Tuesday, November 3, 2015

Ilusi Sebuah Mimpi

Lagi album reissue...


Bloodshed - Ilusi Sebuah Mimpi (1987) - Keluaran semula 2015

Akhirnya...dalam banyak-banyak album reissue yang dah dikeluarkan. Ini adalah antara album yang paling saya tunggu-tunggu. Semestinya salah satu album rock kegemaran sepanjang zaman.

28 tahun yang lalu, ini adalah soundtrack kehidupan saya. Hari-hari dengar. Naik lunyai dah kasetnya. Semua lagu pun best. Tak pasti kenapa album ini dan lagu-lagunya tidak sepopular album Samarkand. Padahal lagu yang menjadi tajuk album ni pun punyalah sedap. Liriknya pun bukan lirik yang biasa-biasa.

yang kiri ori...yang kanan versi cdr

Nak yang berat, lagu-lagu seperti "Pertumpahan Darah" dan "Peristiwa" cukup berat dah. Nak lagu slow rock cintan, "Memori Biru" pun syahdu. Lagu "Restu" pula patut jadi antara anthem untuk setiap kali hari ibu. Tak tahu di mana silapnya. Mungkin juga kerana kurang promosi dan lagu-lagunya pun seperti tidak pernah pun dimainkan di radio. Senasib seperti album Belantara.

Highlight utamanya bagi saya adalah kerja gitar gitarisnya Hamdan. Memang best. Mungkin ada yang kata Opie lagi best. Tetapi pada saya sound, rif dan solo-solo gitar Hamdan memang hebat. Raw. Kadang-kadang mengingatkan saya kepada George Lynch (Dokken). Kalau lagu-lagu slow tu memang menusuk kalbu. Sayangnya beliau keluar dari Bloodshed selepas dari album ini. Trademark gitar warlock beliau akan tetap menjadi identiti bagi Bloodshed.

Yang ni malu nak tunjuk...bukan sebab dah terbarai...tapi pasal ianya bukan ori...Tapi zaman tu bukan sahaja pasal budak sekolah yang tak berduit...tapi kedai kaset pun kalau di kawasan ceruk seperti saya agak sukar nak dapatkan kaset yang asli...dulu cetak rompak memang teruk...sekarang ni harapnya janganlah ada lagi yang terus menyokong...Belilah yang asli!

Tak kisahlah walaupun sumber asal cd reissue ini di ambil dari piring hitam. Yang penting ada. Design covernya pun cantik. Sound pun boleh tahan. Paling suka rekaan di cdnya yang berbentuk old school. Tahniah kepada mereka-mereka yang berusaha menjadikan impian saya satu kenyataan. (tunggu Belantara pula...)

Terbaik. Rekomended!







13 comments:

  1. lepas habis baca terus masuk list utk dibeli. haha

    ReplyDelete
  2. Haritu ingat nak beli dua2 skali..tapi yg ada cuma villa misteri je.album ni out of stok.

    ReplyDelete
  3. Aku nak try kumpul Bloodshed nye cd2 la kalau berkesempatan

    ReplyDelete
  4. lebih best dari salman khan oopsss samarkand...

    ReplyDelete
  5. Bloodshed kuar skali 3 album ke..x nampak pulak selain samarkand

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyer...Ilusi dan Villa Misteri baru keluar minggu lepas

      Delete
  6. yaa..terima kasih infonya..terus tergerak hati...

    ReplyDelete
  7. Transfer MP3...pas tu send kat aku...nak buat soundtrack perjalanan...maklum le kerja ukur jalan.....

    ReplyDelete
  8. Bro Trash... this CD is on my car CD player and I play it everyday now. Pertumpahan Darah = melepas rindu, huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah orang tak panggil dengan nama tu...hahaha...

      Delete
  9. salam bro.. mana bro dapat cd2 reissue ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling senang guna on-line...try cari Zan Din atau Radin Razak di FB...ni 2 seller memang tip-top dia punya service..

      Delete