bila sumbernya hanya sekadar piring hitam. Yang penting ada. Tahniah kepada mereka-mereka yang terlibat dalam mengeluarkannya semula.






Monday, November 9, 2015

Come Out and Play

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 9hb Nov


Twisted Sister - Come Out and Play (1985)

Lagi album yang menjadi soundtrack kehidupan zaman sekolah menengah saya suatu masa dahulu. Mungkin ianya tidak sehebat "Stay Hungry", tetapi didalamnya mengandungi beberapa buah lagu hebat yang akan sentiasa mengingatkan kita kenapa muzik metal di tahun 80an adalah yang paling terbaik.

Bila sudah dikemuncak, memang agak sukar untuk terus menerus berada di kedudukan tersebut. "Stay Hungry" adalah kemuncak bagi Twisted Sister. Ramai yang beranggapan "Come Out and Play" adalah titik permulaan jatuhnya Twisted Sister.Tetapi bagi saya ok sahaja. Tiada masalahnya dengan album ini. Semua lagu pun sedap. Mungkin kerana saya fanboy mereka (heheh) walaupun perlu saya akui ianya terlebih pop dari segi lagu dan soundnya.


Berstatus "rock star" bukan lagi sebuah band yang "stay hungry" sememangnya agak sukar untuk mereka memenuhi kehendak semua pihak. Tetapi yang pastinya mereka cuba juga untuk mengimbangi antara sisi komersial dan akar umbi muzik mereka yang asal. Lagu-lagu seperti "Come Out and Play", "I Believe in Rock N Roll" dan "Kill Or Be Killed" masih lagi seperti Twisted Sister yang lama.


Sayangnya mereka terlalu mengetengahkan lagu-lagu pop komersial cari makan seperti "Leader of the pack" dan "Be chrool to your scuel". Dan lagu-lagu ini tidak cukup kuat untuk mereka menduduki carta lagu-lagu popular. Lagu slow rock "I Believe in You" pula terlalu lemah kalau hendak dibandingkan dengan "The Price". Ini antara puncanya penyokong asal mereka mula menjauhkan diri. Tour mereka untuk album ini juga kurang mendapat sambutan. AJ Pero juga meninggalkan mereka tidak lama selepas ini


Namun begitu ianya tidak menghalang saya untuk mendapatkan versi cd dan piring hitam. Malangnya kaset dah hilang. Kalau tak boleh dah masuk dalam dalam posting Gila Format. Dah namanya fanboy lah kan....Cumanya memang ada perbezaan antara cd dan lp. Selain susunan lagunya tak sama, versi cd dan kaset mempunyai satu lagu bonus "King of the Fools".





Friday, November 6, 2015

Pentagram Di Atas Pusara



Pentagram Di Atas Pusara adalah novel fiksyen fantasi seram dan horror yang penuh kegelapan. Mengadungi beberapa buah cerita pendek yang ada di antaranya pernah diterbitkan didalam blog MOLOTOV COCKTAILZ . Tetapi dalam seram ada lawaknya (dark comedy). Mungkin tidak sesuai untuk pencinta novel cintan. Tetapi jika anda mahukan bacaan alternatif yang lain dari biasa. Boleh cuba beli dan baca.

Saya bukannya pengulas buku. Itu bukan bidang saya. Tetapi novel PDAP ini patut disokong. Bukan sahaja kerana penulisnya adalah sahabat blogger saya, tetapi juga kerana keberanian beliau untuk berkarya dengan genre yang sebegini. Pengisiannya walaupun fantasi tetapi ada fakta dan pengajarannya.

Mungkin beliau akan cepat kaya dan popular kalau menulis novel ala ala-ala "Suamiku Encik Perfect 10" mahupun "Rindu Awak 200%". Tetapi mungkin inilah Adi Herman sebenarnya. Seorang pemuda bersopan santun yang berasal dari Bintulu yang cukup kreatif dan berbakat. Bukan sahaja dalam bidang penulisan malah juga dalam bidang muzik terutamanya dalam pergerakan muzik bawah tanah di Bintulu.

