Tuesday, November 17, 2015

1001 malam

Lagi pasal album keluaran semula


Febians - 1001 Malam (1989) - keluaran semula 2015

Lagi album yang tak pernah dengar dulunya. Giler pokai bila pasang niat untuk cuba beli kesemuanya.

Tak "follow" langsung Febians selepas album pertama mereka. Asalnya cuma tahu "Rumie dan Julie". Biasa dengar di radio. Selepas mendengar keseluruhan cdnya, baru perasan yang 2 lagi lagu perlahan mereka (Demi Cinta Ini dan Kehancuran Sebuah Cinta) juga agak biasa saya dengar. Malah boleh pula menyanyi bersama lagu "Demi Cinta Ini". Dari mana terhafal pun dah tak ingat...mungkin dari kompilasi MP3 lagu-lagu rock melayu yang pernah saya miliki dulu.


Ini menunjukkan yang Febians ni memang boleh tahan sedap juga lagu-lagu perlahan mereka. Banyak juga yang popular. Yang tabiknya majoritinya dicipta oleh mereka sendiri. Tak perlu M.Nasir, Saari Amri mahupun Eddie Hamid. Satu-satu lagu yang saya agak kurang berkenan dari album ini pun lagu yang bukan dari ciptaan mereka (Keinginan - Kesuma Booty/Juwie)

Secara keseluruhannya terdapat 4 lagu rancak, satu mid tempo, satu instrumental dan 4 lagu perlahan. Lebih seimbang jika hendak dibandingkan dengan album pertama mereka. Lagu rancak pun semua sedap. Instrumental ada pengaruh ala-ala Iron Maiden. Kira OK la. Tak rugi beli.





15 comments:

  1. koyakk oh kelu beli semua rilisan semula ni, banyak lagi akan menyusul, belantara tu musti masuk list kamu kan hahahaha... aku ni aku skip lah, beli yang betul2 ngam di jiwa.

    ReplyDelete
  2. aku baru tahun ni dengar lagu demi cinta ini..boleh layan dan memang sedap lagu ni..

    ReplyDelete
  3. terasa mcm dah lama tak layan estock, hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak2 estocks_deutschland dah tak jual kat Malaysia...aku main cd2 reissue tempatan ajer...heheh...

      Delete
  4. 1st album ngan album ni ada beli,album lang buana je aku tak beli.mcm tak best je lang buana tu..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beza ngan aku.
      Lang Buana aku minat pulak...
      Aku sound 70s rock dalam album ni... Man Keedal produce kot

      Delete
    2. Lang Buana bukan takat Man Kidal produce ajer...dia pun main sekali...

      Delete
  5. Album ni la pes sekali aku beli rilisan NSR reissue punye dlu...pasal ni album mmg bes bg aku...Demi Cinta Ini tu mmg lgu peberet ak...klu aku pegang gitar letrik mmg ske le bwk lgu ni...dia pnye tone gitar tu clean...plg clean selain tone gtar Sketsa Sebuah Cinta-May...n Isabella-Search....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tone bass yg plg unik la bg aku...agaknye dia tune tali bass tu xkencang sgt...xtau lgk cmne dia wt tone bass gtu..

      Delete
  6. reissue box set RAMLI SARIP tahun 1994 akan rilis jugak..jaga2

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bajet dah lari...tak larat nak beli boxset Ziarah Seni ni...lagipun kalau boleh aku cuma nak Litar Api Rock dan Muzik Jalan Terus...tapi nampak gayanya dia tak jual asing2..

      Delete
  7. Berteromber tahu ada berita pasal May release tak? Aku nak Rahsia in cd version

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sony ni leceh sikit...khabarnya dorang tengah nak adjust supaya releasekan Sofea - Kembali dulu...May belum ada cerita...yang hampehnya Sony ni selalu suka tukar2 cover...tak best betul...

      Delete