Lagi album keluaran semula...
Junction Petualang (1990) - keluaran semula 2015
Tak pernah tau kewujudan album ni dulu. Selepas album "Penentuan" memang tak ambil tahu langsung pasal Junction. Saya tak rasa album ini ada lagu hit di radio. Sekurang-kurangnya jika ada, tentu saya pernah mendengarnya.
Saya tahu berkenaannya pun selepas zaman internet. Dalam forum-forum dan bacaan di blog rock/metal banyak juga yang mencadangkan album ini untuk kategori album heavy metal melayu. Tapi tak pernah terpikir untuk mendengarnya sehinggalah cd keluaran semula ini dimiliki.
Seperti kata Xyrus Zone, lagu track pertama 'Tamar Jalis', mengingatkan saya kepada King Diamond. Suara vokalis barunya memang jauh berbeza dengan Hatta. Jeritannya memang ala-ala King Diamond. Sayangnya pada saya lagu-lagu mereka agak kurang catchy. Agak susah untuk melekat dengan hanya 2,3 kali pendengaran. Lagu perlahannya juga begitu. Mungkin itu penyebabnya album ini tiada lagu yang popular.
Walaupun begitu pujian harus diberikan kepada Junction. Mereka cuba lari dari genre meleweh yang menjadi trademark mereka ketika bersama Hatta dahulu. Album ni keseluruhan lagu adalah gubahan dan terbitan mereka sendiri. Tabik!
Secara keseluruhannya sound cd ini biasa-biasa sahaja. Tak bolehlah nak mengharap yang berlebihan bila sumbernya hanya sekadar piring hitam. Yang penting ada. Tahniah kepada mereka-mereka yang terlibat dalam mengeluarkannya semula.
Nampak kat kedai, tapi tak beli lagi walau kalau aku nak beli cd junction aku akan beli yang ni hahaha
ReplyDeleteAlbum ni ok,tapi sayang masa di keluarkan tu ramai belum boleh terima stail muzik mcm ni..nak yg meleweh jugak..nak buat mcm mana selera org malaysia time tu mmg demam lagu jiwang..heheh
ReplyDeletesampai skang aku blum dgr lgk album ni...walapon dh lame aku beli,...ntah x rase teruja pula nk dgr...beli jek takut kang abis stok...kiki
ReplyDeletesampai skrg aku blum beli lagi..tp album ni antara dlm list menunggu utk dibeli..
ReplyDeletelagu bercakap dengan jin memang sempoi hehe
ReplyDeleteaku tak masuk lah ngan junction ni, aku ada beli tiga album rilisan semula ni, soundnya sukar nak melekat, hurmm.
ReplyDelete