Bukan nak bodek. Beliau sememangmya berbakat. Kalau bukan kita yang sahabat ni nak sokong beliau...siapa lagi. Tak mahal pun. Hanya RM15 senaskah. Bukan senang nak jumpa Mat Rock tulis novel. Bayangkan kalau setiap seorang pembaca blog ini membeli 10 naskah seorang...mungkin lagi cepatlah beliau dapat membeli Ferrari...hahaha,,,(gurau bro)



Tahniah Adi Herman. Semoga akan terus berkarya dan menghasilkan novel yang berikutnya. Tabik bro!

Beliau boleh dihubungi melalui blog peribadi beliau di http://molotovcocktailz.blogspot.my/  atau Facebook  https://www.facebook.com/adiherman696 atau e-mail sahaja di gautama_81@yahoo.com





Thursday, November 5, 2015

Ritchie Blackmore's Rainbow

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada bulan Ogos yang lalu...



Ritchie Blackmore's Rainbow (1975)

Dah pernah buat cerita pasal album ni dahulu. >SINI<

Secara ringkasnya, ini adalah album yang mengenalkan saya kepada Rainbow atau untuk lebih tepat lagu dari album ini (Temple of the King) lah yang mengenalkan saya pada Rainbow. Zaman budak-budak sekolah rendah dulu agak kabur dan konpius dengan status Ritchie Blackmore. Dia ni Rainbow atau Deep Purple. Zaman tiada internet dan tinggal di ceruk kampung. Berita artis barat ni biasanya hanya dapat dari mulut ke mulut. Itu yang kadang-kadang itu ceritanya agak mengarut. Dah lah kita budak-budak, orang tipu pun kita percaya.

Malah pada ketika itu saya tidak tahu pun yang menyanyi adalah Ronnie James Dio. Lama selepas itu baru tahu. Temple of the King adalah salah satu lagu wajib bagi budak-budak zaman itu ketika hendak belajar bermain gitar. Saya pernah pandai memainkannya. Tetapi sekarang rasanya memang dah lupa dah...


Banyak lagu best...banyak lagu kenangan ketika zaman kanak-kanak ribena...jika anda sukakan hard rock 70an...atau sukakan petikan gitar Ritchie Blackmore...atau sukakan suara Ronnie James Dio...ni memang patut ada dalam koleksi anda.

Best!




Tuesday, November 3, 2015

Ilusi Sebuah Mimpi

Lagi album reissue...


Bloodshed - Ilusi Sebuah Mimpi (1987) - Keluaran semula 2015

Akhirnya...dalam banyak-banyak album reissue yang dah dikeluarkan. Ini adalah antara album yang paling saya tunggu-tunggu. Semestinya salah satu album rock kegemaran sepanjang zaman.

28 tahun yang lalu, ini adalah soundtrack kehidupan saya. Hari-hari dengar. Naik lunyai dah kasetnya. Semua lagu pun best. Tak pasti kenapa album ini dan lagu-lagunya tidak sepopular album Samarkand. Padahal lagu yang menjadi tajuk album ni pun punyalah sedap. Liriknya pun bukan lirik yang biasa-biasa.

yang kiri ori...yang kanan versi cdr

Nak yang berat, lagu-lagu seperti "Pertumpahan Darah" dan "Peristiwa" cukup berat dah. Nak lagu slow rock cintan, "Memori Biru" pun syahdu. Lagu "Restu" pula patut jadi antara anthem untuk setiap kali hari ibu. Tak tahu di mana silapnya. Mungkin juga kerana kurang promosi dan lagu-lagunya pun seperti tidak pernah pun dimainkan di radio. Senasib seperti album Belantara.

