Thursday, November 19, 2015

The Last Command

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 9hb November yang lalu...(seusia dengan album Twisted Sister - Come Out And Play)


W.A.S.P - The Last Command (1985)

Tak pernah ada kasetnya dulu. Sebab itu ianya agak kurang nilai nostalgia. Saya lebih menyukai album pertama, W.A.S.P. (1984) dan album ketiga, Inside the Electric Circus (1986). Mungkin kerana 2 album tersebut lebih awal saya dengar berbanding The Last Command.

Walaupun begitu jika anda pengemar muzik heavy metal 80an, The Last Command mungkin akan menepati citarasa anda. Tambah pula ianya mengandungi lagu (Wild Child) yang agak dekat dihati peminat lagu-lagu rock melayu 80an. Ianya bukan lagi satu rahsia darimana asalnya lagu "Anak Liar".


Tetapi yang pastinya ramai tidak tahu yang lagu ini asalnya Blackie Lawless mahu berikan kepada Motley Crue. Tetapi atas alasan tidak sesuai dengan suara Vince Neil, Nikki Sixx menolak. (tetapi SJY tidak...hahaha..). Mungkin rezeki mereka, akhirnya ianya menjadi salah satu lagu popular bagi W.A.S.P.

W.A.S.P memang sedikit berbeza dengan band-band seangkatan dengan mereka. Muzik mereka lebih gelap, suram...sesuai dengan gaya suara Blackie Lawless. Ttetapi lagu-lagu mereka sering memiliki chorus yang sangat catchy. Ada beberapa lagu yang menarik perhatian saya diantaranya lagu perlahan/mid tempo "Cries In The Night" dan "Widowmaker". Serta yang lebih rancak seperti "Ball Crusher" dan "Blind in Texas". "Cries In The Night" tu bahagian melodic solonya memang cukup berhantu.


Antara yang terbaik dari W.A.S.P.  Tetapi tahukah anda album ini pernah kena ban di Norway?....





5 comments:

  1. Dorang maintain sampai sekarang. Antara band yang aku suka tapi tak pernah beli cd ori. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. pernah dulu test vcd konsert cetak rompak dkt kedai muzik, tak minat dan last2 terbeli vcd cetak rompak kompilasi beuty in darkness...hahahaha

    ReplyDelete
  3. WASP aku cuma pernah ada album dominator, tapi serius... dalam dominator pun muzik mereka masih maintain mcm 80an

    ReplyDelete
  4. Album ni la aku nak beli haritu..skali harga cekik darah tak jadi aku nak beli.tgk ada lagu wild child tu yg nak beli

    ReplyDelete