Highlight utamanya bagi saya adalah kerja gitar gitarisnya Hamdan. Memang best. Mungkin ada yang kata Opie lagi best. Tetapi pada saya sound, rif dan solo-solo gitar Hamdan memang hebat. Raw. Kadang-kadang mengingatkan saya kepada George Lynch (Dokken). Kalau lagu-lagu slow tu memang menusuk kalbu. Sayangnya beliau keluar dari Bloodshed selepas dari album ini. Trademark gitar warlock beliau akan tetap menjadi identiti bagi Bloodshed.

Yang ni malu nak tunjuk...bukan sebab dah terbarai...tapi pasal ianya bukan ori...Tapi zaman tu bukan sahaja pasal budak sekolah yang tak berduit...tapi kedai kaset pun kalau di kawasan ceruk seperti saya agak sukar nak dapatkan kaset yang asli...dulu cetak rompak memang teruk...sekarang ni harapnya janganlah ada lagi yang terus menyokong...Belilah yang asli!

Tak kisahlah walaupun sumber asal cd reissue ini di ambil dari piring hitam. Yang penting ada. Design covernya pun cantik. Sound pun boleh tahan. Paling suka rekaan di cdnya yang berbentuk old school. Tahniah kepada mereka-mereka yang berusaha menjadikan impian saya satu kenyataan. (tunggu Belantara pula...)

Terbaik. Rekomended!







Monday, November 2, 2015

Deathgasm

layan movie pula...


Deathgasm (2015)

Kalau filem Metalhead dari Iceland, Deathgasm pula dari New Zealand. Kedua-dua negara adalah agak asing bagi saya untuk muzik metal. Tidak pasti band apa yang berasal dari sana. Tetapi filem ini membuktikan yang mat metal sentiasa ada di mana-mana sahaja.

Jangan bandingkan dengan Metalhead. Kedua-duanya adalah genre yang berlainan. Kalau Metalhead bertemakan drama berat, Deathgasm pula lebih kepada genre horror yang diselitkan dengan unsur-unsur dark komedi. Tetapi yang pastinya kedua-duanya adalah berlatarbelakangkan muzik metal. Untuk sipnosis cerita, sila google sendiri.

Kalau saya puji ceritanya bagus mungkin anda akan beranggapan yang saya "bias". Memang pun apa-apa yang berkaitan metal pastinya saya akan "bias". Tetapi jika anda sukakan filem horror dengan elemen komedi pastinya anda tidak akan kecewa.

Awal penceritaan tentang pengenalan watak-watak dan muzik metal yang diminati mereka pada saya agak menarik. Tersusun. Tetapi bila masuk bab suku yang terakhir, saya rasa ianya tidak jauh bezanya dengan filem-filem genre gore-horror grade B Hollywood.


Tetapi yang paling saya suka adalah lawaknya. Walaupun ada unsur-unsur splatstick tetapi ianya menjadi terutamanya jika anda seorang mat metal. Makan ais krim ketika berdating dengan awek sambil mengenakan corpse paint pada saya hanya seorang mat metal yang mungkin akan sampai lawaknya. Betul tak?

Secara keseluruhannya agak menarik juga. Cuma soundtracknya saya agak kurang biasa. Mungkin kerana kebanyakannya adalah band-band underground yang saya tidak berpeluang untuk explore. Sayangnya...saya mengharapkan soundtrack ala-ala filem Metalhead. Mungkin sahaja mereka tidak cukup bajet untuk mengambil lagu-lagu dari band yang lebih terkenal. Tetapi ada juga lagu dari Trivium dan Cannibal Corpse. Setelah men"google" baru saya perasan ada juga lagu dari Emperor dan Ishahn.

Tidak sesuai untuk tontonan bersama anak-anak. Ada unsur-unsur 18sx. Tetapi jangan lupa untuk menontonnya sehinga ke kredit akhir kerana ada kejutan.

Siapa rasa dirinya metalhead. Ini patut ditonton!







Sunday, November 1, 2015

We are the Champions




ku taklukkan dunia asia...menakluk kosmos asia...

anda di mana ketika JDT mencipta sejarah...